malam tadi..aku hampir-hampir terlelap saat aku menerima kiriman SMS daripada adik kembar ku yang hanya tidur di bilik hadapan bilik aku...dalam melawan rasa mengantok aku cuba membaca kiriman sms itu...
hari ini 10hb jun..genap 12 tahun arwah pak ndak meninggal dunia....
ya..aku ingat tarikh itu...
kali pertama aku ingin menyertai pertandingan pidato di sekolah...pak ndaklah yang membantu aku mencari teks pidato itu....
pak ndak..hari tu adik ada nampak dalam bilik tok ada satu surat khabar...ada satu artikel bartajuk 'masalah sosial di kalangan remaja'. tapi tadi adik cari dah tak ada lah.....
oh...suratkhabar tu dah lama lah..tok dah buang kot...nak buat apa?
ala...macam mana ni..adik nk guna maklumat dalam artikel tu nak buat teks pidato...pak ndak tolong adik cari boleh tak...
nanti pak ndak cuba cari dekat ofis..kalau-kalau ada lagi surat khabar yang ada artikel itu...
selang beberapa minggu...pak ndak telefon....katanya dia sudah berjaya mendapatkan artikel itu...dan aku sangat gembira. aku ke rumah nenek dan pak ndak menghulurkan artikel itu yang digunting kemas...sambil tersenyum pak ndak berkata...
susah pak ndak nak jumpa surat khabar ada artikel ni...
dan kerana itu jugalah aku berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan pidato yang buat pertama kali aku sertai ketika berusia 11 tahun...yang hanya beberapa bulan sebelum arwah pergi selamanya....
sebelum ini aku pernah menulis entri bertajuk 'diari pilu' (klik di sini) mengingatkan kembali peristiwa manis sedih lebih 12 tahun yang lalu.....
Al-Fatihah....
Kanak-kanak lebih mudah alami masalah pendengaran
7 tahun yang lalu
2 ulasan:
al- fatihah
moga pak ndak ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..ameen
ps::sayunya rasa bila baca entri diari pilu tu :(
Semoga beliau dicucuri rahmat Allah SWT.
Hargai dan Sayangilah orang yang masih ada.., terutama ibu bapa kita..semoga tabah..
Catat Ulasan