skip to main |
skip to sidebar
Manusia adakalanya punya rasa iri hati, cemburu, hasad dengki dan sebagainya yang sama waktu dengannya. Apa sahaja yang orang lain lakukan, pasti ada yang pandang tidak enak atau pun rasa tidak senang duduk. Seboleh-bolehnya ingin melihat orang lain diketawakan atau jatuh...Mengapa ya manusia seringkali sebegitu? Ada yang pernah berkata pada saya, 'mereka iri hati kerana mereka tiada apa yang kita ada...'...
oh, mungkin alasan itu boleh diterima pakai. Apa pun yang lebih penting ialah sepatutnya seseorang itu berusaha mendapatkan apa yang dia tiada daripada cuba menjatuhkan orang lain dengan cara yang tidak baik.'Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan perbersihan jiwa daripada sifat yang tidak baik.(peringatan juga buat diri sendiri)...Moga segala amalan ibadah diterima olehNya..Amiinn..''
P/S: Selamat meneruskan Ibadah Puasa...(^_^)...buat yang berada di Malaysia mahupun d iperantauan..
p/s2:Tangan yang memberi..lebih baik daripada yang menerima...(^_^)
Malam itu sangat dingin, ruang legar jalan raya di Seri Mawar basah ditimpa kesan curahan hujan renyai-renyai. Deruan enjin bas semakin sayup kedengaran meninggalkan diri Tasnim sendirian di bahu jalan. Panggilan telefon yang berbunyi segera dijawab. Sambil mendengar suara pemanggil dihujung talian, Tasnim seraya menoleh ke arah seberang jalan.....Langkah diatur perlahan, menaiki anak-anak tangga jejambat untuk ke seberang sana. Tasnim berhenti melangkah tatkala tiba di atas jejambat, kaki kembali melangkah...wajah yang ditundukkan diangkat semula, terlihat di hujung sana,seorang pemuda sedang tersenyum dan berjalan ke arah dirinya....Berdebar jantung Tasnim dibuatnya,darah bagai deras mengalir ke segenap tubuh dan malam seraya terasa hangat...teringat peristiwa beberapa purnama yang lalu....Beberapa bulan sudah berlalu, senyuman malam 10 februari yang Ihsan hadiahkan secara tak sengaja benar-benar mengusik jiwa Tasnim. Tampan sekali Ihsan mengenakan Baju Melayu Putih dan berseluar slack hitam. 'Tahukah kamu Ihsan, tidurku tak lena malam itu...' bisik Tasnim terasa malu.'Kalau Tasnim nak tahu, Ihsan ni lembut hatinya, sebab itu adik dan abang dia sayang sangat pada dia...' bual Ibu Ihsan kepada Tasnim.Tasnim sayangkan Ihsan....Ihsan tidak pernah sekali bersikap kasar pada Tasnim. Lembut bicaranya amat tenang sekali...setenang raut wajahnya... Ihsan juga tak pernah merasa jemu memujuk rajuk Tasnim . Ungkapan maaf seringkali terucap dibibir Ihsan seandainya dia merasakan Tasnim sedang berkecil hati...Ihsan jauh berbeza dengan pemuda-pemuda lain...bagaikan langit dan bumi jika ingin diperbandinkan. Dia jauh lebih jujur dan ikhlas.........tidak seperti lelaki lain yang hanya pandai bermain kata dan menipu daya...rasa syukur teramat dihadirkan Ihsan dalam hidupnya.Tasnim melihat ke mata Ihsan, mata Ihsan sedikit merah menahan sebak di hati...Tasnim mengalihkan pandangan, tak sanggup menatap wajah kekasihnya...Tasnim tak terdaya menahan lagi,Kolam Air Mata sudah pun melimpah keluar.....janji diungkap kemas....menanti hari agar tertunai......'Yakinlah Aku Menjemputmu...' bisik Ihsan perlahan....Ya Allah...rahmatilah perjalanan hidup Ihsan dan Tasnim.....agar sentiasa berpaut pada JalanMu...
4 tahun sudah berlalu sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Malaysia pada Julai 2005. Sejujurnya aku sendiri tak pasti dengan jurusan yang aku ambil...banyak konlifk dalaman yang aku hadapi pada tahun satu pengajian...hampir sahaja meninggalkan gedung ilmu ini...mujur Dr. Dzul banyak membantu..Antara orang yang banyak mendengar cerita aku ialah saudari Hafiqah....terima kasih ya menjadi pendengar yang baik dan setia..(^_^) (rindu pergi ke bazar ramadhan bersama kamu dan mid..)Tahun kedua sekali lagi diberikan ujian getir saat melayari hidup sebagai seorang pelajar...mana tidaknya, subjek ID03 entah mengapa digagalkan oleh seorang pensyarah..yang mengakibatkan aku terpaksa untuk menambah lagi 1 tahun tempoh pengajian daripada 4 tahun kepada 5 tahun...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasai saat itu...Namun, Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri...ku gagahi diri bangkit semula...bertemu dan berdiskusi dengan pelbagai pihak pentadbiran akademik kerana aku merasakan alasan yang diberi oleh pensyarah tidak konkrit dan lansung tidak boleh digunapakai untuk mengagalkan seseorang pelajar...banyak suara sumbang yang aku dengari namun tiada kupeduli..berat lagi aku yang memikul bebannya....Saban hari aku berdoa agar Allah permudahkan jalan untuk ku walau hakikatnya semester baru sudah bermula dan aku tidak boleh mendaftar untuk subjek ID04....tapi..aku hadir juga sebagai HS (hadir sahaja) bukan HW (hadir wajib).....Atas alasan-alasan yang aku kemukakan kepada Timbalan Dekan Akademik sebanyak 3 muka surat,beliau bersetuju untuk melantik satu jawatankuasa penilaian baru..syukur Alhamdulillah, keputusan berpihak kepada aku....maka tempoh pengajian kekal 4 tahun...Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga yang memberi kekuatan dan sokongan sepanjang ujian itu.... Tahun 3 dan tahun 4 berjalan seperti biasa...hubungan sesama rakan semakin akrab...terutamanya fiq,mid,maziah,min,amy,dila dan Sare...kita tak pernah peduli apa orang kata tentang kita kerana kita hidup untuk diri kita dan tak pernah menganggu hidup sesiapa....rindu teramat saat berniaga kecil-kecilan di Pasar Malam KP, makan stimboat bersama-sama,ke kelas bersama,berjalan-jalan sekitar UTM, suka duka dan banyak lagi yang kita lakukan bersama...tapi kini aku sedari..setiap manusia ada haluan sendiri bila sudah bekerja...sekali sekala mungkin kita bisa berkumpul kembali...(^_^)Alhamdulillah, antara hari paling bermakna,minggu lalu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri di Dewan Sultan Iskandar,UTM skudai..teringat pahit manis sepanjang tempoh 4 tahun..banyak lagi sebenaryta cerita di sini...biarlah tak perlu dikongsi mungkin...sempat bertemu rakan-rakan walaupun sekejap cuma..masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan...semuanya kelihatan sangat gembira...hujan yang turun membawa seribu macam rahmat...moga Allah permudahkan segalanya untuk kita...buat sahabat yang masih belum graduate...aku doakan kejayaan menanti kalian di hadapan..Amiinn....p/s: Selamat Berpuasa buat semua umat Islam......moga Ramadhan kali ini ini bisa meninggalkan seribu macam pengalaman indah buat kalin...Insyaallah...(^_^)
Agak lama menyepi...rentetan kisah hidup yang berepisod adakalanya tidak mengizinkan diri ini untuk menulis dan menulis...demam yang melanda selama seminggu dahulu benar-benar mengingatkan diri betapa nikmatnya berasa sihat...sesungguhnya sakit itu pengampunan dosa-dosa lalu..insyaallah...
Hari ini masih lagi bekerja sebagai seorang pendidik...anak-anak kecil ini semakin nakal...juga semakin serasi dengan gurunya...gelak tawa menjadi rutin setiap hari...hampir saban hari ada saja cerita yang dibawa pulang......pantang memegang gula-gula di tangan sebagai pengubat rasa mengantuk...ada sahaja yang datang tersengih...setiap hari sedaya mengelak diri berasa marah...menjerit jauh sekali...itu tidak lain hanya mengundang sakit emosi yang sia-sia...kerana apa? bercakap dengan lembut dan tegas hakikatnya bisa mengubah sikap anak-anak kecil ini menuruti apa yang saya katakan...telah saya lakukan banyak kali dan berjaya...bermain secara psikology...(^_^)
3 hari lalu baru sahaja menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri di majlis konvokesyen di UTM, Skudai. Dalam perjalanan sebelum bergelar graduan, terlalu banyak kisah suka duka yang dilalui sepanjang bergelar pelajar...Alhamdulillah...Tuhan telah permudahkan segalanya...ingin saya tulis tentang itu di entri akan datang..Insyaallah.
Oh ya...sempat juga berjalan-jalan di negeri Johor selama beberapa hari...percaya atau tidak, sebelum ini selama 4 tahun di Johor sebagai penuntut di UTM, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang saya lawati beberapa hari lalu...sehinggakan ada pula yang terpaksa solat jamak..sudah lebih 2 marhalah katanya...(^_^) Terima Kasih ya bawa saya jalan-jalan!Sebenarnya tulisan ini sekadar pengubat rasa rindu untuk menulis...rindu yang semakin membuak ini rasanya tidak berjaya dilepaskan dalam entri ini....oh..mungkin kerana saya sendiri yang tak pandai menulis....(@_*)
hari ini Sarah bangun dari tidur jam 6.15 pagi...lantas mandi dan solat..baju kurung disarung ke badan...sambil tersenyum tudung dipakai kemas...wajah dicalit sedikit make up sekadar perlu...Sarah menyarung kasut dan melangkah keluar dari rumah...dia bertekad dalam hati....'semalam aku bahagia...hari ini aku masih memilih untuk bahagia....' sambil tersenyum Sarah melangkah menuju ke kereta...niat untuk ikhlas bekerja agar beroleh bahagia....
Bahagia itu bukanlah destinasi...bahagia itu tidak mahu berhenti...kerana kita mahu bahagia sepanjang hayat...Hakikatnya...bahagia itu adalah satu perjalanan... setiap hari yang kita lalui itu sebenarnya kebahagian....kita yang memilih untuk bahagia atau sebaliknya...hidup ini sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan....kita juga yang memilih jalan untuk bahagia mahupun tidak....Mulailah setiap hari dengan niat yang baik...lakukanlah perkara yang bisa membahagiakan diri kita dan orang lain...bahagia itu sendiri satu ni'mat.......adakalanya orang lain seringkali bercakap tentang kita....tetapi kita lebih tahu apa yang kita mahukan dalam perjalanan hidup kita sebagai khalifah Allah...biarlah hidup kita mungkin sederhana...tetapi kita bahagia...setiap hari tersenyum.....
Bahagia Itu Bukan Satu Destinasi...Tetapi Satu Perjalanan....
Thank You Allah for giving me such a wonderful ni'mat everyday....Alhamdulillah..(^_^)