Aku tahu entri ini pasti dibaca oleh abah....kerana abah antara pengunjung setia teratak buruk maya ini...
Pendidikan sangat penting dan cuba abah terapkan dalam hidup aku adik beradik sejak dari kecil lagi. tanpa ilmu, kita tak mungkin bisa maju. apa saja pasti abah lakukan demi memastikan kesemua anak-anaknya mampu menggapai kejayaan dan merasa senang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. biar apa pun bidang yang kami ceburi....abah tetap memberi sokongan.
Sehingga hari ini....abah lah antara orang yang paling mengambil berat tentang masa depan aku dalam cubaan aku untuk terjun ke dalam dunia pekerjaan, bahkan aku sendiri tidak serisau diri abah..
Abah juga menitik beratkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris, dari gerak gaya percakapan abah, beliau seorang yang fasih berbahasa inggeris. Abah secara tak lansung merupakan antara guru bahasa inggeris dalam hidup aku.
Sempena hari bapa tahun ini, ingin aku anugerahkan buat abah gelaran 'Bapa Terhebat' untuk tahun 2009 (hehe...anugerah yang aku cipta sendiri...)kerana tahun ini, lengkaplah kesemua ketujuh-tujuh anak-anak abah dan mak memiliki ijazah dalam bidang masing-masing. Kak long dan kak Epit pula meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Tanpa doa dan berkat daripada Abah dan Mak...tak mungkin kami bisa menjad seperti apa yang kami ada pada hari ini......buat abah... Selamat Hari Bapa.....moga sihat selalu....(^_^)
Kanak-kanak lebih mudah alami masalah pendengaran
7 tahun yang lalu
9 ulasan:
Selamat Hari Bapa, Pakcik Ismayatim! :)
To me..abah is not just an english teacher but as a mobile dictionary too.. x paham apa2 selalu tanya kat abah makna perkataannya.. hehehe.. Selamat Hari Bapa..Abah.. you're the best father in my world..!!
Noreena,
Selamat hari bapa, pak cik Ismail...hehe...(^_^)
Kak Wafa,
mobile dictionary, working dictionary....an english teacher....what ever it is...he is a fahther of 7 children...hihihi
wafa.. ko caye ke cik permata ni nak mengajar kat Adni? father pun jadi fahther.. ummm.. nasib baik tau feather..
Alamak.. aku x perasan pulak kesalahan ejaan tu.. mungkin dia sesuai mengajar lukisan kot...kui..kui..kui..
kak shima,
ala,typing error...huk!
Kak wafa,
lukisan itu gambaran perasaan...kui3...ok wat mengajar subjek lukisan....no stress at all....huhu
Hebat anak-anak Pak cik Ismayatim. Semua berjaya. Tahniah. Bapa Terhebat Tahun 2009!
SangMentari,
haaa...tahniah juga buat pak cik Sallih (^_^)...anak kembarnya bakal menajdi dokter!!
sekadar ziarah...salam. Tahniah punya ayah yang terhebat. Di sebalik kehebatannya, punya isteri yang cukup sempurna.Tahniah!
Catat Ulasan