'Kenapa nama ada Wan?'
'Kamu Wan mane, Ganu? Kelate'
'Eh...nama kamu ado Wey (Wan)...buleh kechek kelate dengan ambo le gitu, ambo dok Kota Bharu..mu dok mano'?
'Ayah kamu tak ada title Wan, tapi kenapa nama kamu ada Wan'?
Itu adalah antara soalan-soalan yang acap kali aku dengari...dan aku sendiri tidak berapa jelas tentang asal usul keturunan 'Wan ini....memang benar kebanyakkan daripadanya berasal dari Negeri Pantai Timur...namun aku bukan berasal dari negeri itu...malah tidak lansung mempunyai keluarga yang berasal dari situ...soal kenapa aku memegang gelaran 'Wan di pangkal nama aku akan cuba aku huraikan di sini....Sebelum itu...biar aku jelaskan sedikit latar belakang keluarga aku...
Butiran Tentang Abah:
Nama:
Ismayatim Bin Ismail (Tidak memegang gelaran 'Wan)
Latar Belakang:
Anak Jati Negeri Kedah, dilahirkan dan dibesarkan di
kampung halamannya.
Butiran Tentang Mak:
Nama:
Sharifah Rohani Binti Syed Ishak (Memegang gelaran 'Sharifah daripada keturunan 'Syed)
Latar Belakang:
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang hampir keseluruhannya berasal dari Negeri Kedah Darul Aman
Butiran Tentang Aku (Penulis)
Nama:
Wan Faizatul Atiqah Binti Ismayatim (Memegang gelaran 'Wan)
Latar Belakang:
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Negeri Selangor Darul Ehsan
Adik-beradik:
7 orang-Kesemuanya memegang gelaran 'Wan
'Wan adalah gelaran yang diwarisi oleh anak yang mana bapanya memegang gelaran Wan. Kebiasaannya ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu.
Di Kedah, gelaran Wan digunakan oleh ketua-ketua menteri pada zaman terdahulu, seperti Wan Abdul Saman dan seterusnya gelaran itu diwarisi oleh generasinya sehingga ke hari ini...Gelaran Wan juga digunakan untuk anak perempuan (cth: Wan Azizah Ismail), tetapi tidak begitu ramai.
Wan juga boleh ditemui di Negeri Sarawak dan dikaitkan dengan keturunan Syed di mana anak perempuan yang berketurunan Syed, akan memegang gelaran 'Sharifah, isunya ialah sekiranya pemegang gelaran Sharifah berkahwin dengan lelaki yang bukan dari keturunan Syed,maka anak-anak yang dilahirkan perlu diberi gelaran 'Wan. Aku termasuk dalam kategori ini kerana Ibu ku memegang gelaran Sharifah, dan berkahwin dengan Ayah ku yang bukan daripada keturunan Syed.
Pemegang gelaran 'Wan boleh menuntut gelaran 'Tuanku dan hanya boleh berlaku setelah mendapat pengesahan daripada yang paling tua dan dikira sebagai cukup matang untuk memegang gelaran itu. perubahan gelaran itu hanya dibenarkan untuk mereka yang mewarisi gelaran 'Wan daripada asal usul keluarganya terdahulu sehingga kini.
Menurut seorang rakan, saudara Amir Fazly, dia pernah memberitahu bahawa sekiranya seorang perempuan yang memegang gelaran 'Wan berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada keturunan 'Wan, maka anak-anak yang bakal dilahirkan perlu di berikan gelaran 'Nik. (Isu ini tidak berapa aku ketahui mengenainya, mungkin sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya bolehlah kiranya di kongsi bersama).
Ya...mungkin sudah sedikit jelas untuk aku menjawab mengapa aku memegang gelaran 'Wan. Usah lagi ditanya mengapa...kerana aku sudah banyak melayan soalan-soalan yang sama,di harap info yang sedikit ini dapat meleraikan sedikit kekusutan dan keinginan individu-individu tertentu yang mahu mengetahui tentang isu ini...jika ingin berkonsngsi info....Aku sangat mengalu-alukan...
Disni ada link yang mungkin membantu menambah sedikit info
Ada apa pada nama?


