Jumaat, 12 Jun 2009

Ingatlah Orang Yang Tersayang....

Anda seorang perempuan?
Anda juga seorang penunggang motosikal/skuter?

jika ya..mungkin anda pernah melakukan atau mengalami perkara-perkara berikut....

1. tidak memakai topi keledar (saya selalu, terutamanya ketika pergi ke kafe dalam utm, sehingga disaman oleh abang guard dan akhirnya saman itu ditarik balik..terima kasih! oh, sayangilah diri anda!)

2. lupa mengisi petrol di stesen minyak walaupun anda sudah membayar rm5 di kaunter pembayaran (ketika ini saya rasa teramat bodoh sekali, mungkin kesan daripada peperiksaan yang diduduki)

3. membenarkan kakak anda yang sudah lama tidak menunggang meminjam skuter anda untuk membawa dua orang anaknya bersiar-siar dan pada masa yang sama saya juga menjadi pembonceng di belakang. (dan akhirnya skuter saya tergolek manakala seorang daripada anak saudara saya tiba-tiba terlihat terduduk di tepi kerusi dan mulai menangis kerana terkejut....dan saya tak mampu menaham gelak..hehe)

4. terjatuh dari skuter hanya kerana kasut tumit tinggi anda tersangkut pada kain baju kurung anda sewaktu mahu berhenti di simpang tiga. (aduh...amat memalukan..mujur ada yang datang membantu..)

5. tiba-tiba tayar skuter anda pecah saat anda sedang bertarung dengan masa untuk pembentangan projek tahun akhir? (oh ketika itu tuhan benar-benar ingin menguji)

6. ada seekor anak kucing sedang bermain-main dalam raga skuter anda. (macam mana dia boleh masuk ni? sudahlah saya sememangnya takut pada haiwan jinak ini)

7. skuter anda dibiarkan selama 2bulan tanpa dihidupkan enjinnya. (dan saya dikerah oleh abah untuk menolak sendiri skuter itu dari rumah hingga ke bengkel sejauh tidak sampai 1kilometer..hehe..malu dibuatnya)

8. dan lain-lain lagi yang melucukan atau menyedihkan....nak dicerita panjang nanti anda semua jemu pula...(^_^)


:Selamat menunggang & ingatlah orang yang tersayang......(^_^)

7 ulasan:

nazri berkata...

haha..ingat ingat..jgn tak ingat..=)

Permata Nusantara berkata...

tapi kau bawa si kancil...pun kena ingat gak..hehe...

Wafa berkata...

Oh..ego...

kali pertama naik..kami anak beranak nyaris accident... eimran & milyn lari terperosok bawah meja batu... huhu...aku x akan naik lagi ego tu... ya ampun...

Nooreena berkata...

Saya seorang perempuan, tetapi bukan seorang penunggang motosikal mahupun skuter. Pembonceng mungkin. :D

Saya rasa pernah bergelar penunggang masa tingkatan 4 dulu.. penunggang kuda mainan kat shopping complex, yang kena masuk duit syiling tu! Hehe.

Permata Nusantara berkata...

kak wafa...
emilyn sempat mak chik angkat bawa turun daripada scoot.....selamat...lenkali matikan enjin dulu yea...hehe!

noreena...
wah...sudah tingkatan 4 pun menunggang kuda mainan ya...hehe..kali terakhir saya main pun sekolah rendah mungkin...sewaktik arwah pak cik masih hidup...(^_^)

Sare berkata...

hihi..aku ske part high heels tuh..bukan ske sbb kamoo jatuh tp klaka plak ms bc..berhati2 ya..

Permata Nusantara berkata...

Sare,

kamu juga berhati2 ya...walau pun naik kereta dan ber high heels...hihi..tangga fkm tu tinggi yea....selamat sambung blaja..nnti aku lawat ko kt utm bulan depan yeaaa...hihi (^_^)

Catat Ulasan