Sabtu, 1 Ogos 2009

Bahagia Itu Bukan Satu Destinasi....

hari ini Sarah bangun dari tidur jam 6.15 pagi...lantas mandi dan solat..baju kurung disarung ke badan...sambil tersenyum tudung dipakai kemas...wajah dicalit sedikit make up sekadar perlu...Sarah menyarung kasut dan melangkah keluar dari rumah...dia bertekad dalam hati....'semalam aku bahagia...hari ini aku masih memilih untuk bahagia....' sambil tersenyum Sarah melangkah menuju ke kereta...niat untuk ikhlas bekerja agar beroleh bahagia....



Bahagia itu bukanlah destinasi...bahagia itu tidak mahu berhenti...kerana kita mahu bahagia sepanjang hayat...Hakikatnya...bahagia itu adalah satu perjalanan... setiap hari yang kita lalui itu sebenarnya kebahagian....kita yang memilih untuk bahagia atau sebaliknya...hidup ini sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan....kita juga yang memilih jalan untuk bahagia mahupun tidak....

Mulailah setiap hari dengan niat yang baik...lakukanlah perkara yang bisa membahagiakan diri kita dan orang lain...bahagia itu sendiri satu ni'mat.......adakalanya orang lain seringkali bercakap tentang kita....tetapi kita lebih tahu apa yang kita mahukan dalam perjalanan hidup kita sebagai khalifah Allah...biarlah hidup kita mungkin sederhana...tetapi kita bahagia...setiap hari tersenyum.....

Bahagia Itu Bukan Satu Destinasi...Tetapi Satu Perjalanan....

Thank You Allah for giving me such a wonderful ni'mat everyday....Alhamdulillah..(^_^)

7 ulasan:

AzmaMurni Aziz berkata...

salam dik..

Kak Qasih terpanggil untuk mencoret sesuatu di sini apabila membaca tulisan adik.

Apapun tafsir bahagia itu.. ia adalah subjektif. Kebahagiaan bukan letaknya pada wang ringgit.. ketenangan yang sebenar bukan letaknya pada pencarian kebahagiaan tapi.. kebahagiaan yang sebenar letaknya dalam diri.. dalam jiwa dan dengan apa yang kita yakini..

*Salam ukhuwah dari Kak Qasih.. :)

Permata Nusantara berkata...

Salam kembali buat kak Qasih,terima kasih di atas kunjungan ke sini...(^_^)

memang benar tafsiran bahagia itu subjektif...terpulang pada individu itu sendiri bagaimana dia merasa bahagia..lakukanlah perkara yang membahagiakan kita mengikut cara dan rasa kita sendiri...insyaallah..

SangMentari berkata...

Semoga Sarah terus bahagia bersama nikmat pemberian Tuhan.

Permata Nusantara berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Permata Nusantara berkata...

insyaallah,sangmentari..(^_^)

Sare berkata...

hihi..ingatkn aku la sarah tersebut..haha..

Permata Nusantara berkata...

hehe...kau pun boleh jadi sarah tersebut wahai cik maisarah..(^_^)

Catat Ulasan