Anda seorang perempuan?
Anda juga seorang penunggang motosikal/skuter?
jika ya..mungkin anda pernah melakukan atau mengalami perkara-perkara berikut....
1. tidak memakai topi keledar (saya selalu, terutamanya ketika pergi ke kafe dalam utm, sehingga disaman oleh abang guard dan akhirnya saman itu ditarik balik..terima kasih! oh, sayangilah diri anda!)
2. lupa mengisi petrol di stesen minyak walaupun anda sudah membayar rm5 di kaunter pembayaran (ketika ini saya rasa teramat bodoh sekali, mungkin kesan daripada peperiksaan yang diduduki)
3. membenarkan kakak anda yang sudah lama tidak menunggang meminjam skuter anda untuk membawa dua orang anaknya bersiar-siar dan pada masa yang sama saya juga menjadi pembonceng di belakang. (dan akhirnya skuter saya tergolek manakala seorang daripada anak saudara saya tiba-tiba terlihat terduduk di tepi kerusi dan mulai menangis kerana terkejut....dan saya tak mampu menaham gelak..hehe)
4. terjatuh dari skuter hanya kerana kasut tumit tinggi anda tersangkut pada kain baju kurung anda sewaktu mahu berhenti di simpang tiga. (aduh...amat memalukan..mujur ada yang datang membantu..)
5. tiba-tiba tayar skuter anda pecah saat anda sedang bertarung dengan masa untuk pembentangan projek tahun akhir? (oh ketika itu tuhan benar-benar ingin menguji)
6. ada seekor anak kucing sedang bermain-main dalam raga skuter anda. (macam mana dia boleh masuk ni? sudahlah saya sememangnya takut pada haiwan jinak ini)
7. skuter anda dibiarkan selama 2bulan tanpa dihidupkan enjinnya. (dan saya dikerah oleh abah untuk menolak sendiri skuter itu dari rumah hingga ke bengkel sejauh tidak sampai 1kilometer..hehe..malu dibuatnya)
8. dan lain-lain lagi yang melucukan atau menyedihkan....nak dicerita panjang nanti anda semua jemu pula...(^_^)
:Selamat menunggang & ingatlah orang yang tersayang......(^_^)
Kanak-kanak lebih mudah alami masalah pendengaran
9 tahun yang lalu



