Jumaat, 31 Oktober 2008

Sebuah Kisah Hidup....

Setiap kali tiba akhir semester...aku pasti teringatkan sebuah kisah dalam diari hidupku....kisah yang seringkali berputar bermain di kotak fikiranku bila tiba saat cuti semester....adakalanya....aku tersenyum sendiri....kisah ini bukanlah suatu yg membahagiakan.......ku coretkan di dada permata nusantara..satu pengalaman....satu iktibar...

2 tahun lalu...

Cuti pertengahan semester bakal tiba 2 minggu sahaja lagi...aku menemani sahabatku saudari fiq ke sri putri....fiq ingin membeli tiket pulang ke kampung...tiba di situ..terus fiq menuju ke satu kaunter tiket...kata fiq...dia sudah selalu membeli tiket dengan lelaki itu...helmi namanya...aku yg pada mulanya enggan membeli tiket untuk pulang ke KL nanti..entah mengapa mengubah fikiran...kebetulan wang kocek mencukupi...akhirnya...kami berdua mendapat tiket pulang pada tarikh yg sama....cuma destinasi berbeza...tiket fiq jam 7.30 malam...dan aku pada jam 8.15 mlm...

Hari yg dinanti telah pun tiba...ku lihat fiq tersenyum sepanjang hari...xsabar pulang ke kelantan..bertemu ayah bonda yg sudah lama tidak bersua...dengan beg pakaian sederhana besar....fiq melambai di muka pintu rumah....mengucap salam untuk pergi...'hati2 ya'...pesan ku...fiq bertolak dahulu ke sri putri....aku pula menyusul kemudian nanti....tidak sampai 20 minit kemudian...sedang aku menyiapkan diri untuk ke sri putri...aku menerima kiriman sms daripada fiq....
'tiqa...ada rm60 tak...nanti tiqa smpai sri putri..kite nk pinjam'
..aku hairan...bukankah sepatutnya bus yg dinaiki fiq sudah bertolak...sms itu kubalas
'tiqa ada rm40 je...nk draw xsempat'
...fiq membalas
'tak ape lah..tiqa datang sini dulu'
..sms terakhir ku terima itu membikin hatiku gundah...apakah sebenarnya terjadi....

Malam itu..aku menaiki teksi....tiba di sri putri...tercari-cari di manakah temanku fiq..akhirnya..ku temui fiq di hadapan kaunter tiket helmi...kaunter itu tutup....lantas aku bertanya..
'kenapa fiq..napa xnaik bas...'
....dengan raut wajah hampa fiq membalas....
'tiqa..kite kena tipu...'
....terpana aku di situ...darah bagaikan tidak mengalir ke wajah....xpernah ku alami seperti hari ini...
'dah tu mcmne'
aku bertanya mengharapkan buah fikiran mencetuskan idea....aku menghubungi helmi...katanya dia pun ditipu...aahh...aku tidak percaya pada penipu...kalau dia ditipu...mengapa tidak dia beritahu pada kami lebih awal...'penipu mengatakan dia ditipu......helmi penipu....'..tanpa ku sedari....manik2 jernih setitis demi setitis gugur membasahi pipi....aku hubungi abah....mendengar suaranya..jelas abah dan mak sedang risau...

Tiada mesin atm CIMB mahu pun MAYBANK di situ...paling dekat mesin atm BSN yg tiada MEPS...aku mengajak fiq..berdua kami berjalan kaki melangkah dalam kepekatan malam.....jam menghampiri hampir pukul 10malam...mujur ada wang dalam akaun...fiq ingin meminjam kerana dia tiada akaun bank BSN....selesai mengeluarkan wang...terkedek2 aku dan fiq menuju semula ke kaunter2 tiket sri putri....susah mendapatkan tiket saat2 akhir...apatah lagi musim cuti bigini...aku perlu balik malam iu juga....lusa pula kenduri perkahwinan satu2nya abang aku...

Alhamdulillah...ada 2 tiket ke KL jam 11.45malam...dengan harga yg agak tinggi...fiq terpaksa ikut aku pulang ke KL...kerana tiada tiket lagi untuk ke Kelantan... di dalam bas....aku tak manpu untuk tersenyum....
'fiq...xmungkin tiqa dapat lupakan apa yg terjadi saat ini....'
bisikku...lantas menutup mata...cuba mencari ketenangan...hati ku sakit....

YA ALLAH....aku insan teraniaya...hanya padamu ku berserah....memohon dipermudahkan jalan hidupku......

Rabu, 29 Oktober 2008

Nora - Secebis Harapan

Tika keheningan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelapan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan

Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hati ku cekal

Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan

Terbanglah hai unggas bebas di awan
Agar kan tercapai sinar gemerlapan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan

Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan
Tuhan......

Isnin, 13 Oktober 2008

Nostalgia Biji Saga

3 tahun menetap di Negeri Melaka menemukan aku dengan deretan pohon indah di sepanjang susur jalan persiaran pegawai...di situ berdiri gah teratak berpuluh keluarga pegawai tentera....sewaktu itu aku masih kecil...dahulu pohon itu tidak pernah aku ketahui apakah namanya..menjatuhkan butiran2 kecil bewarna merah menyala....apatah lg ketika musim angin membadai...saat hadirnya teduh petang...terbongkok2 aku mengutip butiran kecil itu....memasukkan ke dalam mangkuk kertas yang aku lipat sendiri...menjadi permainan bersama kakak dan adik...kami hanya mengenali butiran kecil itu sebagai 'biji saga'....entah mengapa...mengutipnya menjadi hobi kami yang masih kecil...lingkungan usia 5 hingga 7 tahun...kehidupan di dalam kem tentera agak berbeza dgn kehidupan di bandar2 besar...jalan pesiaran pegawai..suasanya agak sunyi sentiasa...sesekali terdengar deruman enjin trak2 askar meyusuri jalan itu...aahh..aku rindu suasana petang itu...angin bertiup sepoi2 bahasa..aku ketawa adik dan kakak urut gembira...kini pohon itu tidak pernah lagi ku temui...biji saga juga tidak lagi menjadi permainan...andai ku temuinya lagi...alangkah indahnya jika aku dapat mengajak anak2 saudara ku mengutipnya...biarkan mereka turut rasai indahnya 'nostalgia biji saga.....'

Khamis, 9 Oktober 2008

Cintaku Bersemi kembali

Tidak pernah terlintas di fikiran ingin menjadi penulis yang hebat..lantang dengan palbagai bicara..cukuplah sekadar berkarya untuk kepuasan sendiri...aku melihat kebelakang..melihat satu persatu pengalaman lalu...baru hari ini aku sedari..aku sebenarnya telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan..mencipta episod sbg pemidato sekolah seawal usia 12 tahun...masih segar di dlm kotak ingatan tiap2 bait perkataan teks pidato bertajuk 'Masalah Sosial Di Kalangan Belia'..yang mejadikan aku pemenang pertama ketika itu..meningkat sekolah menengah..bakat terpendam itu tidak aku persiakan..seringkali aku sertai pertandingan pidato yang dianjurkan..xmampu aku lupakan tatkala mewakili sekolah sempena minggu penghayatan islam peringkat daerah gombak sewaktu tingkatan 3...guruku hampir menitiskan air mata kerana kagum melihat aku berpidato...xsangka ya aku bisa menyentuh perasaannya...aku menulis sendiri hampir kesemua teks2 pidato yang pernah aku sertai..kali terakhir aku berpidato sewaktu di matrikulasi..mewakili tutorial dlam kuliah Hayat 3...baru sahaja mengakhiri mukadimah bicara...belum sempat menyampaikan hujah pertama...dewan kuliah gamat dgn tepukan gemuruh dari sidang dewan...mjadikan darah yg mengalir dlm tubuhku semakin gemuruh...kenangan manis terukir pabila aku diumumkan sebagai pemenang tempat pertama...

Aku melihat lagi ke belakang..saat menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Mersing...guruku meminta aku menulis tentang sejarah Maktab untuk di terbitkan dalam majalah Maktab edisi pertama...petemuan dgn ayahanda Ijam membolehkan aku mengumpul segala fakta sejarah sebagi bahan penulisan nanti...akhirnya...aku tersenyum melihat hasil penulisan itu diterbitkan pada helaian awal majalah Maktab...

Bagaikan ingin ketawa bila terfikir aku pernah menyertai pertandingan membalas pantun di Maktab ketika Tingkatan 4...pantun yang aku karang sendiri...karya penulisan yang xpernah ku terfikir.

Aku tersenyum bila teringatkan sajak pertama yang aku karang sewaktu berusia 14tahun..mewakili sekolah sempena minggu aplikasi sains daerah2 negeri selangor dlm pertandingan mendeklamasi sajak...sewaktu membelek2 majalah sekolah...sekilas aku terpandang karya sajak pertama ku tercoret di satu helaian majalah itu...siapa yg menghantarnya aku sendiri tidak tahu..ketika di tingkatan 4...Miss Fairus menyuruh kami menulis 'poem' utk subjek bahasa inggeris...terharu bila 'poem' yg ku tulis bertajuk 'Langkawi Island' itu di tampal pada board di belakang kelas...hanya dua 'poem' sahaja yg terpilih...poem milikku dan Nadirah Hanim...Poem 'Langkawi Island' menceritakan pengalaman ku tatkala melwat ke pulau itu...Miss Fairus sempat mencatit 'Let's go together' di bawah helaian poem itu....menunjukkan keinginannya melihat pulau itu seperti yg aku gambarkan....

Sejak menjejak kaki ke UTM....aku tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penulisan...

Kini...cintaku dalam bidang penulisan kembali bersemi....kalian boleh membaca beberapa sajak atau puisi yg aku karang sendiri beberapa bulan lalu sebagai mengubat rindu dalam bidang penulisan ini...

Menanti Ombak D' Sisiran
Biar Hati Berbicara
Leraian Rantaian Sebuah Pengertian

Biar pun ada yang berkata..'permata nusantara jiwang'....namun xpernah aku ambil pusing...kerana bagiku...asalkan kena pada tempatnya dan tidak menyinggung perasaan mana2 individu...Tiada batasan dalam berkarya..

Semangat Dalam Diri

Sekian lama tidak menjengah mahupun menulis sebarang entri di laman permata nusantara..ada yang bertanya tiadakah sebarang entri terbaru? sebenarnya terlalu byk perkara yg ingin di kongsi bersama...tp adakalanya dirasakan mungkin tidak perlu di bentangkan di dada permata nusantara...lebih baik ia menjadi sejarah di dalam hati...

Kini laman permata nusantara telah pun saya ubah dengan template yang baru......tetapi isinya masih kekal seperti dulu...menjadikannya berwajah baru dgn harapan anda semua merasakan sedikit perubahan...saya memilih hijau sebagai latar belakang untuk memberikan satu susana yang 'segar' dan mengembalikan semula 'semangat dalam diri'....insyaallah saya cuba untuk menerbitkan entri2 terbaru yang lebih kepada perkongsian ilmu...pendapat dan sokongan daripada anda semua amatlah di alu-alu kan...