Khamis, 9 Oktober 2008

Cintaku Bersemi kembali

Tidak pernah terlintas di fikiran ingin menjadi penulis yang hebat..lantang dengan palbagai bicara..cukuplah sekadar berkarya untuk kepuasan sendiri...aku melihat kebelakang..melihat satu persatu pengalaman lalu...baru hari ini aku sedari..aku sebenarnya telah lama berkecimpung dalam dunia penulisan..mencipta episod sbg pemidato sekolah seawal usia 12 tahun...masih segar di dlm kotak ingatan tiap2 bait perkataan teks pidato bertajuk 'Masalah Sosial Di Kalangan Belia'..yang mejadikan aku pemenang pertama ketika itu..meningkat sekolah menengah..bakat terpendam itu tidak aku persiakan..seringkali aku sertai pertandingan pidato yang dianjurkan..xmampu aku lupakan tatkala mewakili sekolah sempena minggu penghayatan islam peringkat daerah gombak sewaktu tingkatan 3...guruku hampir menitiskan air mata kerana kagum melihat aku berpidato...xsangka ya aku bisa menyentuh perasaannya...aku menulis sendiri hampir kesemua teks2 pidato yang pernah aku sertai..kali terakhir aku berpidato sewaktu di matrikulasi..mewakili tutorial dlam kuliah Hayat 3...baru sahaja mengakhiri mukadimah bicara...belum sempat menyampaikan hujah pertama...dewan kuliah gamat dgn tepukan gemuruh dari sidang dewan...mjadikan darah yg mengalir dlm tubuhku semakin gemuruh...kenangan manis terukir pabila aku diumumkan sebagai pemenang tempat pertama...

Aku melihat lagi ke belakang..saat menuntut di Maktab Rendah Sains Mara Mersing...guruku meminta aku menulis tentang sejarah Maktab untuk di terbitkan dalam majalah Maktab edisi pertama...petemuan dgn ayahanda Ijam membolehkan aku mengumpul segala fakta sejarah sebagi bahan penulisan nanti...akhirnya...aku tersenyum melihat hasil penulisan itu diterbitkan pada helaian awal majalah Maktab...

Bagaikan ingin ketawa bila terfikir aku pernah menyertai pertandingan membalas pantun di Maktab ketika Tingkatan 4...pantun yang aku karang sendiri...karya penulisan yang xpernah ku terfikir.

Aku tersenyum bila teringatkan sajak pertama yang aku karang sewaktu berusia 14tahun..mewakili sekolah sempena minggu aplikasi sains daerah2 negeri selangor dlm pertandingan mendeklamasi sajak...sewaktu membelek2 majalah sekolah...sekilas aku terpandang karya sajak pertama ku tercoret di satu helaian majalah itu...siapa yg menghantarnya aku sendiri tidak tahu..ketika di tingkatan 4...Miss Fairus menyuruh kami menulis 'poem' utk subjek bahasa inggeris...terharu bila 'poem' yg ku tulis bertajuk 'Langkawi Island' itu di tampal pada board di belakang kelas...hanya dua 'poem' sahaja yg terpilih...poem milikku dan Nadirah Hanim...Poem 'Langkawi Island' menceritakan pengalaman ku tatkala melwat ke pulau itu...Miss Fairus sempat mencatit 'Let's go together' di bawah helaian poem itu....menunjukkan keinginannya melihat pulau itu seperti yg aku gambarkan....

Sejak menjejak kaki ke UTM....aku tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penulisan...

Kini...cintaku dalam bidang penulisan kembali bersemi....kalian boleh membaca beberapa sajak atau puisi yg aku karang sendiri beberapa bulan lalu sebagai mengubat rindu dalam bidang penulisan ini...

Menanti Ombak D' Sisiran
Biar Hati Berbicara
Leraian Rantaian Sebuah Pengertian

Biar pun ada yang berkata..'permata nusantara jiwang'....namun xpernah aku ambil pusing...kerana bagiku...asalkan kena pada tempatnya dan tidak menyinggung perasaan mana2 individu...Tiada batasan dalam berkarya..

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"permata nusantara tak jiwang"..cuma bahasa yg digunakan tu terlalu berbunga sgt..

keep on rockin' bebeh..!!

Tanpa Nama berkata...

Woops..aku rasa aku faham kot, feel dan rasa dalam hantaran penulisan nie..

berbunga @ x..tu cara penyampaian individu..kadang2 bait2 indah adalah gubahan gambaran memori2 yg dapat mengukir senyuman..oleh itu cuba disampaikan oleh penulis seindah mungkin...bagi aku la,mungkin,aku pun xtahu sgt.

xkisahla..teruskan je pnulisan ko ni..kurang2 aku bleh baca pnulisan pnulisan ko nie..\(^.^)/

~ dont dwell..juz keep going..coz hanya jauhari mengenal manikam ~

Permata Nusantara berkata...

Bahasa yg indah mampu menarik minat pembaca menyelami isi penulisan dgn baik...tetapi mestilah mudah difahami..

thanx kepada dua individu di atas kerana sudi meninggalkan ulasan anda...

Mungkin anda berdua dan sesiapa sajhaja boleh mggunakan nama anda atau nama pena untuk meninggalkan ulasan di sini..mungkin di waktu lain anda bisa meninggalkan ulasan di entri2 lain mggunakan nama yg sama..supaya anda dikenali di laman permata nusantara dgn nama yg anda gunakan...

Nooreena berkata...

Penulis berbakat besar ni Qa. Jangan sia-siakan. Kami sentiasa menyokong kamu. Jiwang pun jiwang lah. Pengisian itu yang penting. :)

Permata Nusantara berkata...

thanx erin for ur support....miss u so much..

Tanpa Nama berkata...

Seperti yang aku sering ulang tayangkan di mana-mana.
Seorang yang bersastera itu, bukanlah mencirikan dia berjiwa cinta lara, tapi bersedia memikirkan sesuatu dari sudut yang lainnya.

Menulis bersastera, banyak tujuannya. Aku cadangkan kau baca titipan dari sahabatku ini http://pujangga-kembara.blogspot.com/2008/10/mengapa-aku-menulis.html

Kita berkongsi minat yang sama. Menulis untuk kepuasan sendiri, terutama dalam Puisi. Nanti kita kongsikan karya untuk dikritik bersama ya?

p/s: Ada satu komentar di SangPelangi yang aku pegang hingga kini. "Menulis itu resah yang bahagia".

Permata Nusantara berkata...

seperti aku katakan di awal entri ini...xpernah terlintas mjadi penulis hebat....dan aku sendiri akui masih sgt awal dlm bidang ini...oleh itu...byk kelemahan dalam puisi dan sajak yg telah cuba aku hasilkan...

jika ada masa...cuba baca beberapa sajak yg telah aku karang sebelum ini...

Aku amat mengharap kritikan yang membina daripada kalian...agar segala kelemahan yang tersurat mahupun tersirat dapat diperbaiki...

Catat Ulasan