Ahad, 30 Ogos 2009

Ramadhan Kali Ini...


Manusia adakalanya punya rasa iri hati, cemburu, hasad dengki dan sebagainya yang sama waktu dengannya. Apa sahaja yang orang lain lakukan, pasti ada yang pandang tidak enak atau pun rasa tidak senang duduk. Seboleh-bolehnya ingin melihat orang lain diketawakan atau jatuh...Mengapa ya manusia seringkali sebegitu?

Ada yang pernah berkata pada saya,
'mereka iri hati kerana mereka tiada apa yang kita ada...'...
oh, mungkin alasan itu boleh diterima pakai. Apa pun yang lebih penting ialah sepatutnya seseorang itu berusaha mendapatkan apa yang dia tiada daripada cuba menjatuhkan orang lain dengan cara yang tidak baik.


'Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan perbersihan jiwa daripada sifat yang tidak baik.(peringatan juga buat diri sendiri)...Moga segala amalan ibadah diterima olehNya..Amiinn..''

P/S: Selamat meneruskan Ibadah Puasa...(^_^)...buat yang berada di Malaysia mahupun d iperantauan..

p/s2:Tangan yang memberi..lebih baik daripada yang menerima...(^_^)

3 ulasan:

SangMentari berkata...

Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat kamu Permata Nusantara..

p/s memang manusia tidak pernah sekali terlepas daripada rasa iri dan cemburu. Moga ramadhan yang tiba menjadi titik mula perubahan kepada kita semua insyaallah.

Nooreena berkata...

Salam Qa. :)

Tentang iri hati ni, semua orang ada perasaan iri hati. India, Cina, Melayu semua ada. Tapi selalunya dikaitkan dengan kita. Mengapa ya? Mungkin pengaruh cerita-cerita di TV. Nak taknak kita harus membersihkan pandangan skeptikal sebegini. Bagaimana? Kita sendiri harus menjadi model terbaik. Insha-Allah pesanan buat diri saya yang lemah ini.. Selamat berjuang Qa! :)


PS: Sampaikan salam pada Azirah ya. Suka dengar mereka bertiga sebut "Bersemangat Erina! Chaiyo!" dalam bilik hari tu. Hehe.

Permata Nusantara berkata...

SangMentari,
Salam Ramadhan kembali buat kamu di perantauan...(^_^)

Noreena,
haha..azirah pun ada bercerita tentang 'Marcel datang membantu!'....

Catat Ulasan