Selasa, 28 Julai 2009

Andai Ada Jalan Yang Lebih Baik....


Eh, sudah bersawang teratak ini...bukan tidak punya waktu untuk menulis...cuma tidak ada rasa mahu menulis...mungkin barangkali kerana letih menulis di papan putih setiap hari...


Oh ya, sudah 2 bulan lebih meninggalkan alam Universiti...syukur Alhamdulillah sekarang sudah hampir sebulan mula bekerja. Agak-agak apa ya pekerjaan sepenuh masa saya sekarang?dan apa pula kerja sambilan terbaru yang saya sedang laksanakan?ok ok...saya bagi klue...


Setiap pagi saya bekerja bermula jam 8 pagi dan berkahir pada jam 4 petang di sebuah badan swasta..bertanggungjawab mendidik khalifah-khalifah Allah yang yang masih kecil...mengajar mereka mengenal ilmu tentang alam sekeliling dan kehidupan isinya....saya juga mengajak mereka menjadi kreatif dengan menghasilkan beberapa hasil seni setiap minggu, mereka juga diajar membaca muqaddam setiap hari....tidak lupa juga untuk kekal cergas tubuh dan minda....


Ada yang berkata...rugi ya meninggalkan pekerjaan yang sepatutnya dengan kelulusan di Universiti...namun, saya langsung tidak merasa rugi walau sedikit pun...jika disuruh untuk memohon pekerjaan lain..hati saya seakan berat untuk melakukannya...keikhlasan dalam bekerja itu sendirinya melahirkan ketenangan dalam jiwa...sungguh saya merasa tenang dengan apa yang saya lakukan setiap hari...berdepan dengan anak-anak kecil ini banyak mengajar saya erti sabar dan kasih...


Tidak pernah saya impikan menjadi kaya raya...kerana saya percaya pada rezeki yang Allah beri....
'andai ada jalan yang lebih baik daripada apa yang saya ada saat ini...moga Allah perkenankan..amiin..'
Oh, tentang pekerjaan sambilan itu...sedang dilaksanakan..insyaallah dipermudahkan jalan olehNya.....inilah langkah pertama dalam menyusuri hidup sebagai seorang manusia yang bekerja....yang hidupnya tidak lama....mencari bekalan untuk ke sana....sekadar peringatan buat diri sendiri..



p/s: saya tidak pernah bercerita tentang perasaan bekerja ini....inilah kali pertama....ekslusif di teratak milik PermataNusantara....sekadar coretan biasa...(^_^)..salam..

Khamis, 16 Julai 2009

Bisakah Termiliki


nubari tersemat niat
jiwa tercalit rasa
sukma bicara mimpi
bisakah termiliki...

mimpi ini indah
kisah seribu suka luka
ingin kucapai bila terjaga
bisakah termiliki....

nafas ini deras
degupan ini kencang
sakit ini sudah kemuncak
bisakah termiliki....

ini cerita manusia biasa
yang kisahnya luar biasa
sakit ini sudah berbisa
bisakah termiliki....

kita insan sekadar biasa
berkongsi satu rasa
selalu bercita tinggi
bisakah termiliki...

berjanji untuk suatu hari nanti
agar termiliki!


Permata Nusantara
16 Julai 2009

Ahad, 12 Julai 2009

Masih Tiada


aku terjaga
pekat malam bungkam
mata ku buka perlahan...
namun...masih tiada

percikan peluh basah
jiwa makin tak keruan
fikiran bersalut kalut
namun...masih tiada

tegar aku berjaga
malam kurasa sangat panjang
sakit ini makin perit
namun...masih tiada

kau kata...dan aku akui
sakitnya bisa merapuh
rajuknya menghukum
namun...masih tiada

bilakah ada...
mengapa membisu
kerana aku menunggu
namun...masih tiada!


Permata Nusantara
12 Julai 2009



Sabtu, 27 Jun 2009

SAYA ANAK MALAYSIA


----27hb Jun 2009, Kota Bharu ,Kelantan----

Seingat saya, cuma beberapa kali sahaja seumur hidup pernah berkunjung ke negeri che siti wan kembang..kali pertama sewaktu petengahan tahun 90-an...kali kedua pula pada tahun 2006. Dan kali ini adalah kunjungan kali yang ke-4.

9 hari sudah berlalu menghabiskan masa yang ada di sini. Tak berkesempatan melawat banyak tempat. Namun seperti kebiasaannya, akan berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah, membeli sedikit barang-barang samada makanan atau pun barangan runcit. Dahulu saya rasa pasar ini agak sesak, namun kali ini agak kurang sedikit, mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah.

Wakaf Che Yeh merupakan salah satu tarikan yang ada di sini, namun setiap kali berkunjung ke situ, jarang sekali saya dapat membeli sesuatu barangan yang saya suka. (ehe...sekurang-kurangnya jimat lah duit poket kan..)...aktiviti jual beli adalah dilarang sama sekali sewaktu bermula sehinggalah kemuncak waktu solat maghrib berakhir (mungkin dalam jam 8 malam sudah boleh mula kembali melakukan urusan jual beli). Jika ada peniaga didapati melakukan urusan jual beli, denda RM300 akan dikenakan oleh pihak MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu).

Siapa tidak tahu tentang Pantai Cahaya Bulan? ehe...saya sudah berkunjung ke situ sebanyak 2 kali. Mak kata 30 tahun dahulu pantai ini sangat cantik dan ramai orang berkelah serta bermandi-manda di situ....Abang saya lahir di Kelantan 30 tahun lalu, kini anaknya Arman pula lahir di kelantan. Mungkin 30 tahun akan datang Abang pula bercerita pada Arman tentang PCB...semalam, sempat juga bermain layang-layang di situ walaupun sebenarnya ia dibeli untuk Arman....(^_^)

Pada masyarakat Kelantan sendiri, pasti sudah biasa dengan makanan yang dijual di sini. Jika kuih Akok, saya sangat setuju di sini lah akok paling sedap berbanding yang dijual di luar negeri Kelantan. Antara kuih baru yang saya makan (bagi saya baru lah, bagi orang kelantan sendiri mungkin sudah biasa) ialah jala emas dan taik itik. Kak Liza kata telur itik yang bahagian nya bewarna kuning oren itu dijadikan bahan untuk membuat jala emas manakala bahagian yang bewarna putih pula digunakan untuk membuat kuih taik itik. Namun bagi saya rasanya terlalu manis dan mungkin boleh dimakan untuk sekali-sekala sahaja.

oh, sebelum terlupa, saya suka makan nasi ulam di sini. di tempat lain jarang atau mungkin tiada lansung. saya sebenarnya tidak makan budu, tapi jika dicampur dengan tempoyak saya akan makan...hehe....jika anda berkesempatan ke sini, cubalah ya.


Majoriti masyarakat di sini adalah Melayu dan merupakan rakyat tempatan sendiri. Sejauh mana mereka merantau di luar, kebiasaanya mereka akan kembali pulang menetap di sini semula. Dikenali dengan Kota Bharu Bandaraya Islam, kesemua papan tanda iklan di sini mengunakan model wanita yang bertudung, tidak seperti di Negeri-negeri lain.

Apa pun, setiap negeri punya tarikan tersendiri, di mana bumi dipijak, di situ lah langit dijunjung. Kita tetap bangsa Malaysia, hormatilah sesama kita demi menjaga keamanan dan keharmonian negara kita sendiri. Jika bukan kita, siapa lagi? Saya Sayang Malaysia....di sini saya dilahirkan....Negara Saya Negara Yang Aman Makmur ......ayuh kita kekalkan....jangan biarkan anasir jahat menguasai dan menjajah pemikiran rakyat Malysia...

SAYA ANAK MALAYSIA......(wah, semangat patriotik la pulak..! rasanya bulan ni bukan Ogos..) (^_^)

p/s: Bakal pulang Ke Kuala Lumpur malam ini...Selamat Tinggal Kelate..!

Khamis, 25 Jun 2009

Misteri Nusantara....

Awas...entri ini mungkin mengganggu ketenteraman sesetengah pihak.........

Pernahkah anda melihat mahupun terserempak dengan rumah ini..? bagaimana? menyeramkan? menakutkan?atau mungkin anda sebenarnya tidak merasakan apa-apa perasaan...hanya penulis sahaja melayan perasaan...hehe...lokasinya dirahsiakan...(imej memang sengaja dikecilkan)

Awas jika anda secara sengaja mahupun tidak sengaja dijumpakan dengan rumah ini...seorang anak kecil yang tinggal bersama keluarganya di sini pernah melihat makhluk bersaiz manusia biasa yang bewarna hijau di atas tangga sewaktu dia tiba-tiba terjaga daripada tidur di waktu malam.....matanya bulat bewarna putih melihat tepat ke arah si anak kecil...si anak kecil pernah menceritakan kepada orang lain tentang pengalaman mistik itu, namun tiada siapa yang percaya dan beranggapan itu sekadar ilusi dan imaginasi si anak kecil......

si kakak pula merasakan tubuhnya diangkat ke atas terawang-awang sewaktu sedang tidur di waktu malam. Perlahan-lahan tubuhnya kembali diletakkan di atas katil.....sungguh misteri...

Si kakak yang lain pula mengadu lampu biliknya seringkali dibuka dan ditutup berulang kali sewaktu malam walaupun tiada siapa di muka pintu bilik.......

si kakak juga mendengar tabung berbentuk buah manggis milik dirinya pernah digoncang-goncang pada suatu malam sewaktu penghuni bilik dan seisi rumah sedang enak dibuai mimpi......lantas dicapai senaskah Al-Quran dan diletakkan di sisi meja...susana kembali senyap sepi.....toyol barangkali (oh maaf...ini bukan toyol seperti dalam drama di TV3)

Namun...itu semua 17 tahun yang lalu........banyak lagi kisah disebalik dinding batu rumah itu......biarlah ia terus menjadi Misteri Nusantara......

p/s: jauhi amalan syirik....mohonlah pertolongan hanya padaNya.
p/s2: Mungkin sekarang sudah tiada lah cerita-cerita mistik di situ....semua dahulu saja mungkin...hilang di telan zaman...(^_^) oh....bebas daripada sebarang entiti asing.....

Isnin, 22 Jun 2009

'Bapa Terhebat' Tahun 2009

Aku tahu entri ini pasti dibaca oleh abah....kerana abah antara pengunjung setia teratak buruk maya ini...

Pendidikan sangat penting dan cuba abah terapkan dalam hidup aku adik beradik sejak dari kecil lagi. tanpa ilmu, kita tak mungkin bisa maju. apa saja pasti abah lakukan demi memastikan kesemua anak-anaknya mampu menggapai kejayaan dan merasa senang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. biar apa pun bidang yang kami ceburi....abah tetap memberi sokongan.

Sehingga hari ini....abah lah antara orang yang paling mengambil berat tentang masa depan aku dalam cubaan aku untuk terjun ke dalam dunia pekerjaan, bahkan aku sendiri tidak serisau diri abah..

Abah juga menitik beratkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris, dari gerak gaya percakapan abah, beliau seorang yang fasih berbahasa inggeris. Abah secara tak lansung merupakan antara guru bahasa inggeris dalam hidup aku.

Sempena hari bapa tahun ini, ingin aku anugerahkan buat abah gelaran 'Bapa Terhebat' untuk tahun 2009 (hehe...anugerah yang aku cipta sendiri...)kerana tahun ini, lengkaplah kesemua ketujuh-tujuh anak-anak abah dan mak memiliki ijazah dalam bidang masing-masing. Kak long dan kak Epit pula meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Tanpa doa dan berkat daripada Abah dan Mak...tak mungkin kami bisa menjad seperti apa yang kami ada pada hari ini......buat abah... Selamat Hari Bapa.....moga sihat selalu....(^_^)

Selasa, 16 Jun 2009

Makhluk Asing Kot..Nasib Baik Tak Follow.....


Ahad lalu selepas menonton wayang di One Utama dengan adik dan sepupu, kami singgah sebentar ke Selayang Mall semasa perjalanan pulang untuk membeli kek hari lahir untuk kakak (Selamat hari lahir ke 25...^_^).

Sewaktu memandu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya memberhentikan kereta disebabkan lampu merah semasa di lampu isyarat, di hadapan ada sebuah kereta kancil bewarna biru (rasa seperti mahu saja tulis no plat pendaftaran kereta itu di sini tapi nanti kena saman pula PermataNusantara..hehe). sedang asyik berbual dengan adik, tiba-tiba saya terlihat beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar ke atas jalan raya melalui tingkap kiri tempat duduk hadapan kereta kancil itu.

'Wah..bukan main lagi buang sampah keluar..tak ada kesedaran sivik lansung'
saya mengeluh. adik juga setuju. kami terasa seolah ingin turun dari kenderaan dan mengetuk pintu kereta kancil itu (nak ketuk juga kepala dia..huk!)

lampu isyarat kembali bertukar hijau, kami meneruskan semula perjalanan dalam kesamaran malam. dan sekali lagi kelihatan beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar dari kereta kancil itu. kali ini melalui tingkap kanan tempat duduk pemandu pula.

'huh..ini sudah lebih...laki bini sama je buang sampah keluar!'
adik begitu emosi sekali mengeluarkan kata-katanya.
"eh jom kita ikut sampai ke rumah dia..pastu kita baling sampah masuk dalam garaj kereta di rumah dia nak? kita tengok dia marah ke tak....?"
saya memberi cadangan yang sekadar imaginasi di dalam kotak minda. (kalau betul-betul saya buat mahu saya pula yang di baling keluar...huhu..)


'eh..kau bagi sikit lampu kat kereta kancil ni...biar dia sedar sikit sikap tak bermoral dia tu'
adik memberi cadangan dan saya sekadar menurut perintah...hehe..perjalanan pulang di teruskan sehinggalah tiba di rumah....oh..rumah ku syurga ku!....(^_^)


p/s:
Jika bukan kita yang perlu menjaga alam sekitar...siapa lagi ya? makhluk asing kot..eh....makhluk asing tak belajar subjek sivik kat sekolah...mana dia tahu kan...mungkin yang dalam kereta kancil tu makhluk asing la...sebab tak ada kesedaran sivik....(nasib baik tak follow kereta kancil tu...heheh!)..selamat memandu!