Setiap apa yang kita lakukan setiap hari adalah tentang pilihan..mahu melakukan atau tidak sesuatu perkara itu...beberapa tahun kebelakangan ini saya banyak melibatkan diri dalam kerja-kerja yang kurang glamor pada pandangan masyarakat...salahkah?
Setiap kali memikirkan kembali apa yang pernah saya lalui,membuatkan diri tersenyum simpul...banyak suka duka...manis dan pahit yang ditelan...biar pun mungkin pahit...akhirnya saya merasakan manisnya peristiwa-peristiwa lalu....
Saya pernah bekerja sebagai seorang 'promoter' di kebanyakan pameran-pameran pertanian di sekitar mahupun di luar Kuala Lumpur...ada yang melihat saya seolah-olah budak lepasan SPM yang tak dapat masuk Universiti....memandang sebelah mata ya! oh...'aku tak heran pun!' Namun..sentiasalah berfikiran positif...asalkan ianya punya manfaat...itu lebih baik daripada melepak!
Zaman Belajar sememangnya sukar dilupakan...haha..mahu tertawa seketika...saya pernah menjalankan aktiviti menjual tudung secara kecil-kecilan...malah pernah membuka sebuah gerai kecil di Kolej dahulu bersama rakan-rakan serumah...oh...itu belum termasuk baju kanak-kanak yang sangat comel! Biarlah keuntungannya sedikit cuma...namun ianya banyak memberi impak dan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa saya hingga ke saat ini.
Kini...sudah melepasi alam Universiti...namun masih belum berhenti mahu menjalankan aktiviti-aktiviti sampingan..pernah menjual 'design' dengan bayaran RM XXXX...ok lah setakat design budak baru graduate! oh ya....saya juga seorang "pembuat cupcakes amatur!" masih banyak perlu dipelajari..tidak lah sehebat mana....cukup untuk kepuasan diri dan membuatkan orang lain bahagia dan senang dengan hasil seni yang tak seberapa ini....ingat ya..asalkan ia mendatangkan manfaat..ayuh lakukannya! usah fikirkan glamor semata-mata...rezeki itu ada....banyak jalan bisa dipilih..buka mata bukalah minda...di mana ada kemahuan..di situ ada jalannya...
oh...saya sukakan biskut! saya selalu berangan menjadi pembuat biskut yang hebat walaupun saya tahu saya tidaklah sehebat mana...haha! (abaikan)
Pernah mengajar tusyen? saya sudah terjebak dalam bidang ini....seronok!
walaupun bukan seorang doktor atau peguam mahupun seorang akauntan...saya orang yang biasa...tidak kisah melakukan kerja apa..asalkan ia mendatangkan bahagia...(^_^) jika pekerjaan itu glamor tetapi tiada bahagia...jiwa kosong.....tiada gunanya....
Pengalaman-pengalaman di atas lah banyak mendidik saya menjadi seorang yang dewasa dan berdikari...berfikiran positif dan sentiasa mencuba melakukan sesuatu dengan tabah dan berani.....(riak la pulak...isk! tak baik...)
Peringatan buat diri.....InsyaAllah....
Kanak-kanak lebih mudah alami masalah pendengaran
7 tahun yang lalu
2 ulasan:
Apa yang penting, kerjasama! Hihi.. yang paling penting, kerja itu halal dan diniatkan kerana Allah.. Chaiyok Qa! ;)
emm pglmn itu lebih berharga kan!
Catat Ulasan