Ahad, 8 Mac 2009

Saya Cemburu...

Saya cemburu….ya…saya sedang iri hati….setiap hari saya melihat rakan-rakan lain bermesraan bersama dia…mereka bertemu setiap hari…tak pernah jemu bersua…kerana masing-masing cuma tinggal sebulan sahaja sebelum berpisah….semuanya berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik untuk dia….memberi perhatian padanya…menanti saat untuk dipersembahkan….

Saya sedang cemburu…sudah lama saya tidak bertemu dengan dia….saya rindukan dia…rindu teramat sangat..hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini….sudah seminggu saya tidak menyentuhnya…saya bimbang saya tak mampu jadi yang terbaik untuk dia nanti…….

Ya Allah…permudahkanlah segalanya untuk aku dan dia……moga segalanya menjadi yang terbaik….

p/s: Hakikatnya sudah seminggu aku tidak bermesraan dengan Projek Sarjana Muda (PSM) yang sedang aku jalankan kerana segala maklumat projek ada di dalam CPU yang sedang dibaiki…pendrive yang menjadi backup segala data pula tidak boleh detect oleh mana-mana komputer (satu lagi cabaran dan dugaan di semester akhir ini….) Aku rindukan PSM……….dan 'Dia' yang aku maksudkan adalah PSM... Sekadar cuba tersenyum saat ini untuk kembalikan semangat dalam diri…..

4 ulasan:

nazri berkata...

alahai..
last2 minute ni pc ko leh rosak..
huhu..takpe2..sabar j la wan..

aa,btol ar tu..
nazri aka andsem..
hee...tgh mabuk darat ni..
tak leh ulas pjg2..salam..

Tanpa Nama berkata...

PermataNusantara...
Ibarat berjalan dia atas api. Tidak semua kita mampu melakukannya bukan. Justeru, jadikanlah diri kita yang terbaik. Semoga itu mampu menjadikan kita lebih berjaya di masa mendatang.

Setiap kesukaran itu pasti menanti kesenangan di akhirnya. Memang itu janji daripada-Nya...sabar ya

Permata Nusantara berkata...

Nazri,

Yup..PC ada problem...

Wah..mabuk darat?semacam bahaya je bunyi nya....heheh!

p/s: Terima Kasih kepada Yasmin & Maziah kerana selalu beri sy pinjam PC mereka...heee (^_^)

Permata Nusantara berkata...

SangMentari...

'jadikanlah diri kita yang terbaik'

Terima kasih ya kerana selalu mengingatkan saya yang sering lupa ini...(^_^)

Catat Ulasan