apa pengalaman masa kecil yang paling "kreatif"?....lantas terlintas dalam kotak ingatan ku sebuah cerita yang aku kategorikan sebagai 'lucu' dalam lukisan diari hidup ku dan sampai hari ini peristiwa itu seringkali keluar dari mulut adik beradik ku yang lain sebagai bahan lawak untuk menghiburkan hati....
ketika aku darjah satu...aku pernah mengambil sehelai kain batik milik ibu ku secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.....kemudian menggunting kain batik itu menjadi cebisan-cebisan kecil mengikut corak bunga-bungaan...kemudian aku menampal cebisan-cebisan itu di atas sehelai kertas lukisan bewarna putih.....aku nama kan hasil seni itu sebagai 'lukisan berelemen flora'....namun..suatu hari ibu terjumpa cebisan sisa kain batik yang ku gunting itu bersama lukisan yang telah ku hasilkan itu...apa lagi...mengamuk la ibu....dan aku hanya mendiam kan diri sambil air mata mengalir di pipi.....menyesal dengan tindakan ku itu dan telah mengudang kemarahan ibu.....tapi sayang...lukisan itu sudah tiada dalam simpanan...ke mana entahnya menghilang....buat ibu.....sekali lg aku mohon kemaafan.....
11 ulasan:
Haha. Aku fikir, kau patut hadiahkan sesutu untuk ibumu yang pasti takkan lupa peristiwa secomel ini. Kain Batik sutera mungkin?
Permatanusantara,
kukira ini bukan sekadar lukisan hidup yang biasa.Pasti amat unik. Sayang sekali ianya sudah hilang.
p/s tidak sangka kamu boleh sekreatif itu.
bisnes kencang, beli la kain batik baru untuk mak
akan saya belikan kain batik untuk mengganti semula kain batik ibu dahulu...heheh!
lepas tu kan ke selalu buat kawak Teluk Batik.. takk... Kain Batik!..
Tapi ada lagi kisah lawak yang pastinya mengundang seribu kenangan namun aku pasti sangbayu tak akan dedahkan sampai bila2... iaitu PBBT... ha ha ha..
haha.....'biarlah rahsia.......'
Ada lagi satu yang kreatif.. main-main gunting rambut atas tangga.. sifu dia pegawai PTD terbilang..hahahaha...
hahaha...tangga itu....baru ku teringat...gelungusur tilam bersama kakak dan adik....nakal jugak aku nih dulu.....
ada lagi satu, kenangan PTD naik crazy bus di Selayang Mall sambil ditemani kakak sulungnya... hahahaha
waaa!! rindu masa muda2 dulu!
Sang Bayu..sampaikan salam rindu ku buat kenangan lalu...heeee
Catat Ulasan