Ahad, 4 Julai 2010

Selamat Hari Lahir ke 24

24...Betapa saya takut melihat angka usia yang kian bertambah nilai pada kedua-dua angka digitnya..adakah angka itu terhenti mahu pun masih berpeluang meningkat pada tahun hadapan...Ya Allah, setiap nafas yang kau berikan percuma itu masih lagi aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaMu...maka Kau berikanlah petunjuk Hidayah Mu...agar aku sentiasa kembali bermuhasabah....terima kasih atas doa & ucapan teman2 & keluarga...saya ♥ kamu. Selamat Hari Lahir juga buat pasangan kembar ku,Azirah...moga tahun ini bermakna buat kamu yang bakal bergelar Suri Hati...Buat Kekasih hati..terima kasih atas dorongan mu selama ini...buat Keluarga...terima kasih atas kasih dan sayang mu.....Aku sayang kalian...




Sabtu, 19 Jun 2010

Only Him...Allah the only one...


orang kata, apa yang kita ada saat ini..hargailah ia sebelum hilang...sudah hilang belum pasti ketemu kembali...

ibarat seorang manusia...mengharapkan sesuatu yang bukanlah sukar atau berat daripada seseorang yang amat dipercayai.....sekadar satu janji yang mudah..yang berkali-kali diucapkan namun masih mengkhianati kata-kata itu.....

yang di hadapan...memang harus di cari...namun yang digenggam...usah di renggangkan genggaman...

namun manusia sememangnya begitu...yang ada di tangan diabaikan...disakiti...tidak pernah sedar apa yang ada di tangan itu lah yang perlu di jaga....bila hilang bila terluka....saat itu tiada usah kau mahu sesali....

Only Allah the only one that I can trust....

Sabtu, 12 Jun 2010

Motivasi Hujung Miggu

Tanpa matlamat dan imaginasi...mimpi takkak berubah menjadi realiti...salam motivasi!


Rabu, 2 Jun 2010

Secebis Harapan

Ya Allah,walau jauh mana aku berjalan..walaupun barangkali tidak mampu aku mengubah sesuatu, namun Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku secebis harapan...hanya padaMu aku memohon doa..agar Engkau permudahkan bagi ku segalanya...tujukanlah aku jalan terbaik walau hanya berbekal secebis harapan....



Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan…

Jumaat, 7 Mei 2010

Kenapa Dia Menangis...


kenapa dia menangis
kerana dia sedih

kenapa dia menangis
kerana dia wanita

kenapa dia menangis
kerana hatinya tersentuh

kenapa dia menangis
kerana minta dipujuk

kenapa dia menangis
kerana mahu dimanja

kenapa dia menangis
kerana dia sakit

kenapa dia menangis
kerana dia kecewa

kenapa dia menangis
kerana dia rindu

kenapa dia menangis
kerana dia berjaya

kenapa dia menangis
kerana dia terharu

walau apa sebab dia menangis
itu caranya melepaskan rasa
Anugerah dari Illahi buat dirinya
...



p/s: selalu menangis bukanlah beerti dipamerkan dikhalayak....cuma terkadang ia runtuh tiba-tiba...namun air mata akan mudah mengalir dihadapan orang yang paling dikasihi dan disayangi....Terima Kasih Ya Allah kerna menunjukkan siapa insan yang aku sayangi....

p/s 2: Ibu seringkali menangis tatkala terpaksa berpisah dengan anaknya...kerana itulah permata yang disayangi...

Rabu, 5 Mei 2010

Kapan Sembuh!



Tak sempat berkata
Jauh lagi perjelas

Dijarah-jarah hati
Dituding satu jari

Tertitis kecewa
Mengalir tak dibutuh

Luruh jiwa
Gugur nubari

Sakitnya bagai membunuh
Kapan sembuh!




PermataNusantara
5 Mei 2010

Isnin, 12 April 2010

'Mengapa Sombong'

'Dulu, masa mula-mula aku kenal kau..aku ingat kau ni sombong'

'Eh, kenapa?'

'Sebab dulu kau tak banyak cakap, bila dah lama kenal..baru aku tahu kau ni
bukan sombong...tapi baik'


Abang dan kakak, begitu mudah kita melabel seseorang dengan perkataan 'sombong'. Salahkah? itu kan sekadar first impression.

Namun, pernah dengar dengan ungkapan ini 'tak kenal maka tak cinta'? Sudah tentu selalu mendengarnya bukan. Maka teman-teman sekalian,kenalilah seseorang dahulu sebelum kita melabelnya sedemikian rupa. Ada sebab sebenarnya mengapa dia lebih suka dan gemar berdiam diri. Bukanlah dia tidak mesra atau sombong. Banyak cakap adakalanya mengundang bahaya. Bercakaplah sekadar perlu pada situasi tertentu.

Sombong dengan cara itu barangkali sebenarnya bisa menjauhkan diri dari bahaya gelombang pergaulan tanpa batasan pada zaman milennium ini.

Ironinya ialah hakikatnya ingin saya berkongsi di sini, apakah sebenarnya yang di katakan sombong itu bukan lah dari kurangnya seseorang itu bercakap.Makna sombong itu sebenarnya adalah riak, taksub atau bangga diri, samada pada harta, bermewah,kecantikan, ilmu, ibadah dan sebagainya.

Mengapa perlu sombong dengan harta kekayaan,jawatan dan kecantikan sedangkan itu semua pinjaman semata-mata. Mengapa juga perlu sombong dengan ilmu atau kemahiran jika tidak dikongsi bersama. Mengapa perlu berlagak warak sedangkan kamu belum diuji.


Firman Allah yang bermaksud :


'Allah tidak suka orang sombong membangga diri'

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


'Tidak akan masuk syurga orang yang dalam lubuk hatinya terdapat
perasaan sombong walau sebesar zarah'


Mengapa kita perlu sombong dengan kelebihan yang ada, bukankah setiap manusia itu diciptakan dengan punya kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan mereka itu sebenarnya saling melengkapi?



p/s: Bersederhanalah dalam tiap-tiap perkara...kerana di situ tersembunyi seribu macam hikmah yang berharga.....