hari ini..ada yang bertanya..kenapa aku katakan selangor itu best di ruang profile friendster milik diriku..daripada persoalan mereka yang aku cuba tafsirkan sendiri dalam kotak fikiran yang masih kosong di awal2 pagi begini...sambil menikmati minuman coklat yang ntah mengapa aku terase kelat di tekak setelah habis diminum...aku mula tertanya..adakah seseorang itu mentafsir sesuatu itu melalui permukaanya sahaja? seperti mana seorang pensyarah mengkritik hasil kerja projek anak muridnya tanpa menilai dengan mendalam? seperti buah yang kulitnya cantik tetapi isinya bersarang ulat?....begitu juga negeri selangor...tempat kelahiran tanah tumpah darahku... di sini..aku cuba leraikan persoalan kalian..mengapa aku katakan selangor itu best.....ini sekadar dari pengertian diriku sendiri...kepada diri kalian...terserah..pasti kalian punya alasan tersendiri...aku sendiri xpasti..adakah ini puisi atau sebaliknya...sebab aku bukanlah seorang penulis agung...sekadar coretan yang lahir dari hati yang masih kosong dan kehausan dengan iman....
SELANGOR..
Segalanya bermula di sini....
Menjadi episod yang aku sendiri tidak tahu di manakah penghujungnya....
Jalan cerita yang pastinya ditentukan pengarah yang Esa...
Bukannya penglipur lara yang asyik dengan sajaknya..
Skripnya juga pasti tersedia...
Menanti aku mengatur langkah..
Membawa watak utama dalam rentetan peristiwa..
Kehidupan yang adakalanya hiperbola..
Di sini..
Aku lah kanak2 kecil...menggali ilmu mencari secebis maksud erti hidup..
Di sini juga..
Aku dewasa...terus menggali hingga ku temui apa itu sebenarnya kehidupan..
Di sini ada suka & duka..
Indahnya selangor bukan pada keindahan tempat..
Bukan pada kemajuan pembangunan...
Juga bukan pada cara hidup manusia yang adakalanya membuatkan aku sendiri tertanya..'kenapa dan mengapa"...
Tetapi....
Indahnya selangor terletak pada sejarah tersendiri...
Sejarah yang terpahat dan tersemat rapi dlm hati seorang insan bernama manusia..
Di mana bumi ku pijak..
Di situ langit ku junjung..
SELANGOR MEMANG BEST!!!