Ahad, 12 Julai 2009

Masih Tiada


aku terjaga
pekat malam bungkam
mata ku buka perlahan...
namun...masih tiada

percikan peluh basah
jiwa makin tak keruan
fikiran bersalut kalut
namun...masih tiada

tegar aku berjaga
malam kurasa sangat panjang
sakit ini makin perit
namun...masih tiada

kau kata...dan aku akui
sakitnya bisa merapuh
rajuknya menghukum
namun...masih tiada

bilakah ada...
mengapa membisu
kerana aku menunggu
namun...masih tiada!


Permata Nusantara
12 Julai 2009



3 ulasan:

Nooreena berkata...

Saya ada di sini Qa. :)

Permata Nusantara berkata...

oh...hehe..duduk baik2 di situ..(^_^)

Farid Rashidi berkata...

Semoga ada itu menyelubungi anda.

Catat Ulasan