Contengan Sebuah Diari Maya...Bercerita Buat Yang Mahu Mendengar...Menulis Buat Yang Sudi Berkongsi Cerita...Dalam Sebuah kisah Pengembaraan Hidup...Seribu Halangan...Sejuta Pengalaman...
Alunan lagu raya bergema di corong radio, asyik sekali melodi dan liriknya..tersedar aku bahawa aidilfitri bakal menjelang cuma beberapa hari sahaja lagi..oh,begitu pantas masa berlalu meninggalkan Ramadhan..
Tahun ini beraya secara sederhana, seperti tahun-tahun yang lalu...cuma yang berbeza ialah tahun-tahun lalu sebagai seorang pelajar...tetapi tahun ini sudah pun bekerja...perlu mengintai-ngintai sampul duit hari raya....punya 5 orang anak saudara...bakal bertambah pada tahun hadapan...tunggu...hehe..(^_^)
Terima kasih kepada anak-anak kecil di Sekolah Islam Adni kerana banyak memberi kad hari raya, biskut raya dan coklat sempena Aidilfitri ini...insyaallah nanti Teacher Atiqah bawa cupcakes ya...(^_^)... Alhamdulillah...semakin menjelang hari raya beberapa hari ini..rezeki terasa begitu murah sekali....syukur kepadaNya ke atas nikmat yang diberikan...
Buat semua kaum keluarga..teman-teman...Salam Adilfitri buat kalian...saya memohon kemaafan jika ada tersalah kata..bahasa mahupun perbuatan yang menyakitkan hati..moga segala salah dan silap dimaafi....
Buat Zairy yang kini dalam perjalanan pulang merentasi benua sewaktu entri ini ditulis...moga selamat sampai ke Singapura dan tiba di Johor dengan perasaan yang gembira (itu sudah pasti..(^_^)...)...moga Aidilfitri kali ini lebih bermakna berbanding yang lalu....
p/s: Saya sudah lama mengidam lemang dari Tampin...raya keberapa agaknya ya boleh merasa..hehe..
ingin menulis tentang peristiwa pagi tadi...tetapi agak panjang ceritanya....tentang seorang pemandu wanita yang saya kategorikan sebagai 'bodoh sombong'..(maaf,agak kasar..tetapi inilah istilah yang paling tepat untuk dia...)...sepatutnya di bulan yang baik ini cubalah untuk mengurangkan perasaan hasad itu...jadilah pemandu yang berhemah...
oh..saya mungkin agak emosi ketika menulis...sungguh beberapa kali saya menggeleng kepala ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi...pemandu wanita itu bersungguh-sungguh mahu mencabar saya...setiap kali saya mengubah haluan...dia pasti cuba menghalang kenderaan saya...bukan sekali..tetapi lebih 4 kali...bermula daripada bulatan Bt. Caves sehinggalah ke Taman Melawati...sukar sangatkah untuk bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya?tetapi bila saya fikirkan kembali...tiada faedahnya melayan kerenahnya...lantas saya membiarkan saja...itu lebih baik...........tetapi saya masih dapat melihat gaya pemanduannya yang seperti ribut...tertekan tidak mahu kalah agaknya....oh...saya tersenyum sendiri..(mungkin saya yang menang kot...hehe)
kepada wanita itu,jika anda membaca entri ini....jangan salahkan saya kerana menulis...mungkin agak emosi dan sinis..tetapi sekadar untuk pengajaran kepada yang lain...jadilah pengguna jalan raya yang bijak dan berhemah.....saling menghormati kerana semua orang juga pemandu seperti anda..jika anda tidak berhemah, orang lain juga sukar untuk bertimbang rasa dengan anda.
oh ya, mari tukar topik,saya selalu bermuka buku, kekadang mengambil kuiz dan sebagainya...hehe...ini salah satu gambar daripada application di facebook..(^_^)..(kita ubah rasa beremosi di atas kepada senyuman...)
'ALLAH S.W.T gives us rezeki in many ways......money is not the matter...Allah will pays for all good things.....he pays by giving us peace of heart & mind, always feel enough and thankful (syukur) for what we have.....rezeki is everywhere....but the only key is IKHLAS for everything we do.....and ALLAH will pays us more.....the more u give, the more u will get...SUBHANALLAH....' (^_^)
Setenang-tenang air di laut, belum kau tahu gelora di dasarnya....Sekerdil-kerdil insan berdiri, belum kau tahu kegagahanku....
Pahat pujangga paksi kencana.... Assalamualaikum buat semua....
Apa yang terlakar di sini tidak lain sekadar catatan dalam sebuah diari maya....sekadar curahan minat dan keinginan untuk menulis....moga bisa menjadi wadah perkongsian ilmu dalam erti sebuah kehidupan.....
Kelmarin..ku ingin mengira bintang di langit,saat ku mendongak wajahku...tiada sebutir pun bintang memancarkan sinarnya...aku kecewa..
Semalam,ku lihat kembali ke dada langit...tercari-cari di manakah kerdipan bintang-bintang...dan ku temui sebutir bintang bercahaya...sendirian ia di situ...aku hampa..
Hari ini...ku lihat lagi ke dada langit yang sama...sungguh terang malam ini...di celah jendela ku mengintai.. bintang bercahaya itu rupanya ditemani sang rembulan...aku bahagia...