Khamis, 10 September 2009

Muka Buku

ingin menulis tentang peristiwa pagi tadi...tetapi agak panjang ceritanya....tentang seorang pemandu wanita yang saya kategorikan sebagai 'bodoh sombong'..(maaf,agak kasar..tetapi inilah istilah yang paling tepat untuk dia...)...sepatutnya di bulan yang baik ini cubalah untuk mengurangkan perasaan hasad itu...jadilah pemandu yang berhemah...

oh..saya mungkin agak emosi ketika menulis...sungguh beberapa kali saya menggeleng kepala ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi...pemandu wanita itu bersungguh-sungguh mahu mencabar saya...setiap kali saya mengubah haluan...dia pasti cuba menghalang kenderaan saya...bukan sekali..tetapi lebih 4 kali...bermula daripada bulatan Bt. Caves sehinggalah ke Taman Melawati...sukar sangatkah untuk bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya?tetapi bila saya fikirkan kembali...tiada faedahnya melayan kerenahnya...lantas saya membiarkan saja...itu lebih baik...........tetapi saya masih dapat melihat gaya pemanduannya yang seperti ribut...tertekan tidak mahu kalah agaknya....oh...saya tersenyum sendiri..(mungkin saya yang menang kot...hehe)

kepada wanita itu,jika anda membaca entri ini....jangan salahkan saya kerana menulis...mungkin agak emosi dan sinis..tetapi sekadar untuk pengajaran kepada yang lain...jadilah pengguna jalan raya yang bijak dan berhemah.....saling menghormati kerana semua orang juga pemandu seperti anda..jika anda tidak berhemah, orang lain juga sukar untuk bertimbang rasa dengan anda.

oh ya, mari tukar topik,saya selalu bermuka buku, kekadang mengambil kuiz dan sebagainya...hehe...ini salah satu gambar daripada application di facebook..(^_^)..(kita ubah rasa beremosi di atas kepada senyuman...)

1 ulasan:

Nooreena berkata...

Yeayy.. saya nombor 2! :D

Qa, bila awak tulis perkataan emo, teringat entri kita yang baru-baru ni. Tentang emo. Adoii, wanita kuat benar bermain emosi ya. (saya pun wanita juga~) huhu..

Catat Ulasan