Rabu, 25 Mac 2009

Kreatif Dalam Menipu....

Cuaca agak panas hari ini...mujur hujan rahmat hadir saat petang menjelma (tiada kaitan dengan tajuk entri.......)

Cerita bermula di sini....
4 tahun lalu, sewaktu manuntut di kolej matrikulasi, aku punya seorang teman namanya 'H'. Suatu ketika, tatkala tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk memulakan sesi kuliah semester kedua, aku menerima kiriman sms daripada 'H'.

Tiqa, aku tak sempat nak salin jadual kuliah hari isnin,hari lain aku sempat salin kat board pejabat hari tu, boleh tak kau beritahu aku jadual perjalanan kuliah hari isnin??'
...aku membalas kiriman sms itu tanpa sebarang rasa pelik.

hari pertama memulakan kuliah pada semester yang baru, semua orang kelihatan begitu bersemangat sekali ke kuliah...sempat aku dan rakan-rakan lain berbual sementara menunggu sesi pertama kuliah bermula...tiba-tiba seorang teman bertanya...


'eh,mana 'H'??'
semua di situ mengangkat sedikit bahu tanda tidak tahu dan tak siapa pun melihat kelibat 'H' pagi itu...dan aku mula bersuara

'dua hari lepas H sms aku tanya jadual kelas hari isnin, takkan dia tak tahu kot kelas di bilik kuliah mana hari ni'
...terus seorang rakan lain mencelah...

'eh, dia plak sms aku tanya jadual hari khamis, dia pun cakap hanya sempat salin jadual hari lain kat board pejabat'
...kemudian seorang lagi berkata

'dia sms aku minta jadual kelas hari rabu.....'
dan seorang lagi turut bersuara...

'aku plak dia minta jadual kuliah hari selasa....hah jadual hari jumaat dia minta kat siapa pulak??'
....semua di situ tertawa....rupa-rupanya kami semua ditipu oleh 'H'....

'siap kau H'
....masing-masing tak puas hati...

selesai kuliah...kami tercari-cari kelibat H, kelihatan dia sedang mengemas dan memasukkan buku notanya ke dalam beg...dari jauh kami sengaja memandang tajam ke arah nya sebagai tanda tidak puas hati di tipu...dan H sekadar tersengih seperti kerang busuk....H memang pandai berdolak-dalih....tapi dia seorang yang baik hati...itulah H yang aku kenali dahulu....

Cerita tamat!

Apa pun..aku puji 'H' sebab dia sangat kreatif dalam mendapatkan sumber maklumat....teknologi yang ada tidak dipersiakan....hehe...


p/s: owh...hujan di luar sudah berhenti...ku terlihat pelangi di langit biru...caantikkk sekali....(^_^)

4 ulasan:

nazri berkata...

haha..
ape la H..
naseb baek la kuliah 5 ari j..
kalo seminggu semua kuliah..
tambah la lagi 2 org mangsa..

Nooreena berkata...

Adakah saya mengenali insan bernama H itu? :D

Permata Nusantara berkata...

NazriSensei,

itulah..nasib baik dua hari yang lain tu hari cuti...jika tidak...siapalah mangsanya...hehe

Permata Nusantara berkata...

noreena,

rasenya kamu kenal H itu......dia memang agak nakal dulu...hehe

Catat Ulasan