Sabtu, 27 Jun 2009

SAYA ANAK MALAYSIA


----27hb Jun 2009, Kota Bharu ,Kelantan----

Seingat saya, cuma beberapa kali sahaja seumur hidup pernah berkunjung ke negeri che siti wan kembang..kali pertama sewaktu petengahan tahun 90-an...kali kedua pula pada tahun 2006. Dan kali ini adalah kunjungan kali yang ke-4.

9 hari sudah berlalu menghabiskan masa yang ada di sini. Tak berkesempatan melawat banyak tempat. Namun seperti kebiasaannya, akan berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah, membeli sedikit barang-barang samada makanan atau pun barangan runcit. Dahulu saya rasa pasar ini agak sesak, namun kali ini agak kurang sedikit, mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah.

Wakaf Che Yeh merupakan salah satu tarikan yang ada di sini, namun setiap kali berkunjung ke situ, jarang sekali saya dapat membeli sesuatu barangan yang saya suka. (ehe...sekurang-kurangnya jimat lah duit poket kan..)...aktiviti jual beli adalah dilarang sama sekali sewaktu bermula sehinggalah kemuncak waktu solat maghrib berakhir (mungkin dalam jam 8 malam sudah boleh mula kembali melakukan urusan jual beli). Jika ada peniaga didapati melakukan urusan jual beli, denda RM300 akan dikenakan oleh pihak MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu).

Siapa tidak tahu tentang Pantai Cahaya Bulan? ehe...saya sudah berkunjung ke situ sebanyak 2 kali. Mak kata 30 tahun dahulu pantai ini sangat cantik dan ramai orang berkelah serta bermandi-manda di situ....Abang saya lahir di Kelantan 30 tahun lalu, kini anaknya Arman pula lahir di kelantan. Mungkin 30 tahun akan datang Abang pula bercerita pada Arman tentang PCB...semalam, sempat juga bermain layang-layang di situ walaupun sebenarnya ia dibeli untuk Arman....(^_^)

Pada masyarakat Kelantan sendiri, pasti sudah biasa dengan makanan yang dijual di sini. Jika kuih Akok, saya sangat setuju di sini lah akok paling sedap berbanding yang dijual di luar negeri Kelantan. Antara kuih baru yang saya makan (bagi saya baru lah, bagi orang kelantan sendiri mungkin sudah biasa) ialah jala emas dan taik itik. Kak Liza kata telur itik yang bahagian nya bewarna kuning oren itu dijadikan bahan untuk membuat jala emas manakala bahagian yang bewarna putih pula digunakan untuk membuat kuih taik itik. Namun bagi saya rasanya terlalu manis dan mungkin boleh dimakan untuk sekali-sekala sahaja.

oh, sebelum terlupa, saya suka makan nasi ulam di sini. di tempat lain jarang atau mungkin tiada lansung. saya sebenarnya tidak makan budu, tapi jika dicampur dengan tempoyak saya akan makan...hehe....jika anda berkesempatan ke sini, cubalah ya.


Majoriti masyarakat di sini adalah Melayu dan merupakan rakyat tempatan sendiri. Sejauh mana mereka merantau di luar, kebiasaanya mereka akan kembali pulang menetap di sini semula. Dikenali dengan Kota Bharu Bandaraya Islam, kesemua papan tanda iklan di sini mengunakan model wanita yang bertudung, tidak seperti di Negeri-negeri lain.

Apa pun, setiap negeri punya tarikan tersendiri, di mana bumi dipijak, di situ lah langit dijunjung. Kita tetap bangsa Malaysia, hormatilah sesama kita demi menjaga keamanan dan keharmonian negara kita sendiri. Jika bukan kita, siapa lagi? Saya Sayang Malaysia....di sini saya dilahirkan....Negara Saya Negara Yang Aman Makmur ......ayuh kita kekalkan....jangan biarkan anasir jahat menguasai dan menjajah pemikiran rakyat Malysia...

SAYA ANAK MALAYSIA......(wah, semangat patriotik la pulak..! rasanya bulan ni bukan Ogos..) (^_^)

p/s: Bakal pulang Ke Kuala Lumpur malam ini...Selamat Tinggal Kelate..!

12 ulasan:

Shima berkata...

rasanya sejak akhir2 ni entry cik permata asyik berkisar pasal makan aje.. umm..

myzira berkata...

ala.. cik permata action je ngan layang-layang arman...

adakah cik permata sudah lupa untuk mengupload gambar cik permata sedang bergaya bersama layang-layang (milik pakcik yg menjual layang-layang tu yang diikat dengan buah kelapa sebagai pemberat) sehingga layang-layangnya mendarat menjunam ke muka bumi..heeeee~

p/s ~ malam ini bakal terbang ke kuala lumpur meninggalkan 1001 kenangan terindah di sini.. waaaaaaa.. tangkitang kitang kitang... champion...!! (hanya yg melalui memahami..)~

Permata Nusantara berkata...

kak shima,

eh...mana ade..ni kali pertama...hehe

myzira,

uiksss...nasib baik pakcik tu tak marah...

Nooreena berkata...

Selamat tinggal Kelantan. Selamat datang ke Kuala Lumpur. ;)

Saya suka makan budu. Sedap sangat. Sebelum ini tidak dapat menerima cencaluk, tempoyak dan sambal belacan. Ibu ayah pelik melihatkan selera makan ku yang pelik ini. Hihi.

silent reader~ berkata...

Wah, bercuti di kelantan ya?

Dulu praktikal dan buat final year project di HUSM. So, sempat lah juga jalan-jalan ke beberapa tempat menarik di kelantan termasuklah PCB. (cik erina, ingatkah kamu kenangan berpicnic di sana?he..) Tapi tak sempat nak pusing habis, hehe...

P/s: Saya juga suka nasi ulam di situ. Sedap dan berbaloi harganya ;)

Permata Nusantara berkata...

Noreena,

wah, baguslah macam tu...boleh naikkan berat badan kamu ya..(^_^)

NhasnahZ,

oh, praktikal di sana ya..mesti selalu pergi ke pasar malam setiap hari jumaat kan di HUSM...(^_^)

Permata Nusantara berkata...

Noreena,

wah, baguslah macam tu...boleh naikkan berat badan kamu ya..(^_^)

NhasnahZ,

oh, praktikal di sana ya..mesti selalu pergi ke pasar malam setiap hari jumaat kan di HUSM...(^_^)

suara berkata...

Salam dik...

Bagi kak su, masakan org kelantan banyak yg menyihatkan. Nasi ulam dan nasi kerabu contohnya. Cukup minimum penggunaan bahan yg berlemak, dan lebih kepada ulaman.

Tapi ye lah... ada jugak yg lebih lemak, macam nasi dagang.

Apapun... kak su selalu kata; pilihan di tangan kita. Nak makan sihat, atau nak makan sedap?

Permata Nusantara berkata...

Kak Suara,

Oh..betul tu..terpulang pada kita mahu pilih yang mana...tapi saya seringkali tidak memilih makanan yang menyihatkan...aduh! perlu berubah....hurm...

Nooreena berkata...

@Permata Nusantara, saya sudah berat la. Apa mahu tambah lagi? Huhu..

@N.hasnah.Z, saya ingat lagi. Ku sangka PCB ada pepohon yang merimbun untuk dijadikan tempat berteduh. Sudahnya terpaksa berpayung di tengah panasnya sang mentari. Aduhai..


PS: Qa, pastinya kamu sedang menghitung hari. ;)

silent reader~ berkata...

Cik Permata,

Bukan setakat pasar malam hari Jumaat, pasar malam hari Isnin pun kami redah, semata-mata mencari kueytiaw kerang dan CPT yang sangat best tu! hehe...

P/s: cik permata menghitung hari untuk hari bahagia ka? Wah, tahniah ye. Jangan lupa jemput :D

Permata Nusantara berkata...

noreena, nhasnaz,

setiap hari saya menghitung hari....mentari terbit hinggalah terbenam saban hari....membilang hari bila bisa mula bekerja....hehe..duduk rumah selalu pun bosan....(^_^)

Catat Ulasan