Ahad lalu selepas menonton wayang di One Utama dengan adik dan sepupu, kami singgah sebentar ke Selayang Mall semasa perjalanan pulang untuk membeli kek hari lahir untuk kakak (Selamat hari lahir ke 25...^_^).
Sewaktu memandu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya memberhentikan kereta disebabkan lampu merah semasa di lampu isyarat, di hadapan ada sebuah kereta kancil bewarna biru (rasa seperti mahu saja tulis no plat pendaftaran kereta itu di sini tapi nanti kena saman pula PermataNusantara..hehe). sedang asyik berbual dengan adik, tiba-tiba saya terlihat beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar ke atas jalan raya melalui tingkap kiri tempat duduk hadapan kereta kancil itu.
lampu isyarat kembali bertukar hijau, kami meneruskan semula perjalanan dalam kesamaran malam. dan sekali lagi kelihatan beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar dari kereta kancil itu. kali ini melalui tingkap kanan tempat duduk pemandu pula.
p/s: Jika bukan kita yang perlu menjaga alam sekitar...siapa lagi ya? makhluk asing kot..eh....makhluk asing tak belajar subjek sivik kat sekolah...mana dia tahu kan...mungkin yang dalam kereta kancil tu makhluk asing la...sebab tak ada kesedaran sivik....(nasib baik tak follow kereta kancil tu...heheh!)..selamat memandu!

'Wah..bukan main lagi buang sampah keluar..tak ada kesedaran sivik lansung'saya mengeluh. adik juga setuju. kami terasa seolah ingin turun dari kenderaan dan mengetuk pintu kereta kancil itu (nak ketuk juga kepala dia..huk!)
lampu isyarat kembali bertukar hijau, kami meneruskan semula perjalanan dalam kesamaran malam. dan sekali lagi kelihatan beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar dari kereta kancil itu. kali ini melalui tingkap kanan tempat duduk pemandu pula.
'huh..ini sudah lebih...laki bini sama je buang sampah keluar!'adik begitu emosi sekali mengeluarkan kata-katanya.
"eh jom kita ikut sampai ke rumah dia..pastu kita baling sampah masuk dalam garaj kereta di rumah dia nak? kita tengok dia marah ke tak....?"saya memberi cadangan yang sekadar imaginasi di dalam kotak minda. (kalau betul-betul saya buat mahu saya pula yang di baling keluar...huhu..)
'eh..kau bagi sikit lampu kat kereta kancil ni...biar dia sedar sikit sikap tak bermoral dia tu'adik memberi cadangan dan saya sekadar menurut perintah...hehe..perjalanan pulang di teruskan sehinggalah tiba di rumah....oh..rumah ku syurga ku!....(^_^)
p/s: Jika bukan kita yang perlu menjaga alam sekitar...siapa lagi ya? makhluk asing kot..eh....makhluk asing tak belajar subjek sivik kat sekolah...mana dia tahu kan...mungkin yang dalam kereta kancil tu makhluk asing la...sebab tak ada kesedaran sivik....(nasib baik tak follow kereta kancil tu...heheh!)..selamat memandu!
9 ulasan:
Qa, saya rasa mereka bukan makhluk asing. Mereka adalah makhluk bukan asing tetapi dengan sengaja mengasingkan diri dengan berkelakuan seperti makhluk asing. Lalu dengan tidak semena-mena, mereka merasa terasing. Lantas keasingan yang dirasakan menyebabkan mereka bertukar menjadi makhluk asing dengan sekelip mata. Bertukar! Haha. :D
PS: Erina suka merepek sambil makan kerepek. Erk. Rasa diri dah semakin menghampiri nilai 'asing' sekarang. Huhu. Tensi.
Erina,
haha...banyak betul terasing...ayuh kita asingkan golongan seperti ini...(^_^)
p/s: jgn tensi2...saya cuba menghantar gelombang ceria kepada kamu.....(^________^)
Saya rasa makhluk asing pun tak mahu mengaku orang seperti ini di kategorikan sebagai golongan mereka jika begitu perangainya. "Makhluk yang asing daripada golongan asing"- kata mereka. hehe...
nhasnahz
haha..betul tu hasnah...hmm...apa ya nama untuk golongan ini sebenarnya..(^_^)
nama mereka pendatang assingg!.. kihkihkih..peace!~
Bila kita perhati sekarang ini sudah ramai orang menjadi makhluk asing. Tak lama lagi bumi jadi planet yang perhiasannya pencemaran.
myzira,
pendatang asing???macam tak sesuai je..haha!
faridrashidi,
oh...macam filem Wall-E....(^_^)
Sangat suka menulis tentang makhluk asing. Sampai terbawa-bawa ke mimpi.. Mungkin suatu pengajaran berguna untuk kamu.
SangMentari,
kalau begitu saya mungkin perlu menulis entri tentang Upun.....(^_^)...supaya boleh di bawa ke dalam mimpi...seperti mimpi makhluk asing tempoh hari akibat menulis entri ini....huk!
Catat Ulasan