Memandangkan saya tidak punya sebarang idea untuk di kongsi di dada teratak nusantara ini, kebetulan di 'tag oleh seorang teman yang kini berada di Jepun, maka jemari ini ringan sahaja mengetik papan kekunci....
Sebelum ini pernah beberapa kali di tag untuk beberapa isu, dan kali ini tag datang nya dari Sang Pelangi
Peraturan bagi menjawab tag ini adalah seperti berikut:
A)Letakkan lencana yang telah disediakan di Blog
-Saya kurang faham tentang ini...maaf ya (^_^)
B)Ceritakan tentang pemberi anugerah dan buat pautan
-Saya dan Sang Pelangi belajar di dalam kelas yang sama di Maktab Rendah Sains Mara Mersing, Johor.Pertama kali mengenali dirinya saat cikgu Roslina (jika tidak silap namanya, guru bahasa melayu ketika itu) memanggil namanya 'Mazni', dan saya agak terkejut juga yang keluar ke depan kelas ialah seorang pelajar lelaki....(^_^). Dia dikenali juga dengan beberapa gelaran unik..(rasanya tak perlu diceritakan di sini ya..lebih baik bertanya sendiri pada Sang Pelangi..hehe).Pernah sekali ketika di maktab dahulu, Beliau fikirkan beliau sedang bercakap dengan diri saya,hakikatnya beliau sebenarnya tersalah menegur orang, iaitu adik kembar saya sendiri (entah Sang Pelangi masih ingat atau tidak peristiwa lucu ini....) Beliau suka menulis seni Khat sehinggakan papan putih di hadapan kelas juga dicontengnya dengan tulisan khat (agaknya masih ada tak hasil seni itu di situ..?? (^_^)..)
C)Nyatakan 10 hobi /fakta tentang diri sendiri
1. Saya boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin (tapi banyak juga perkataan yang sudah lupa...sedih sekali)
2. Saya suka menulis...tapi sukar mendapat idea untuk menulis tentang apa...
3. Saya tak tahan pada kesejukan...dan mungkin juga tidak boleh hidup di tempat yang cuacanya terlalu sejuk..(^_^)
4. Satu-satunya haiwan jinak yang saya takut ialah kucing...heeee (*_+)
5. Mak saya mahu saya jadi cikgu...tapi saya mahu jadi lain....(aduhh...maaf sekali lagi ya mak...)
6. Saya suka bergambar....di mana ada kamera..di situ ada saya....(^_~)
7. Saya pernah mengalami kemalangan jalan raya sewaktu kecil dan meninggalkan parut kecil di wajah....
8. Saya suka bunga orkid
9. Saya seorang budak yang nakal (^_*)
10.Saya sayang keluarga saya........(^_^)
D)Seperti biasa, tag orang lain pula
1)Mohd Azreen Ezairy, kini jauh di perantauan. (Sudah di jawab. klik di sini)
2)Nur Erina Ismail, teman sebilik yang sangat comel dan baik hati ketika di Matrikulasi dahulu. (Sudah di jawab. klik di sini)
3)Nadirah Hanim, rakan sekelas maktab yang bijak (Sudah di jawab. klik di sini)
4)Berett, punya nama baru 'WAB' (Sudah di jawab. klik di sini)
Kanak-kanak lebih mudah alami masalah pendengaran
7 tahun yang lalu
5 ulasan:
1. Aaaa.. ingat-ingat. Cis TERmalu aku masa tu. Lepas tu si Azirah berlakon macam betul-betul je. Arkh.
2. Patutlah banyak gambar kau di mana-mana. Haha.
3. Aik? Sikitnya Tag orang? Psst.. kau tag Nad dengan Beret. Aku nak selit-selit baca. Haha. Jahat aku.
Irfan@SangPelangi
Haha...irfan..aku tengok gaya kau time tu macam konfident je...kesian ya diketawakan oleh kawan2 lain selepas itu..
p/s:Malam semalam agak mengantuk, so tag 2 org sahaja dahulu...heee..hari ini tambah lagi lah..ok Nadirah dan Berett..
Qa, kamu men'tag' diri ini tanpa pengetahuan ku!? Nasib baik tergerak hati mahu ke sini. :D
Sebelum ni pun pernah di'tag' tapi tak terbuat lagi. Oh Tuhan, tolong daku~
owh Erin,saya sudah beritahu kamu via offline msg di YM...mungkin kamu xdapat...hee..xmengapalah
Ada masa jawab ya...(^_^)
Catat Ulasan