Jumaat, 20 Mac 2009

Macam Mana Dikatakan Sopan Seorang Gadis


Bagaimana yang dikatakan sopan seorang gadis?.....masing-masing punya pandangan tersendiri....

Yang paling utama....seharusnya kecantikan gadis melayu itu biarlah asli...mencerminkan hatinya yang baik....di serikan dengan air wudhuk dan sentiasa mahu mohon keampunan pada penciptaNya...setiap manusia melakukan dosa...dan tuhan sentiasa memberi peluang dan membuka pintu taubat untuk HambaNya...
Keaslian kecantikan itu harapnya tidak dicemari susuk dan kosmetik hendaknya....pemakaian mekap juga bukanlah utama dan dipakai jika perlu.....tetapi kecantikan bukanlah kayu ukuran untuk dikatakan sopan seorang gadis...

Sopan seorang gadis dengan menunjukkan akhlak yang baik dan menyejukkan mata....redup bila di pandang oleh sesiapa sahaja....senyumannya bisa menyejukkan hati seseorang yang sedang dalam amarah.....

Sopan seorang gadis adalah dengan tingkahnya yang lemah lembut,berbudi bahasa,dan baik hati dengan sesiapa sahaja....tidak pernah merasa hasad dengki dan sentiasa berprasangka baik terhadap org lain serta murah dengan senyuman....senyuman sopan seorang gadis tidak dibuat-buat tapi lahir dari hati....seterusnya memancarkan keayuannya.

Sopan seorang gadis dengan menjadikan budaya melayu sebagai amalan hariannya....Berbaju kurung dan diindahkan lagi dengan tutur bicara yang baik. Mengetahui dan memahami budaya melayu itu sendiri...contohnya memasak masakan melayu yang diwarisi di kepulauan nusantara, tidak salah juga memasak yang lain....tetapi jika dia punyai kelebihan dalam nilai-nilai tradisi itu...dia lebih dikategorikan sebagai seorang gadis melayu tulen....selain itu..kerja-kerja mengurus rumahtangga semua dilakukan dengan cermat tanpa merungut. Gadis melayu bangga mendukung nilai-nilai ini walaupun dalam era globalisasi....

Sopan seorang gadis itu perlulah tahu membawa diri...menghormati orang yang berpangkat lebih tua...tahu cara terbaik untuk menegur sapa....lebih-lebih lagi kali pertama bersua....gadis yang sopan juga perlu pandai bergaul dengan orang lain agar tidak berasa kaget. gadis melayu yang sopan menggunaan intonasi suara yang sederhana,lembut tapi tegas, tidak meninggikan suara atau menjerit denga suara yang membingitkan. Tetapi janganlah terlalu pemalu yang adalakalanya menyebabkannya orang lain malas untuk dekati.

sesiap saja boleh memiliki ciri-ciri sopan seorang gadis....sudah bersedia untuk berubah? (^_^)

p/s: Entri ini ku tulis sebagai ingatan buat diri sendiri..yang adakalanya alpa dengan nikmat dunia yang hanya sementara.....moga Tuhan sentiasa memberikan petunjuk hidayahNya dan memelihara setiap langkah ku dari segala macam keburukan dan fitnah dunia moga sentiasa berada di bawah rahmatMu.......

nota kaki: kredit kepada aini adnan

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gadis yang benar-benar sopan akan sentiasa ikhlas. Jujur dalam setiap tindakan. Tiada erti sopan tanpa ada nilai ketulusan.

p/s ramai gadis kini hanya cantik pada zahir, indah pada rupa, namun hakikatnya hanya tuhan saja yang tahu. Saya rasa kamu lebih arif.

nazri berkata...

saya sopan..=P

Permata Nusantara berkata...

Sang Mentari....

terima kasih kerana menambah lg ciri-ciri sopan seorang gadis dalam ulasan kamu di atas...(^_^)

Permata Nusantara berkata...

Nazri Sensei,

owh....saya tak tahu pula bagaimana sopan seorang jejaka...hehe...mungkin kamu boleh melawat ke laman blog 'Mencari Sang Mentari' dan membaca entri beliau bertajuk 'Macam Mana Dikata Jejaka Macho'...hehe...bisa mendapat sedikit sebanyak info di situ....(^_^)

Shima berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Gadis melayu tulen...

klu jumpe bgth aku...
^.^

i guess klu ader pun..1 dlm sejuta

Permata Nusantara berkata...

crywolf,

oh..kalau ketemu nanti aku khabarkan...nk buat calon ke??? hehe

tp aku pun masih tak pernah jumpa jejaka melayu tulen..hehe...if jumpa...tak perlu bagitahu....(^_^)

Tanpa Nama berkata...

salam.erm..siapa aini adnan,itu mcm nama adik saya,tapi mesti bukan kan?!!nice blog!

Permata Nusantara berkata...

salam buat 'bisikan iman'

jika ayah kamu bernama adnan, mungkin aini ialah adik kamu..hihi...gurau saja..(^_^)

selamat datang ke sini ya

Catat Ulasan