Rabu, 25 Februari 2009

Pink Untuk Apa?

Kalau kamu punya anak perempuan yang masih kecil…kamu ingin belikan nya baju warna pink atau warna yang lain?

Sudah pasti ramai yang memilih pink..terutamanya bagi si ibu…..namun, tidak dinafikan warna-warna lain turut menjadi pilihan...warna pink bagi diri saya mampu menzahirkan rasa kasih sayang….melambangkan kelembutan…sesuai dengan ciri-ciri kewanitaan itu sendiri yang secara semulajadinya Tuhan menciptakannya memiliki sifat lemah-lembut dari sudut tingkah laku…tutur bicara….dan seumpamanya…Bukan setakat itu..malah si ibu juga sanggup berhabis wang untuk menghias bilik anak perempuannya dengan memilih pink sebagai warna tema kerana warna itu mampu menzahirkan perasaan kasih si ibu kepada anak nya…dalam erti kata yang lain…pink itu warna kasih sayang...


Cuba fikirkan sebentar ya, mengapa Segala macam produk untuk kanak-kanak perempuan hari ini kebanyakannya bewarna pink? (warna lain banyak juga tetapi warna pink seringkali mendapat tempat utama dan mampu menarik perhatian kanak-kanak perempuan) Warna pink bagi saya turut menzahirkan keriangan dan keseronokan…sebab itu mereka sukakan warna pink, malah anak-anak saudara saya turut berebut barang mainan atau pun apa-apa barang yang bewarna pink…jika ada warna biru dan pink…masing-masing cuba mendapatkan barang yang bewarna pink itu terlebih dahulu…Warna pink bagi saya mampu memupuk sifat kelembutan pada diri kanak-kanak itu sendiri sejak dari kecil….seperti kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’….takkan bila sudah dewasa baru mahu memupuk sifat-sifat itu kan? Pasti sudah terlambat mungkin...


Selain itu, pink juga menampakkan sesorang itu nampak lebih feminin dan kasual… mengapa dia memakai pakaian atau memiliki barangan bewarna pink, kerana dia memiliki sifat kelembutan dalam diri… walaupun ada yang beranggapan pink itu melambangkan ‘nafsu’…walaupun ianya adalah fakta,tetapi itu bukanlah perkara penting yang perlu diketengahkan…kerana nafsu bukan lah kuantiti fizik yang boleh diukur..Warna Pink tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu yang melibatkan keganasan ataupun seumpamanya... malah warna ini dijadikan warna tema oleh sesetengah pihak untuk menarik sokongan dalam membanteras isu buli di kalangan remaja mahu pun kanak-kanak...warna pink amat bersesuaian dengan objektif untuk mewujudkan sikap berlembut dan rasa kasih sayang sesama manusia...hah! jelas bukan...pink bukan melambangkan nafsu semata-mata.

Bagi kaum lelaki, fesyen pada hari ini tidak menghalang mereka mengenakan pakaian bewarna pink. Homoseksual? Pedulikan saja…’as long as u feel confident and comfortable’….jangan risau tentang penampilan anda…terdapat pelbagai ton warna pink bagi rekabentuk pakaian yang sesuai untuk lelaki di luar sana…(^_^)


Jumaat, 13 Februari 2009

Apa Nak Jadi?

Macam biasa, hari jumaat kelas ID memang di studio...kurang mendapat sambutan seperti selalu....(maaf ya Dr. Dzul...)...apa yang menarik perhatian aku ialah ketika melihat kertas dan keratan akhbar yang ditampal pada board di suatu sudut studio final year...


kisahnya,pihak atasan memberi notis agar studio ID second year dikosongkan pada semester hadapan untuk diserahkan kepada pelajar pasca ijazah....persoalannya di mana harus pelajar-pelajar ID second year pergi untuk membuat perbincangan project mahu pun menyiapkan segala macam persiapan untuk 'asessment' di penghujung semester nanti? keratan akhbar itu seolah-olah mencerminkan situasi yang berlaku....apa pun..aku tak mahu menunding jari kepada sesiapa...tetapi...jangan lah disebabkan hal-hal politik dalaman....pelajar yang menjadi mangsa...(oppss..sekadar luahan rasa...bukan menuding jari ya...)...apa pun...tunggu dan lihat sajalah....apa nak jadi...jadilah....semua pelajar bayar yuran untuk mendapatkan kemudahan pembelajaran....harap setiap tindakan dilakukan adalah untuk kebaikan semua....

Studio Final Year

p/s: Walaupun aku jarang memanfaatkan tempat ini...tapi kehadiran aku yang seperti biskut 'kejap ada, kejap tak de'... banyak juga ilmu yang diperoleh....jom singgah sini selalu!! (^_^)

Selasa, 10 Februari 2009

Hembusan Sang Bayu.....

Aku insan bergelar manusia...secara fitrahnya punyai emosi yang adakalanya menguasai diri lebih dari akal fikiran...kerna aku adalah manusia..sudah sememangnya lemah...dan kerna aku manusia jugalah Tuhan menghadirkan rasa dalam hati ku....rasa yang pastinya kamu semua rasai....sungguh aku tidak menipu....

Setiap hari...aku pasti merasai perasaan itu....yang adakalanya melemahkan semangat aku sendiri....dan kekadang juga...membikin diri aku lebih kuat untuk hidup....setiap apa yang ingin aku lakukan..pasti Tuhan tidak pernah jemu hadirkan perasaan itu meresap halus dalam jiwa ku....tidak sekali pun Dia cuba menghilangkan hembusan rasa itu dari hidup ku....

Ya Allah..sungguh engkau mahu menguji.....kau hadirkan perasaan itu untuk setiap Hamba-Mu......sehingga saat ini...aku masih merasai nya..umpama hembusan Sang Bayu yang menghempas tubuh menerbitkan rasa dingin.....begitulah juga kau hadirkan dalam hati ku rasa takut untuk menghadapi hari mendatang....

Jumaat, 6 Februari 2009

Punya Simbolik Tersendiri?

Membaca beberapa komen di entri sebelum ini bertajuk 'cerek sumpahan' membuatkan aku termenung.....masing-masing sudah jemu setiap kali berkunjung ke teratak nusantara ini...masih lagi tiada kisah terbaru....lagi-lagi 'cerek sumpahan' yang sudah lapuk ceritanya barangkali...

Sambil jemari bermain dengan tetikus...aku melihat kembali satu persatu gambar-gambar kenangan silam...membuatkan aku tersenyum sendiri....cuma tiba-tiba aku menjumpai photo ini dalam file gambar yang ku simpan....



Gambar pertama ialah abah ku...dan yang gambar kedua pula anak saudara ku Nur Emilyn.....kedua-duanya mempunyai gaya atau cara duduk bersila yang serupa...iaitu sebelah kaki pasti diletakkan di atas paha sebelah kaki lain...selain Emilyn....cara duduk bersila sebegini turut diwarisi oleh kakak sulung ku dan anak sulungnya nurul hannah....kata abah...

'Arwah Tok Wan dulu pun duduk bersila cara begini...'

Adakah cara duduk bersila sebegini mempunyai apa-apa pengertian atau simbolik??

Rabu, 28 Januari 2009

Cerek Sumpahan

Aku tinggal di sebuah rumah di pinggir bandar tidak jauh dari Kuala Lumpur....rumah itu di diami oleh sepasang suami isteri yang sudah meningkat usianya.....anak-anak pasangan itu pula kesemuanya bekerja dan belajar di luar daerah....aku di beli oleh pasangan itu beberapa tahun yang lalu....aku bangga bertugas di dapur dan kerana saiz badan ku yang besar serta berkilau....aku seringkali dicemburui oleh yang lain....setiap pagi...aku akan memanaskan kandungan yang di isi dalam perut ku sehingga ia mendidih dan suhu badan ku meningkat kepada 100 darjah celcius menyebabkan aku menjerit-menjerit...si isteri akan segera memadamkan api dan mengalihkan aku......seisi dapur akan menyanyi dan menari melihat telatah aku......aku menjadi idola oleh kebanyakan teman dan ramai memuji akan kehebatan aku di dapur....sungguh aku bangga menjadi raja di dunia aku sendiri.....

Hari demi hari...tahun demi tahun....keadaan diri ku semakin uzur....tangkai pada kepala aku sudah pun tercabut sebelah....aku juga seringkali di sindir oleh teman-teman lain yang sama-sama menghuni di dapur....lebih-lebih lagi si senduk dan adik beradiknya....cuma teko dan cawan-cawan sahaja yang banyak menyuruh aku bersabar....namun...si isteri tetap mahu menggunakan khidmat ku....setiap pagi aku cuba menjerit dan merintih agar diberikan ruang untuk aku bersara dari tugasan harian...si suami berkali-kali menyuruh isterinya membeli yang baru sebagai ganti.....namun tidak diendahkan oleh si isteri,mungkin dia terlalu sayangkan aku dan tidak mahu mencari pengganti.....

Suatu pagi, aku terasa sakit kepala yang teramat...seperti biasa si isteri akan menggunakan khidmatku.....selesai aku mendidihkan air....si isteri mengangkat aku dengan memegang tangkai yang hampir tercabut di kepala ku....saat itu....tubuh ku melayang-layang tak menentu...aku pening dan lemah....tiba-tiba air panas dari dalam tubuhku melimpah dan tercurah keluar dari mulut ku dan mengena pada kaki si isteri.....dia mengerang kesakitan.....aku jadi takut dan serba salah kerana kakinya melecur....rakan-rakan aku yang lain tergamam dan membisu....si isteri tadi segera mendapatkan rawatan di klinik berdekatan......teko cuba memujuk aku supaya jangan menangis dan banyakkan berdoa.....namun aku dapat rasakan nasib tidak akan menyebelahi aku lagi.....

Petang itu...si isteri memgambil aku dan dibawa ke suatu tempat yang sungguh asing bagi diri aku.......aku hampir pitam saat meninggalkan rakan-rakan lain di dapur....mereka semua sedih dan menangis melihat aku di bawa pergi....si isteri membuka penutup sebuah tong bewarna hitam...aku di campakkan ke dalam nya dan tong itu ditutup kembali....susana sangat gelap....dari dalam tong aku terdengar suara si suami.....
'beli saja yang baru....kan dah terkena cerek sumpahan...'
dan saat itu aku mulai sedar....aku sudah tidak berguna lagi....


p/s: kisah ini hanyalah cerita (Bukan cerita rekaan semata-mata)

Jumaat, 23 Januari 2009

Jatuh CINTA Lagi...!!

Aku tiba di Kuala Lumpur saat gerimis senja hadir..mentari pula mulai membenamkan wajahnya di celah-celah awanan kelabu...sekilas ku pandang jam di tangan...hampir melewati pukul 7 malam....gerimis mulai membasahi ruang legar langkahku...seolah-olah menyambut kepulangan ku di sini...langkah ku ayun satu persatu menuju ke destinasi.....

Kereta Abah meluncur laju meninggalkan kesibukan kotaraya...aku sekadar diam membisu..memerhati gelagat manusia di sebalik cermin pintu....aku bagaikan termenung sendiri....namun otak ligat memikirkan tentang sulaman manik yang ingin aku pelajari...saat aku tersedar dari lamunan....aku terlihat sebuah masjid berdiri gah di tepi tasik indah....dalam hati berbisik.....
'itukan masjid putrajaya....owh..aku kini berada di putrajaya....'
Aku mendekatkan wajah pada cermin pintu....terpegun melihat panorama indah sebuah bandar di waktu malam....pada kiraan ku, ini barangkali kali ke 7 atau 8 aku mengunjungi putrajaya....kali pertama dahulu pada tahun 2001 ketika aku mengunjungi kediaman perdana menteri Tun Dr. Mahathir sempena sambutan aidilfitri anjuran SAHOCA...saat itu, pembangunan di putrajaya tidak sehebat sekarang...sungguh jauh perbezaanya...

Bagaikan tidak berkelip kelopak mata ku menyaksikan lampu-lampu neon melimpahkan cahaya nya di sepanjang jalan bandar putrajaya.....pembangunannya sungguh terancang...kompleks-kompleks kerajaan tersergam hebat di merata....kuarters-kuarters kerajaan juga di bina dengan baik dan elok sekali....dekorasi landskapnya juga tampak kemas dan mengagumkan..apatah lagi pada waktu malam yang di hiasi dengan pancaran cahaya yang pelbagai....aaahhh!..hakikatnya...setiap kali aku mengunjungi putrajaya....pasti membikin jiwa terusik dan menggamit hati ku...berkali-kali aku jatuh cinta dengan keindahan tempat ini........dan hari ini...aku jatuh cinta lagi!!.......terasa pula ingin memiliki sebuah kediaman di bandar ini...wah...aku sudah mulai berangan.......!!

p/s: teringat lagu matta - jatuh cinta

Isnin, 19 Januari 2009

Lukisan Hidup......

Hari ini Aku tiba-tiba di tanya oleh seorang teman dengan soalan ini....
apa pengalaman masa kecil yang paling "kreatif"?
....lantas terlintas dalam kotak ingatan ku sebuah cerita yang aku kategorikan sebagai 'lucu' dalam lukisan diari hidup ku dan sampai hari ini peristiwa itu seringkali keluar dari mulut adik beradik ku yang lain sebagai bahan lawak untuk menghiburkan hati....

ketika aku darjah satu...aku pernah mengambil sehelai kain batik milik ibu ku secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.....kemudian menggunting kain batik itu menjadi cebisan-cebisan kecil mengikut corak bunga-bungaan...kemudian aku menampal cebisan-cebisan itu di atas sehelai kertas lukisan bewarna putih.....aku nama kan hasil seni itu sebagai 'lukisan berelemen flora'....namun..suatu hari ibu terjumpa cebisan sisa kain batik yang ku gunting itu bersama lukisan yang telah ku hasilkan itu...apa lagi...mengamuk la ibu....dan aku hanya mendiam kan diri sambil air mata mengalir di pipi.....menyesal dengan tindakan ku itu dan telah mengudang kemarahan ibu.....tapi sayang...lukisan itu sudah tiada dalam simpanan...ke mana entahnya menghilang....buat ibu.....sekali lg aku mohon kemaafan.....