Rabu, 15 April 2009

PermataNusantara? biarkan saja....

10 hari meninggalkan teratak nusantara di alam maya ini...bersawang sudah nampaknya....tanpa sebarang contengan....agak sibuk dengan seminar PSM....selesai sudah....alhamdulillah...(^_^)

tak tahu apa yang ingin dicoretkan...tiba-tiba teringan gambar ini...hehe




ini lah gambaran keluarga saya.....ada abah,mak, kak long, kak epit, abang nuar, acun,akmar dan azirah...sudah 23 tahun saya hidup membesar dalam keluarga ini yang semakin bertambah ahlinya dari tahun ke tahun....

abah dan mak dahulu bekerja...sekarang sudah pencen....abah buat suruhanjaya sumpah di taman melawati...mak pula selesa sebagai suri rumahtangga...setiap pagi mak akan memberi makan ikan-ikan keli peliharannya....tapi, 2 bulan lalu..habis ikan-ikan keli di dalam kolam di hadapan rumah dicuri oleh orang...aduhh...kasihan mak...penat mak bela...

kak long sekarang sambung belajar di peringkat sarjana...bekerja dengan kementerian pelajaran....dia suka bidang multimedia dan agak pandai tentang komputer....sebab tu blog dia nama digital space.....

kak epit pula bekerja dengan FAMA....nama blog dia milynshoppe sebab dia suka promosi produk-produk keluaran FAMA.....sampai ke London pun dia promosi juga...hehe...dia juga menggaji saya sebagai promoter sambilan di mana-mana pameran produk makanan di sekitar Kuala Lumpur....sampai saya dah hafal semua produk dan harga....bila customer tanya saya bagaimana mahu masak, saya bagi resepi sendiri....balik rumah tak tau la customer masak jadi apa...haha..(saya kelentong je resepi tu....aduh)

abang nuar pula kini bertugas di kelantan...sebagai wartawan akhbar berita harian.....banyak stori-stori yang dia cover di sana sehingga buat dia resah....apatah lagi dia dan jurugambar pernah dikejar penduduk kampung..hehe...sebab tu nama blog dia
'Penulis Resah'.....bisa demam selalu...

kak Acun bertugas di kementerian luar negara...sebagai pegawai takbir dan diplomatik....dia rajin bekerja dan suka bekerja......rasanya sekarang dunianya banyak pada kerja....sehingga dia berikan nama blognya 'Kembara Duniaku'....mungkin kerana mahu bercerita tentang kehidupannya bekerja....hehe

Kak Akmar pula sedang latihan mengajar di 'Methodist Girl School' di Pulau Pinang sebagai guru bahasa inggeris....dari zaman sekolah lagi dia ingin menjadi guru...sebab tu dia sekarang cerita tentang pengalamannya mengajar di blog miliknya 'The Journey of Life'...dia juga bakal mendirikan rumahtangga pada bulan Mei hadapan....maka perjalanan hidupnya akan berubah status sebagai isteri.....

Lihat gambar PermataNusantara dan Azirah di atas.....kami sama rupa kan....sebab kami lahir bersama..tapi kami dua orang berbeza....Azirah juga sedang menjalani latihan mengajar di 'SMK Bukit Gambir' pulau pinang....sebagai guru bahasa inggeris juga....murid-murid memanggilnya 'Miss Zira'...sebab itu blog nya nama 'MyZira'.....

PermataNusantara pula bagaimana?......biarlah saja...tak perlu kisah tentang gadis ini......hehe

17 ulasan:

crywolf berkata...

eh sekolah mak aku..

nazri berkata...

ayat last tu..
tak nak bg jwpn k..huhu..

Permata Nusantara berkata...

crywolf,

ada dua skolah disebut di dalam entri...adakah sekolah rendah di methodist girl school..kemudian sambung pendidikan menengah di smk bukit gambir?? hehe...gud luck for ur minor project presentation....(^_^)


nazri.sensei,

tak perlu beritahulah ayat akhir tu....hehe..saje mahu melihat sejauh mana orang mengenali dan kisah akan aku....(^_~)

fiQ gurLz berkata...

tQa dn mknan xdpt d pisah kn...
itu sememangnye tidak dpt d nafikn...ngeee~

Permata Nusantara berkata...

fiq,

eh....fiq or tiqa nie...haha....pandai ye mengaburi mata pihak lawan...hehe

UpMotivasi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Isha_Abama berkata...

Kami merasa amat berbangga menjadi ayah dan ibu kepada 7 putera puteri kami yang bijak-bijak lagi bistari ini.

Semoga semangat juang "Teratak Anisma" terus membara dan memberi keyakinan dan kebijaksanaan untuk anda sekalian menggapai kecemerlangan.

SangMentari berkata...

Semua sudah berjaya ya, permatanusantara. Kagum saya.

nahmy berkata...

alhamdulillah dikurniakanNya keluarga yg harmoni dan kuat ikatan kekeluargaan wlupun masing2 jauh dgn karier masing2. permata nusantara?...biarkan saja, asal saja dia ingatkanNya.

Iliana berkata...

salam ^^

Permata Nusantara pula bagaimana ya? hehehe..ayuh, teruskan dong buk..

Permata Nusantara berkata...

isha_abama@abah

wah, sungguh bersemangat kata2 itu...hihi..kami lagi bangga menjadi putera-puteri abah dan mak yang sentiasa memberi sokongan dalam setiap perjalanan hidup kami....(^_^)

Permata Nusantara berkata...

SangMentari,

saya juga kagum dengan kamu...(^_^) kerjaya sampingan untk kamu nanti...pakar motivasi...hehe....saya juga mahu jadi luar biasa bagusss!!


Nahmy,

terima kasih atas kunjungan ke sini....insyallah PermataNusantara sentiasa ingant padaNya...(^_^)


iliana,

PermataNusantara?hehe...kalau mahu diceritakan tentang PermataNusantara...tak cukup satu entri yang panjang...kena beretri-entri..hehe...

p/s: wah iliana, kamu bercakap bahasa jawa kah....hihi...(^_~)

Farid Rashidi berkata...

Keluarga yang ramai itu insya'Allah anaknya juga bakal mewarisi permata yang ramai.

Unknown berkata...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Permata Nusantara berkata...

faridrashidi,
owh...insyaallah....amin....(^_~)

anak pendang sekeluarga,
terima kasih atas kunjungan ke sini...(^_^)

cik ptd berkata...

cik permata,

bukan kem luar negara la.. kem luar negeri.. huhu..

cik ptd berkata...

cik permata,

bukan kem luar negara la.. kem luar negeri.. huhu..

Catat Ulasan