“Kau ni lemahlah,”Kita juga sering terbiasa dengan ungkapan,
“Eh, kau ni hebat juga ya?”Mengapa kita sering merasa rendah? Siapa kita, di mana kita, dan apa akan jadi pada kita sepuluh tahun mendatang adalah lantaran tindakan kita pada hari ini.
Kenapa orang lain terkadang gagal untuk mendefinisikan diri kita yang sebenarnya. Kita yang hebat-hebat begini dikata tidak hebat, dianggap tidak bagus. Kita yang secemerlang ini juga dikata manusia golongan kelas ketiga.
Jangan sesekali menyalahkan manusia lain sekiranya kita dikata begitu. Usah menganggap faktor persekitaran sebagai batu penghalang. Kita tidak boleh mengubah sekeliling kita. Sampai bila pun mereka tidak boleh diusik.
Seekor anak kuda mungkin boleh disuruh dan dibawa untuk meminum sebekas air yang tersedia. Namun, kita tidak mampu untuk memaksa si kuda itu untuk tunduk lalu meminumnya. Justeru, kita yang perlu berubah. Bukan orang lain!
Ini coretan berinti,
Menggulung titipan makna berisi,
Buat Permata,
Buat Sangbayu,
Buat dirimu.
Gagal bukan bermakna tewas,
Ia sarang permulaan.
Diam tidak menjanjikan kenaifan,
Ia adalah masjid ketenangan.
Tunduk bukan bererti kalah,
Ia tanda kebangkitan.
Resah jangan disangka kelesah,
Ia laksana pembunuh gelisah,
Allah itu Maha Perkasa, Maha Hebat, Allah juga Maha Besar!
PERJUANGAN itu kekadang memerlukan pengorbanan. Kita yang memikul, bukan orang lain. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ya, sesuatu yang baru itu pasti memerlukan sesuatu yang berat untuk didepani. Mana mungkin seorang pelumba basikal mampu untuk menjadi pelumba yang hebat sekiranya menunggang basikal pun masih lagi terkial-kial.
Mampukah seorang perenang dunia untuk bergelar juara olimpik, sekiranya dia tidak pernah bersusah-payah untuk masuk ke kelas renang suatu ketika dahulu?
Suatu yang hebat-hebat pasti bermula dengan suatu yang sukar. Tidak pernah wujud sebarang kesenangan di dunia ini yang hadir tanpa kesempitan di awalnya. Kalau ada sekali pun, kesenangan itu pasti berlaku sekejap sahaja.
Allah itu Terlalu Adil. Berulang kali Dia menyebut di dalam Al-Insyirah,
“Di sebalik kesenangan itu, pasti ada kesusahan,”TULISAN ini adalah semata memberi suntikan baru, buat memacu hati, untuk yang bernama diri. Semoga dirimu yang dulunya seorang yang hebat, kini mampu untuk terus menjadi manusia hebat. Semoga cerlangnya hati dan fikiranmu selama ini, mampu untuk terus dan lebih terang gemilangnya selepas ini.
Jangan mudah kalah. Mengapa perlu takut. Apa guna memegang panji anak Hawa jika punya hati yang pengecut!
Kita bukan lahir sebagai seorang yang lemah. Kita tidak diminta untuk menjadi manusia cacian dan herdikan, kita bukan keldai tunggangan. Kalau kita mampu untuk pergi, mengapa mahu berdiri. Jika punya sayap yang melebar, mengapa masih mahu bertebar, tidak menentu, tidak bertuju.
Seorang anak kecil mungkin akan bertanya kepada si ibu,
“Ummi, mengapa ummi menangis?”Mahukah kita melihat anak kita juga suatu hari nanti menangis dan meratap akibat kegagalan di dalam hidupnya. Lantaran itu, kita pasti akan menjawab,
“ Oh, ummi tidak menangis. Mata ummi sahaja yang masuk habuk,”Mengapa begitu? Kenapa tidak sahaja kita mengatakan kepada si anak bahawa ibu menangis kerana daddy kecilkan hati ibu? Mengapa tidak juga menjawab bahawa ummi menitiskan air mata kerana ummi gagal di dalam hidup?
Ya, jawapannya hanya satu. Kerana kita tidak mahu melihat anak-anak warisan cucu-cicit kita turut melakukan perkara silap yang kita sedang lakukan.
KETAHUILAH bahawa kekadang itu, jalan menuju kepada kegagalan ternyata lebih sukar berbanding ke arah kejayaan. Pernahkah kita bayangkan betapa sukarnya seorang penjenayah untuk menyamar sebagai manusia lain sepanjang hidup di dalam buruan polis. Pernahkah juga kita terfikir bagaimana payahnya sekumpulan perompak mengatur strategi demi memastikan rompakan mereka berjaya dilakukan.
Lakukanlah perubahan. Usah bertangguh. Masa akan terus bergerak, bergerak dan terus bergerak. Meninggalkan sesiapa sahaja yang gagal untuk memanfaatkannya. Tunjukkanlah siapa diri kita sebenarnya. Buanglah sejauh-jauhnya topeng hitam yang sering menghalangi setiap pandangan kita.
“Pandang, langkah, maka tujulah jauh jihat ke depan. Kuatkanlah dirimu. Lorong luas itu sentiasa menantimu di sana... Insya-Allah.”
Ikhlas buat PermataNusantara.
El-Abbasia, 15 Rabiulawwal 1431
3 ulasan:
Buat Penulis 'warkah buat seorang srikandi'
saya punya impian besar di taman hati...tulisan kamu sebenarnya mulai membaja benih-benih kecil...untuk bercambah membentuk satu nafas baru dalam sebuah kehidupan...itu semua seharusnya bermula dari dalam diri saya sendiri...saya yang perlu menjaganya...menyiramnya agar tumbuh berseri...menjadi sebuah taman indah di mana di situ adanya seorang Srikandi.....srikandi yang banyak berbakti....
saya mahu menjadi seorang srikandi, bukan mudah untuk memegang gelaran itu,maka perlu dibuang topeng hitam yang menghalang setiap pandangan...lihat dan melangkah...usah berfikir terlalu lama...
Terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi dan kekuatan dalam meniup semangat saya selama ini....
Is your Binance account got hacked? Are you confronting numerous problems due to the hacking issue? To evacuate this error as soon as possible should be the supreme priority of the customers. If you are unaware of the preventive steps, you can grab from the team of supervisors who are Binance Support Number there to assist you. All you have to do is dial Binance support number and get in touch with the supervisors who are always available to remove all your queries in a jiffy.
Do you want to purchase bitcoin in Coinbase? If you don’t know the steps to fix this error and need assistance then, you can directly contact the team of Coinbase Support NUmber experts by dialing Coinbase support phone number which is functional throughout the year. The experts are always at your service and make sure that customers get rid of every error in short-interval time. You can always ping to the experts as per your urgency.
Catat Ulasan