"Kek Cawan! Pernah dengar? Mungkin tidak...Cupcake? oh....sudah selalu...cuba klik di sini...
"Sudah klik? mengapa belum?...cuba sekali lagi...
"Kembali membaca tulisan ini...harapnya sudah klik ya pautan di atas....(^_^) jika tidak...tiada paksaan....
Beberapa purnama lalu...seringkali aku memikirkan tentang
faktor 'X'....mengapa faktor 'X'? ...kerana simbol nya sendiri menggambarkan sesuatu yang tidak diketahui...
pangkah! Ya..hakikatnya aku sendiri tidak mengetahui apakah faktor 'X' yang masih belum aku keluarkan daripada dalam diri...masih belum ada sesuatu minat yang kritikal untuk dilakukan saat kelapangan melanda...selain menulis lah!
Sehinggalah pada suatu hari...wah, PermataNusantara sudah mula bercerita...ayuh, dengar ya!..jemari rakus sekali menggerakkan tetikus sambil melayari lautan maya semata-mata cuba mencari idea untuk mendapatkan
faktor 'X'...Pak Cik Google menemukan aku dengan pelbagai imej-imej Kek Cawan di seluruh pelosok dunia...bukan setakat di Kepulauan Nusantara saja ya! dan ketika itulah Allah membuka hati ini untuk mula mendekati dan mengenali apa itu kek cawan...
Alhamdulillah...niat sekadar untuk belajar...entah bagaimana seringkali ditanya untuk menerima tempahan....pada mulanya agak keberatan...namun, setelah beberapa kali mencuba...sedikit demi sedikit usaha itu membuahkan hasil....sekadar mengisi kelapangan waktu yang ada untuk aktiviti yang menyeronokkan....namun, siapa tahu andai suatu hari nanti Tuhan memberikan sesuatu yang tak pernah kita impikan....pasti manis! Insyaallah...Allah itu tersangat pemurah...
Hakikatnya aku gembira saat kek cawan ini telah membuatkan ramai insan bahagia dan tersenyum gembira....bukan lah sekadar kek cawan...malah nilai sentimental yang terdapat di sebalik kek cawan itu sendiri......Bayangkan jika orang yang anda sayangi membuat kejutan dengan memberikan anda 1 set kek cawan dan tertulis di di situ...
'Saya Sayang Awak' .....terharu bukan? Tiada lain yang membahagiakan selain melihat orang lain gembira....(^_^)