Khamis, 25 Jun 2009

Misteri Nusantara....

Awas...entri ini mungkin mengganggu ketenteraman sesetengah pihak.........

Pernahkah anda melihat mahupun terserempak dengan rumah ini..? bagaimana? menyeramkan? menakutkan?atau mungkin anda sebenarnya tidak merasakan apa-apa perasaan...hanya penulis sahaja melayan perasaan...hehe...lokasinya dirahsiakan...(imej memang sengaja dikecilkan)

Awas jika anda secara sengaja mahupun tidak sengaja dijumpakan dengan rumah ini...seorang anak kecil yang tinggal bersama keluarganya di sini pernah melihat makhluk bersaiz manusia biasa yang bewarna hijau di atas tangga sewaktu dia tiba-tiba terjaga daripada tidur di waktu malam.....matanya bulat bewarna putih melihat tepat ke arah si anak kecil...si anak kecil pernah menceritakan kepada orang lain tentang pengalaman mistik itu, namun tiada siapa yang percaya dan beranggapan itu sekadar ilusi dan imaginasi si anak kecil......

si kakak pula merasakan tubuhnya diangkat ke atas terawang-awang sewaktu sedang tidur di waktu malam. Perlahan-lahan tubuhnya kembali diletakkan di atas katil.....sungguh misteri...

Si kakak yang lain pula mengadu lampu biliknya seringkali dibuka dan ditutup berulang kali sewaktu malam walaupun tiada siapa di muka pintu bilik.......

si kakak juga mendengar tabung berbentuk buah manggis milik dirinya pernah digoncang-goncang pada suatu malam sewaktu penghuni bilik dan seisi rumah sedang enak dibuai mimpi......lantas dicapai senaskah Al-Quran dan diletakkan di sisi meja...susana kembali senyap sepi.....toyol barangkali (oh maaf...ini bukan toyol seperti dalam drama di TV3)

Namun...itu semua 17 tahun yang lalu........banyak lagi kisah disebalik dinding batu rumah itu......biarlah ia terus menjadi Misteri Nusantara......

p/s: jauhi amalan syirik....mohonlah pertolongan hanya padaNya.
p/s2: Mungkin sekarang sudah tiada lah cerita-cerita mistik di situ....semua dahulu saja mungkin...hilang di telan zaman...(^_^) oh....bebas daripada sebarang entiti asing.....

15 ulasan:

.::N.hasnah.Z::. berkata...

cik permata~

Permulaan cerita yang menyeramkan. Was-was nak sambung baca tadi, hehe...
Kisah benar ek? Di manakh lokasinya (berani lagi tanya) hihi...
btw, tadi ada terbaca satu n3 tarbiyah dari seekor toyol :
http://darahmerdeka.wordpress.com/2009/06/24/tarbiyyah-dari-seekor-toyol/#more-535

P/s: suka cerita mistik ek? :)

.::N.hasnah.Z::. berkata...

cik permata~

Permulaan cerita yang menyeramkan. Was-was nak sambung baca tadi, hehe...
Kisah benar ek? Di manakh lokasinya (berani lagi tanya) hihi...
btw, tadi ada terbaca satu n3 tarbiyah dari seekor toyol :
http://darahmerdeka.wordpress.com/2009/06/24/tarbiyyah-dari-seekor-toyol/#more-535

P/s: suka cerita mistik ek? :)

Permata Nusantara berkata...

NhasnahZ,

ini kisah benar hasnah...(^_^)....oh..saya seorang penakut..tapi masih berani menulis entri sebegini...aduh..siaplah saya..bersedia untuk mimpi yang pelik2 malam ni...Huk! (*_@)

fiQ gurLz berkata...

tqa ni penakot ye, buat penetahuan cik N.hasnah.Z....hihi

Permata Nusantara berkata...

wah fiQ, cantik ye pic kamu..hehe

SangMentari berkata...

Akhirnya kamu berjaya menulis cerita mistik, tahniah!

p/s saya serasa tahu di mana lokasi rahsia ini.

Permata Nusantara berkata...

SangMentari,

saya pernah menulis kisah mistik sebelum ini sebanyak 2 kali...tak alert ya kamu..(*_@)... hehe...sewaktu itu kamu belum mengunjung teratak buruk ini....boleh klik pada pautan label 'kisah mistik' yea....

p/s: Wah, kamu tahu ya di mana lokasi rahsia itu! sungguh hebat..hehe

Nooreena berkata...

Ehem, kisah benar hak milik Permata Nusantara saya rasa. Qa.. apa tu?? Jangan pandang belakang! :p

PS: Hihi.. Erina yang nakal. ;)

Permata Nusantara berkata...

Noreena,

hehe...di belakang saya ada anak buah si 'Arman' sedang berlari-lari....(^_^)

Shima berkata...

adik..
adakah rumah misteri ini berdekatan dengan pesiaran pantai pegawai? Patutla macam penah dengar citer mistik nih.

Permata Nusantara berkata...

Kak Shima,

andalah salah seorang penghuni rumah misteri itu...huhu!

Permata Nusantara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
--k e c h i k-- berkata...

teringat bilik kiter time kt MRSM dulu,,,ingat x kamu??

Permata Nusantara berkata...

kechik,

bilik yang mane...aras 2 ke aras 1? oh...kechik la yg nampak...den xnampak...huhu...adehh!! rindu lah zaman sekolah dulu....(update kemudian..hehe)

Rantong berkata...

Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

Catat Ulasan