Rambut ku di usap berkali-kali, sambil tersengih manja aku mendongak wajah ke arah nya…dia turut tersenyum…masih tersimpan rapi senyuman itu di hatiku sehingga saat ini…
Petang itu aku pulang dari sekolah berjalan kaki bersama adik kembar ku….secara tak sengaja terlihat pak ndak turun dari sebuah bas mini bewarna pink di hadapan sekolah rendah selayang baru. Kami bertiga berjalan beriringan sambil bergelak tawa, masing-masing terhibur gembira.
=======1993-1996======
Redup petang mulai menjengah, mentari pula kian hilang bahangnya, sambil memujuk pak ndak ke luar rumah, segera aku dan adik mencapai raket-raket badminton yang ada di rumah nenek, tanpa pernah merungut, Pak Ndak mengikut sahaja kemahuan dua orang anak saudaranya itu. Lansung aku dan adik tidak tahu bermain badminton, tetapi Pak Ndak tak jemu mengejar bola tangkis yang dipukul merata. Sesekali tawa kami memecah suasana petang yang hening.
*****************
Pak Ndak membawa aku dan adik ke taman tasik titwangsa, sempena sambutan hari keluarga tempat dia bekerja. Semua rakannya suka mengusik aku dan adik yang masih kecil.
‘Anak siapa ni hamid’, soal mereka.
‘Anak-anak aku’ jawab Pak Ndak spontan.Aku merenung wajah lelaki berusia lingkungan 30-an itu, mungkin Pak Ndak malas melayan kerenah rakan-rakannya.
*****************
'Adik nak ke kedai depan tu, nak beli gula-gula’, rayu aku pada nenek.Berkali-kali di halang tetapi degil aku tika itu tetap menebal. Akhirnya aku pergi juga ke kedai itu. Sampai di sana, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah belakang. Aku menoleh, rupanya sebuah bas sekolah dan lori berlanggar. Dan saat itu aku melihat Pak Ndak berlari ke arah ku, tubuh kecil ini segera di rangkul erat.
'Adik tak apa-apa?soal pak ndak sambil mengusap rambut ku.
'Kenapa’ soalku spontan
Pak Ndak dengar bunyi kuat tadi, Pak Ndak risaukan adik’. Jawabnya.
Sambil tersenyum aku membalas ‘Adik okay...’
=======Jun, 1997============
1-6 Jun 1997
Seminggu aku dan adik menghabiskan masa cuti sekolah di rumah nenek di Taman Melati, Kuala Lumpur. Seperti biasa, pak ndak akan ke tempat kerja setiap hari.
‘pak ndak balik nanti belikan kfc ya’ pinta ku separuh merayu.Pak ndak sekadar tersenyum. Namun, hari-hari yang berlalu, pak ndak tidak sempat singgah untuk membeli kfc untuk dibawa pulang, tetapi dia akan membeli benda-benda lain sebagai ganti. Pak ndak tidak pernah mengecewakan kehendak kedua-dua orang anak saudaranya itu, apa saja yang dipinta, sedaya upaya diturutinya.
Hari jumaat itu, abah dan mak mengambil aku dan adik di rumah nenek. Kami melawat ke Menara Kuala Lumpur dan terus pulang ke rumah di Selayang Baru. Tiba di rumah, kakak menghampiri aku,
‘adik, tadi pak ndak telefon. Pak ndak cakap pak ndak dah beli kfc tapi adik dah balik’. Kata kakak.Aku segera mencapai ganggang telefon.mendail nombor rumah nenek.
‘pak ndak kenapa tak tunggu adik ada baru beli kfc’ tangis ku manja.
'Pak ndak ingat adik ada di sini, lain kali ya’.Puas dia memujuk anak kecil yang sedang merajuk itu.
*****************
7hb Jun 1997
Pagi itu aku mendengar mak mengetuk pintu bilik air, memberitahu abah sesuatu.
‘Abah, Pak ndak pengsan’aku bingkas bangkit dari tempat tidur, segera mendapatkan mak. Kami sekeluarga pergi ke rumah nenek, saat itu tiada telefon bimbit untuk mengetahui situasi sebenar. Tiba di rumah nenek ,jiran sebelah mengatakan ambulans telah membawa pak ndak ke Hospital Kuala Lumpur.
Aku melihat nenek menangis di bahagian wad kecemasan. Sungguh aku bingung apa sebnarnya terjadi.
*****************
3 hari Pak Ndak koma. Aku sekadar mampu melihat tubuh tak berdaya itu....pasti dia penat dan keletihan,sesekali ku bisikkan kalimah syahadah di telinganya...dan saat itu aku tak mampu menahan air mata yang kian bertakung. Ku pegang kedua-dua belah kakinya...sesekali kakinya tegerak kesan refleks. Aku diam mebisu, mak cik dan pakcik semuanya tak jemu membaca surah yasin....
*****************
9hb Jun 1997
'Jika esok jam 9 pagi tiada sebarang perubahan positif, pihak kami terpaksa cabut alat bantu pernafasan'. Ulas seorang doktor yang bertugas ketika itu.
*****************
10hb Jun 1997
Dan Tuhan lebih menyanyangi nya....Pak Ndak pulang ke pangkuan Illahi jam 4 pagi hari itu...
Subuh itu aku dan keluarga ke rumah Mak cik di Taman Melawati, perlahan aku melangkah memasuki pintu, ku lihat sekujur tubuh terbaring di tengah ruang, ku hampiri jasad itu, aku pilu...baru 4 hari lalu aku mendengar suaranya...
Surah Yasin ku alun kan perlahan di sisi jasad kaku itu.....moga rohnya dicucuri rahmat...
*****************
Air mawar kusiram di pusara nya...moga di sana, syurga miliknya....
Al-Fatihah
19 ulasan:
huq..='(.. sedih sgt.. ingt lagi arwah pak ndak sanggup layan kerenah aku nangis2 kat telefon minta pak ndak amek aku nk pi tdo umah tok.. dulu cik noy garang.. pak ndak yg selalu tolong kiter..
p/s- ingt lagi perkataan last pak ndak kat aku...'tidolah..'... tak sangka rupanya arwah yg akan tidur buat selamanya...
dik..
Sedihnya entry ni. Masa Dr nak cabut bantuan pernafasan arwah, actually pagi pukul 8 tu ada kelas. Sepanjang Semester, aku tak pernah ponteng kelas tapi hari itu, ada kawan sekelas mengingatkan aku, pergilah, setakat satu hari ponteng tak kemananya.. manalah tau.. mungkin ini kali terakhir kau berjumpa dengannya. Betullah pada zaman itu belum meluas lagi penggunaan telefon bimbit.
Aku bertolak keluar dari kampus sewala yang mungkin ke HKL. Sampai di Hospital, aku terkejut melihat katilnya telah berkemas rapi. Oh mungkin sudah sedar agaknya. Walaubagaimanapun, menggigil lutut aku bila nurse di kaunter bagitau patient katil ni dah meninggal pagi tadi. Bila aku telefon, ciknoy kata jenazah telah dibawa ke rumah Mak Enon di Lembah Keramat untuk dimandikan dan disembahyangkan. Aku pun tak tunggu, terus menahan teksi untuk ke sana.
Mamat drebar teksi tu pulak macam bagus aje nak beramah mesra dengan aku padahal aku dah bagitau aku nak cepat sebab jenazah arwah pakcik aku nak dikebumikan. Teksi yang dipandu terasa amat perlahan ditambah pulak dengan lawak bodoh mamat drebar yang tak paham bahasa tu menjadikan darah aku mendidih sepanjang perjalanan.
Namun, sesampai di rumah Mak Enon, dari jalan raya kelihatan ramai orang dan dapat kulihat sekujur tubuh kaku berselimut putih yang dibaringkan mengadap kiblat. Barulah terkedu drebar teksi tu.
Sampai sekarang aku memang tak dapat lupakan arwah Pandak. Arwah tak sempat melihat majlis perkahwinan kesemua anak buahnya walaupun arwah lah yang paling rapat dengan kita semua.
Aku yakin, kalau arwah masih hidup, pasti dia akan sayangkan anak2 aku sepertimana dia sayangkan kita semua.
Arwah Pandak memang paling sayangkan kembar. Itu adalah fakta. Aku pernah lihat sendiri bagaimana arwah mempertahankan 2 budak comel (dulula.. skang tak comel dah) bila dimarahi ibu saudara atau nenek.
Sampai bila2 pun arwah Pandak akan dikenang. Bila aku menulis komen ni pun sebak rasanya.
Semoga arwah Pandak aman di sana. Al Fatihah. AMIN!
myzira,
Dulu masa arwah ada, highway kt uia tu xde lg...if dulu dah ada..dekat je la nk pegi balik Taman Melati-Selayang Baru....erm... nangis nk pegi umah tok eh..aku pun sama dulu...(^_^)...
kak shima,
wah..ni bleh jadi entri baru nie...panjang mcm essay SPM...hee
lepas arwah Pak Ndak pergi...xde dah org nk pujuk aku nangis if kena marah dgn makcik makcik..maklumlah aku nie nakal bangat time kecik2..sejak tu pun aku lihat perubahan pada mereka..dah mula xgarang lagi...heeee...bila lihat or sebut tntg 'kembar' zaman kecik2...mereka pasti teringat arwah...sbb aku dan adik slalu bermain dgn arwah...dan adakalnya sepupu2 aku yg lain turut rasa cemburu...erm....
aku rindukan arwah.. kalau kita sayangkan dia.. jgn kita lupakan dia setiap kali lepas kita solat... semoga arwah ditempatkan dilangan hambaNya yg soleh..amin...='(
sedey sngt...kte da pnah denga tqa cite pasal ni....tp ble bace balik cite ni, rase nk nanges jgk....sob...sob...sob
Fiq...
owh, tiqa pernah cerita ya? hee...lupa pula..sebab tiqa kan memang suka bercerita..pantang saja bertemu dengan saudari nur hafiqah..pasti byk perkara ingin di bualkan...itu yg sampai tak ingat cite ape yg tak pernah di cerita...heeee (^_^)
p/s:fiq rasa nk menangis? owh....(^_~)
sedih aku baca entry ni...
sekitar bulan 12 1996, aku dan pak ndak pergi stadium shah alam tengok bola final Piala Malaysia Selangor lawan Sabah.
lepas habis perlawanan tu, pak ndak cakap kat aku: "lepas ni pak ndak dah malas nak pergi tgk bola lagi... kau pun dah besar, pandai-pandai lah kau pergi stadium sendiri...
rupa-rupanya itulah kali terakhir aku pergi tengok bola dengan pak ndak...
aku rindukan pak ndak.... al-fatihah
sedihnye entry ni..teringat mase kita sume g menara kl..pastu dpt brite pasal arwah pak ndak.. rindu kat pak ndak............
Semoga arwah dicucuri rahmat dan bahagia di sana...Amin..
mywanfai,
teringat plak ada sekali beriya-iya nk ikot pak ndak gi stadium shah alam tgok lawan bola...tp pak ndak ckp tempat tu jauh sgt sbb nk pujuk tak bg ikut.
Pastu xlama lepas tu time birthday yg ke berapa ntah...pak ndak bawa pegi tgok stadium tu dari luar..pastu pak ndak belikan jersi selangor kaler kuning merah tu saiz kanak2 sbg hadiah hari jadi...
Educator_2009
itulah kali pertama dan terakhir aku melawat Menara Kuala Lumpur...ermmm
Sayu benar ya cerita kamu ini, permatanusantara...
p/s Setiap yang pergi itu tandanya Tuhan lebih sayangkanNya bukan. Esok lusa mungkin giliran kita pula. Mati itu suatu pasti, hidup insyaallah..
sedihnya.. tp yg paling aku ingat.. dulu arwah selalu hantar kad raya kt kita semua.. dan aku tak pernah pun balas kad dia walaupun 1.. then, ada skali tu aku terfikir, nak hntr kad raya kad arwah.. masa tu nak dekat raya dah.. tak tau la dia ada dapat atau tidak kad tue.. dan seingat aku itulah kali pertama dan terakhir aku hantar kad raya pada pak andak.. Al-Fatihah..
Tabahkan hati ya Qa. =)
PS: Banyak kali cuba untuk beri komen. Harap kali ini berjaya..
Salam...
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT...Al-Fatihah buatnya..
permata nusantara...
aku ingt lagi jersey selangior arwah pak ndak beli kat kita... dulu hujung minggu je kiter ajak arwah pegi pasaraya SAGA... beli pensel warna lah, buku, gula2...
p/s - anak2 buah kita skrg tak de dah manja2.. pantang jumpa lagi kita sakat adalah... lagi2 si eimran... huuuu~
Sangmentari,ibnurashidi.Noreena,
Terimakasih kerana sudi membaca dan berkongsi pengalaman ini bersama saya...moga rohnya dicucuri rahmat...hanya doa sebagai tanda ingatan....
wan faizatul (PTD kah? maklumlah ramai wan faizatul dlm famili..)
ya..setiap org pasti dapat kad raya dari arwah. dan arwah hanya akan tulis 'Selamat hari raya' dan tandatangan arwah. Tandatangan itu kini mirip tandatangan ku...kerana aku meniru tandatangannya kerna aku syg sgt padanya...
Catat Ulasan