Isnin, 13 Oktober 2008

Nostalgia Biji Saga

3 tahun menetap di Negeri Melaka menemukan aku dengan deretan pohon indah di sepanjang susur jalan persiaran pegawai...di situ berdiri gah teratak berpuluh keluarga pegawai tentera....sewaktu itu aku masih kecil...dahulu pohon itu tidak pernah aku ketahui apakah namanya..menjatuhkan butiran2 kecil bewarna merah menyala....apatah lg ketika musim angin membadai...saat hadirnya teduh petang...terbongkok2 aku mengutip butiran kecil itu....memasukkan ke dalam mangkuk kertas yang aku lipat sendiri...menjadi permainan bersama kakak dan adik...kami hanya mengenali butiran kecil itu sebagai 'biji saga'....entah mengapa...mengutipnya menjadi hobi kami yang masih kecil...lingkungan usia 5 hingga 7 tahun...kehidupan di dalam kem tentera agak berbeza dgn kehidupan di bandar2 besar...jalan pesiaran pegawai..suasanya agak sunyi sentiasa...sesekali terdengar deruman enjin trak2 askar meyusuri jalan itu...aahh..aku rindu suasana petang itu...angin bertiup sepoi2 bahasa..aku ketawa adik dan kakak urut gembira...kini pohon itu tidak pernah lagi ku temui...biji saga juga tidak lagi menjadi permainan...andai ku temuinya lagi...alangkah indahnya jika aku dapat mengajak anak2 saudara ku mengutipnya...biarkan mereka turut rasai indahnya 'nostalgia biji saga.....'

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yg kurik itu kendi,
yg merah itu saga,
yg baek itu budi,
yg indah itu bahasa...

Tanpa Nama berkata...

Wah, pertama kali tengok pokok saga. Seumur hidup tak pernah tengok pun. Really appreciate this pic.

Hafizan berkata...

teringat men bijik saga time kecik2 dulu.nape la skrg tak nmpk bdk2 men bijik saga lg...

Tanpa Nama berkata...

dulu slalu pg padang kutip biji saga then bw balik kat rumah..then dgr mama citer pasal biji saga,cerita biji saga masa zaman mama...waa..miss zaman bdk2 comot

Catat Ulasan