Jumaat, 7 Mei 2010

Kenapa Dia Menangis...


kenapa dia menangis
kerana dia sedih

kenapa dia menangis
kerana dia wanita

kenapa dia menangis
kerana hatinya tersentuh

kenapa dia menangis
kerana minta dipujuk

kenapa dia menangis
kerana mahu dimanja

kenapa dia menangis
kerana dia sakit

kenapa dia menangis
kerana dia kecewa

kenapa dia menangis
kerana dia rindu

kenapa dia menangis
kerana dia berjaya

kenapa dia menangis
kerana dia terharu

walau apa sebab dia menangis
itu caranya melepaskan rasa
Anugerah dari Illahi buat dirinya
...



p/s: selalu menangis bukanlah beerti dipamerkan dikhalayak....cuma terkadang ia runtuh tiba-tiba...namun air mata akan mudah mengalir dihadapan orang yang paling dikasihi dan disayangi....Terima Kasih Ya Allah kerna menunjukkan siapa insan yang aku sayangi....

p/s 2: Ibu seringkali menangis tatkala terpaksa berpisah dengan anaknya...kerana itulah permata yang disayangi...

Rabu, 5 Mei 2010

Kapan Sembuh!



Tak sempat berkata
Jauh lagi perjelas

Dijarah-jarah hati
Dituding satu jari

Tertitis kecewa
Mengalir tak dibutuh

Luruh jiwa
Gugur nubari

Sakitnya bagai membunuh
Kapan sembuh!




PermataNusantara
5 Mei 2010

Isnin, 12 April 2010

'Mengapa Sombong'

'Dulu, masa mula-mula aku kenal kau..aku ingat kau ni sombong'

'Eh, kenapa?'

'Sebab dulu kau tak banyak cakap, bila dah lama kenal..baru aku tahu kau ni
bukan sombong...tapi baik'


Abang dan kakak, begitu mudah kita melabel seseorang dengan perkataan 'sombong'. Salahkah? itu kan sekadar first impression.

Namun, pernah dengar dengan ungkapan ini 'tak kenal maka tak cinta'? Sudah tentu selalu mendengarnya bukan. Maka teman-teman sekalian,kenalilah seseorang dahulu sebelum kita melabelnya sedemikian rupa. Ada sebab sebenarnya mengapa dia lebih suka dan gemar berdiam diri. Bukanlah dia tidak mesra atau sombong. Banyak cakap adakalanya mengundang bahaya. Bercakaplah sekadar perlu pada situasi tertentu.

Sombong dengan cara itu barangkali sebenarnya bisa menjauhkan diri dari bahaya gelombang pergaulan tanpa batasan pada zaman milennium ini.

Ironinya ialah hakikatnya ingin saya berkongsi di sini, apakah sebenarnya yang di katakan sombong itu bukan lah dari kurangnya seseorang itu bercakap.Makna sombong itu sebenarnya adalah riak, taksub atau bangga diri, samada pada harta, bermewah,kecantikan, ilmu, ibadah dan sebagainya.

Mengapa perlu sombong dengan harta kekayaan,jawatan dan kecantikan sedangkan itu semua pinjaman semata-mata. Mengapa juga perlu sombong dengan ilmu atau kemahiran jika tidak dikongsi bersama. Mengapa perlu berlagak warak sedangkan kamu belum diuji.


Firman Allah yang bermaksud :


'Allah tidak suka orang sombong membangga diri'

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


'Tidak akan masuk syurga orang yang dalam lubuk hatinya terdapat
perasaan sombong walau sebesar zarah'


Mengapa kita perlu sombong dengan kelebihan yang ada, bukankah setiap manusia itu diciptakan dengan punya kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan mereka itu sebenarnya saling melengkapi?



p/s: Bersederhanalah dalam tiap-tiap perkara...kerana di situ tersembunyi seribu macam hikmah yang berharga.....

Ahad, 7 Mac 2010

Noktah!


Mata dipejam rapat
Menahan segala panahan resah
Tak tertahan rupanya
Deras mengalir tanpa terseka

Sakitnya bisa menghentam
Pedihnya tajam
Ini ayat yang dipinjam
Usah terlalu kejam

Seketika diam
Tak bererti hilang
Bukan catatan terakhir
Tapi permulaan episod baru...


PermataNusantara
Mac 2010




Ku tinggalkan seketika diari maya ini...mungkin sebulan dua...mungkin juga setahun lamanya barangkali....kembali muhasabah diri....di alam realiti....berhenti bercerita...ku akhiri tulisan di sini....noktah!

Selasa, 2 Mac 2010

PESAN UNTUK DUNIA (warkah buat seorang srikandi)

JIKA kita pernah terdengar orang berkata,
“Kau ni lemahlah,”
Kita juga sering terbiasa dengan ungkapan,
“Eh, kau ni hebat juga ya?”
Mengapa kita sering merasa rendah? Siapa kita, di mana kita, dan apa akan jadi pada kita sepuluh tahun mendatang adalah lantaran tindakan kita pada hari ini.

Kenapa orang lain terkadang gagal untuk mendefinisikan diri kita yang sebenarnya. Kita yang hebat-hebat begini dikata tidak hebat, dianggap tidak bagus. Kita yang secemerlang ini juga dikata manusia golongan kelas ketiga.

Jangan sesekali menyalahkan manusia lain sekiranya kita dikata begitu. Usah menganggap faktor persekitaran sebagai batu penghalang. Kita tidak boleh mengubah sekeliling kita. Sampai bila pun mereka tidak boleh diusik.

Seekor anak kuda mungkin boleh disuruh dan dibawa untuk meminum sebekas air yang tersedia. Namun, kita tidak mampu untuk memaksa si kuda itu untuk tunduk lalu meminumnya. Justeru, kita yang perlu berubah. Bukan orang lain!

Ini coretan berinti,
Menggulung titipan makna berisi,
Buat Permata,
Buat Sangbayu,
Buat dirimu.

Gagal bukan bermakna tewas,
Ia sarang permulaan.

Diam tidak menjanjikan kenaifan,
Ia adalah masjid ketenangan.

Tunduk bukan bererti kalah,
Ia tanda kebangkitan.

Resah jangan disangka kelesah,
Ia laksana pembunuh gelisah,

Allah itu Maha Perkasa, Maha Hebat, Allah juga Maha Besar!

PERJUANGAN itu kekadang memerlukan pengorbanan. Kita yang memikul, bukan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Ya, sesuatu yang baru itu pasti memerlukan sesuatu yang berat untuk didepani. Mana mungkin seorang pelumba basikal mampu untuk menjadi pelumba yang hebat sekiranya menunggang basikal pun masih lagi terkial-kial.

Mampukah seorang perenang dunia untuk bergelar juara olimpik, sekiranya dia tidak pernah bersusah-payah untuk masuk ke kelas renang suatu ketika dahulu?

Suatu yang hebat-hebat pasti bermula dengan suatu yang sukar. Tidak pernah wujud sebarang kesenangan di dunia ini yang hadir tanpa kesempitan di awalnya. Kalau ada sekali pun, kesenangan itu pasti berlaku sekejap sahaja.

Allah itu Terlalu Adil. Berulang kali Dia menyebut di dalam Al-Insyirah,
“Di sebalik kesenangan itu, pasti ada kesusahan,”
TULISAN ini adalah semata memberi suntikan baru, buat memacu hati, untuk yang bernama diri. Semoga dirimu yang dulunya seorang yang hebat, kini mampu untuk terus menjadi manusia hebat. Semoga cerlangnya hati dan fikiranmu selama ini, mampu untuk terus dan lebih terang gemilangnya selepas ini.

Jangan mudah kalah. Mengapa perlu takut. Apa guna memegang panji anak Hawa jika punya hati yang pengecut!

Kita bukan lahir sebagai seorang yang lemah. Kita tidak diminta untuk menjadi manusia cacian dan herdikan, kita bukan keldai tunggangan. Kalau kita mampu untuk pergi, mengapa mahu berdiri. Jika punya sayap yang melebar, mengapa masih mahu bertebar, tidak menentu, tidak bertuju.

Seorang anak kecil mungkin akan bertanya kepada si ibu,
“Ummi, mengapa ummi menangis?”
Mahukah kita melihat anak kita juga suatu hari nanti menangis dan meratap akibat kegagalan di dalam hidupnya. Lantaran itu, kita pasti akan menjawab,
“ Oh, ummi tidak menangis. Mata ummi sahaja yang masuk habuk,”
Mengapa begitu? Kenapa tidak sahaja kita mengatakan kepada si anak bahawa ibu menangis kerana daddy kecilkan hati ibu? Mengapa tidak juga menjawab bahawa ummi menitiskan air mata kerana ummi gagal di dalam hidup?

Ya, jawapannya hanya satu. Kerana kita tidak mahu melihat anak-anak warisan cucu-cicit kita turut melakukan perkara silap yang kita sedang lakukan.

KETAHUILAH bahawa kekadang itu, jalan menuju kepada kegagalan ternyata lebih sukar berbanding ke arah kejayaan. Pernahkah kita bayangkan betapa sukarnya seorang penjenayah untuk menyamar sebagai manusia lain sepanjang hidup di dalam buruan polis. Pernahkah juga kita terfikir bagaimana payahnya sekumpulan perompak mengatur strategi demi memastikan rompakan mereka berjaya dilakukan.

Lakukanlah perubahan. Usah bertangguh. Masa akan terus bergerak, bergerak dan terus bergerak. Meninggalkan sesiapa sahaja yang gagal untuk memanfaatkannya. Tunjukkanlah siapa diri kita sebenarnya. Buanglah sejauh-jauhnya topeng hitam yang sering menghalangi setiap pandangan kita.

“Pandang, langkah, maka tujulah jauh jihat ke depan. Kuatkanlah dirimu. Lorong luas itu sentiasa menantimu di sana... Insya-Allah.”

Ikhlas buat PermataNusantara.
El-Abbasia, 15 Rabiulawwal 1431

Isnin, 1 Mac 2010

Kau Inspirasi


"Awak tahu kan....yang saya lebih suka merendah diri dalam banyak perkara.."
"Ya .. sebab itu saya suka awak...saya perasan sejak pertama kali saya kenal awak...kita tak boleh riak, tak boleh sombong..tapi kita tak boleh sembunyikan kebolehan kita...saya tahu siapa awak...saya percaya pada kemampuan awak..

Mungkin ketika itu saya yang merasa masanya belum tiba...terima kasih atas motivasi kamu...ia benar-benar mengubah dan membuka fikiran saya....usah sekadar memerhati...masa untuk meluahkan segalanya...Insyaallah...(^_^)....terima kasih kerana benar-benar memahami....Kau Inspirasi...

Jumaat, 26 Februari 2010

Kau Tahu...

Tuhan berkata:


“Ketika Aku
menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang
istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun,
harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan”

“Aku
memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima
penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya “

“Aku
memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain
menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh “

“Aku
memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku
memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya

“Aku
memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu

“Dan
akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.

Ini adalah
khusus miliknya untuk digunakan pada bila-bila masa ia perlukan.”


Kau tahu:


Kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.”

“Kecantikan
seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya -
tempat dimana cinta itu ada.”