Rabu, 24 Disember 2008

Wah,Sesuatu Yang Sungguh Menakjubkan!

Hari ini aku bercadang mengeluarkan sedikit wang simpanan dekat Bank Tabung Haji cawangan Batu Caves, jam menunjukkan pukul 12.30 tengahari, dari luar lagi aku sudah melihat betapa penuhnya manusia di dalam bangunan tingkat bawah itu. Apabila masuk ke dalam Bank, segera aku menekan button pada mesin untuk mengambil nombor giliran, skreett!!!...skreett!!!...bunyi kertas yang tercetak keluar itu...aku lihat no giliran ialah 186, segera aku menoleh pada skrin digital angka giliran yang terdapat di situ, skrin digital memaparkan giliran ketika itu adalah untuk nombor 131....aduh...maknanya aku perlu menunggu 55 orang untuk berurusan sebelum tiba giliran aku....tapi tak apa lah, aku lantas mengisi borang pengeluaran wang,selesai mengisi borang, tercegat aku berdiri di tepi pintu kaca itu kerana tiada tempat duduk yang kosong....tiba-tiba ada seorang wanita menyapa....
"Adik...ambil nombor ini..."
tegurnya. Aku melihat pada kertas yang dihulurkan....angka yang tercatat di situ ialah 139,aku tersenyum dan mengambil kertas kecil yang dihulurkan sambil mengucapkan terima kasih.Wah, sesuatu yang sungguh menakjubkan bagi aku! tambahan pula ada banyak lagi urusan yang perlu diselesaikan pada hari ini. Nombor giliran yang terpapar pada skrin digital ketika itu ialah 133. Aku terpaksa menunggu setengah jam untuk skrin digital itu berubah kepada angka 139, bayangkan berapa lama harus aku menunggu sekiranya aku tidak diberi nombor giliran yang baru...syukur kepada Allah...mungkin agak kejam kerana aku mendapat jalan pintas dengan memotong giliran berpuluh orang...tapi mungkin ini lah yang di nama kan rezeki....tersenyum aku sendiri....

Sabtu, 20 Disember 2008

Aku Memegang Gelaran "Wan

Memegang gelaran 'Wan menyebabkan seringkali aku ditanya dengan soalan-soalan yang ada ketikanya aku sendiri tak mampu nak mengulas panjang mengenainya..


'Kenapa nama ada Wan?'

'Kamu Wan mane, Ganu? Kelate'

'Eh...nama kamu ado Wey (Wan)...buleh kechek kelate dengan ambo le gitu, ambo dok Kota Bharu..mu dok mano'?

'Ayah kamu tak ada title Wan, tapi kenapa nama kamu ada Wan'?

Itu adalah antara soalan-soalan yang acap kali aku dengari...dan aku sendiri tidak berapa jelas tentang asal usul keturunan 'Wan ini....memang benar kebanyakkan daripadanya berasal dari Negeri Pantai Timur...namun aku bukan berasal dari negeri itu...malah tidak lansung mempunyai keluarga yang berasal dari situ...soal kenapa aku memegang gelaran 'Wan di pangkal nama aku akan cuba aku huraikan di sini....Sebelum itu...biar aku jelaskan sedikit latar belakang keluarga aku...

Butiran Tentang Abah:

Nama:

Ismayatim Bin Ismail (Tidak memegang gelaran 'Wan)
Latar Belakang:
Anak Jati Negeri Kedah, dilahirkan dan dibesarkan di
kampung halamannya.

Butiran Tentang Mak:

Nama:
Sharifah Rohani Binti Syed Ishak (Memegang gelaran 'Sharifah daripada keturunan 'Syed)
Latar Belakang:
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang hampir keseluruhannya berasal dari Negeri Kedah Darul Aman

Butiran Tentang Aku (Penulis)

Nama:

Wan Faizatul Atiqah Binti Ismayatim (Memegang gelaran 'Wan)
Latar Belakang:
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Negeri Selangor Darul Ehsan
Adik-beradik:
7 orang-Kesemuanya memegang gelaran 'Wan


'Wan adalah gelaran yang diwarisi oleh anak yang mana bapanya memegang gelaran Wan. Kebiasaannya ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu.


Di Kedah, gelaran Wan digunakan oleh ketua-ketua menteri pada zaman terdahulu, seperti Wan Abdul Saman dan seterusnya gelaran itu diwarisi oleh generasinya sehingga ke hari ini...Gelaran Wan juga digunakan untuk anak perempuan (cth: Wan Azizah Ismail), tetapi tidak begitu ramai.


Wan juga boleh ditemui di Negeri Sarawak dan dikaitkan dengan keturunan Syed di mana anak perempuan yang berketurunan Syed, akan memegang gelaran 'Sharifah, isunya ialah sekiranya pemegang gelaran Sharifah berkahwin dengan lelaki yang bukan dari keturunan Syed,maka anak-anak yang dilahirkan perlu diberi gelaran 'Wan. Aku termasuk dalam kategori ini kerana Ibu ku memegang gelaran Sharifah, dan berkahwin dengan Ayah ku yang bukan daripada keturunan Syed.


Pemegang gelaran 'Wan boleh menuntut gelaran 'Tuanku dan hanya boleh berlaku setelah mendapat pengesahan daripada yang paling tua dan dikira sebagai cukup matang untuk memegang gelaran itu. perubahan gelaran itu hanya dibenarkan untuk mereka yang mewarisi gelaran 'Wan daripada asal usul keluarganya terdahulu sehingga kini.

Menurut seorang rakan, saudara Amir Fazly, dia pernah memberitahu bahawa sekiranya seorang perempuan yang memegang gelaran 'Wan berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada keturunan 'Wan, maka anak-anak yang bakal dilahirkan perlu di berikan gelaran 'Nik. (Isu ini tidak berapa aku ketahui mengenainya, mungkin sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya bolehlah kiranya di kongsi bersama).

Ya...mungkin sudah sedikit jelas untuk aku menjawab mengapa aku memegang gelaran 'Wan. Usah lagi ditanya mengapa...kerana aku sudah banyak melayan soalan-soalan yang sama,di harap info yang sedikit ini dapat meleraikan sedikit kekusutan dan keinginan individu-individu tertentu yang mahu mengetahui tentang isu ini...jika ingin berkonsngsi info....Aku sangat mengalu-alukan...

Disni ada link yang mungkin membantu menambah sedikit info
Ada apa pada nama?

Selasa, 16 Disember 2008

Menjejaki Pekerja Syif Malam

Pagi itu aku tenggelam dalam dunia ku sendiri....seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata...melayari lautan maya yang membawa aku dari sebuah bilik kecil ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya mengetik papan kekunci dan tetikus...jika di panggil nama ku saat itu...pasti tidak lansung ku hiraukan....

sekilas aku menjeling ke arah jam dinding kamar tidur...sudah hampir pukul 2.30 pagi....entah mengapa sejak akhir-akhir ini diriku liat untuk tidur awal...aaahh...aku sendiri yang leka...mataku mulai terasa mengantuk yang ku klasifikasikan sebagai 'mengantuk enjit-enjit semut' (rasa mengantuk yang tidak kritikal tetapi perlukan tidur...)...dari tadi aku asyik mendengar lagu-lagu daripada lontaran suara-suara penyanyi dari seberang....membikin jiwa sedikit terusik...aaah....aku sebenarnya perlukan tidur....bingkas menyiapkan diri untuk melelapkan mata....

2 minit sudah aku memadamkan lampu kamar tidur ku...namun belum masih mampu terlena....sengaja ku buka sendikit pintu kamar tidur agar terpancar sedikit cahaya dari luar...menerangi secebis ruangan kamar tidur ku....saat aku cuba bertarung memaksa diri beralih ke alam mimpi....ku lihat cahaya yang menerangi kamar tidur ku tadi di halang oleh bayang-bayang sesuatu...lantas aku menoleh ke arah pintu kamar...terlihat seolah-olah bentuk kepala manusia..ku amati betul-betul...

''hah..!!! Mak..!!'
jeritku....

"sshhhh.....ish..kamu ni....Pencuri dengar pun lari...."
marah mak pada aku sambil memberi isyarat supaya aku berdiam diri seketika....mahu tidaknya aku menjerit melihat bayang-bayang kepala itu....baru sahaja beberapa hari sebelum itu adik aku mengatakan dia melihat hantu....

"kenapa mak..?"...
soalku perlahan...

"Mak dengar macam ada bunyi sesuatu...bunyi tap...tap...tap..."
aku terdiam membisu....mak berlalu meninggalkan aku kembali bersendirian di kamar tidur ku...seketika kemudian...ku lihat lampu beranda di tepi luar tingkap kamar tidur ku dinyalakan....aku sendiri tidak mengerti apa sebenarnya yang sedang bermain di fikiran mak...puas ku cuba mencari jawapan sendiri yang mungkin juga tidak logik untuk dibahaskan.....akhirnya aku tertidur jua....

Keesokan harinya....aku bertanya kepada mak..apa sebenarnya yang terjadi...kata mak...semalam sedang tidur ...Mak dan abah terganggu dengan bunyi sesuatu...bilik mak terletak di tingkat bawah...mereka berdua segera memerhati sekeliling rumah...kalau-kalau ada orang luar menyelinap masuk....dan akhirnya...mak mendapati bunyi itu datang dari tingkat atas rumah....di beranda luar yang terletak di tepi tingkap kamar tidurku....pelik...kenapa aku sendiri tidak mendengarnya.....oh...baru ku teringat..aku tenggelam dalam dunia ku sendiri ketika kejadian itu....sudah ku bilang...jika di panggil nama ku saat itu...pasti tidak lansung ku hiraukan....

Tengahari itu,sedang aku bersiap untuk keluar.....mak memanggil aku....ketika itu mak sedang mengangkat pakaian jemuran di ampaian luar rumah yang terletak di beranda tingkat atas rumah dan hanya bersebelahan kamar tidurku....di luar beranda itu juga terdapat sebuah pintu kediaman lain....kediaman itu mak sewakan pada jiran...aku bergegas mendapatkan mak saat namaku di panggil berkali-kali.... dan akhirnya....membawa aku kepada penemuan beberapa objek...

Penemuan ini megingatkan aku pada peristiwa dua tahun lalu....ketika seorang kakak yang berkerja sebagai biologist di Hospital Selayang menyewa di rumah bawah....sedang dia lena dibuai mimpi.....dia tiba-tiba terjaga saat terdengar bunyi bising.....apabila dia melihat sekeliling kamar tidurnya....dia mendapati seorang lelaki dari luar rumah sedang menarik tali beg tangannya yang teletak di tepi tingkap...sungguh mudah cara lelaki itu mencuri.....dengan hanya mengguna kan batang kayu dan dawai hanger yang di bentukkan menjadi 'hook'...dia menarik tali beg tangan milik kakak itu....bingkas kakak itu bangkit dan menarik beg tanganya....pencuri di luar tingkap dan dia di dalam bilik...tapi sudah terlambat..........pencuri itu telah berjaya mencapai beg tangan itu manakala kakak itu pula sedang cuba menarik tali beg tangannya dan akhirnya tali itu terputus.....pencuri itu pula melarikan diri bersama habuan di dalam beg tangan itu yang mengandungi wang tunai RM300 dan sebuah kamera digital beserta dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan dan kad ATM......

daripada peristiwa itu...aku cuba membuat kaitan dengan penemuan-penemuan ini :

1. Seolah-olah penunu bunsen yang penah aku gunakan semasa membuat eksperimen masa sekolah menengah dahulu. Terdapat kesan dan bau minyak tanah dan kelihatan seolah-olah seringkali digunakan...Mugkin digunakan oleh pencuri untuk memotong dawai/wayar dengan mudah


2. Batang kayu (sebenarnya batang penyapu) dan Hook ditemui di atas bumbung garaj di tepi tangga bersebelahan pintu kediaman jiran yang cuba diceroboh oleh pencuri

3. wayar yang digunakan sebagai ampaian jemuran di potong oleh pencuri mungkin bertujuan untuk dibentuk menjadi hook

kebetulan jiran ku itu sudah seminggu tiada di rumah dan sepanjang ketiadaannya itulah rumahnya sentiasa gelap gelita di waktu malam....dan ini mungkin menjadikan peluang untuk pencuri yang sama untuk melakukan aktiviti jenayahnya...

Selain itu...kedudukan kasut di hadapan rumah jiran ku itu turut berterabur...mungkin pencuri tidak nampak kerana faktor gelap pada waktu malam...(gambar kedudukan kasut dan kesan kemek pada besi tingkap akan aku upload kemudian....hilang daripada simpanan...tapi aku akan cuba mencari semula file tersebut)

Tindakan bijak mak dengan menyalakan lampu beranda luar itu berjaya menakutkan si pencuri-pencuri durjana itu.....syabas kepada mak...mungkin boleh aku berikan gelaran 'detektif' kepadanya secara tidak rasmi....

Aku sendiri tak faham..mengapa manusia perlu mencuri atau menceroboh....jika sekadar mennceroboh masuk ke dalam kediaman mungkin itu boleh diterima....tetapi jika mendatangkan kecederaan dan kematian serta pembunuhan kejam...itu lebih dasyat....ada juga manusia yang bekerja syif malam dan bangkit di tengah-tengah malam untuk mencuri dan merompak....seharusnya di penuhi waktu malam dengan solat sunat untuk mendekatkan diri padaNya....

Isnin, 8 Disember 2008

Misteri Bilik Kecil...

Sendirian dia tinggal di bilik kecil yang terletak di hujung sekali di aras dua di sebuah blok kediaman pelajar perempuan di Kolej Tuanku Canselor....Rakan-rakan lain pula entah mengapa ditempatkan di blok berlainan dengannya...Minggu Haluan Siswa cuma ditemani seorang kenalan baru yang dikenalinya pada hari pertama mendaftarkan diri di Universiti Teknologi Malaysia sebagai pelajar tahun pertama...Farhana nama kenalan barunya itu...Dia hanya mengenali rakan-rakan sekursus dengannya apabila tiba waktu pendaftaran matapelajaran.. Di aras dua blok itu, kesemua 7 bilik adalah jenis bilik perseorangan...entah mengapa dia sebagai pelajar tahun pertama diberikan bilik perseorangan..lebih pelik..rakan-rakan sekursus yang lain tinggal di blok lain malah bilik berdua...Adakalanya dia sendiri merasa seram tinggal sendirian di waktu malam...apa tidaknya..sudahlah biliknya di hujung sekali bersebelahan dengan pintu kecil di tepi tangga....malah tingkap bilik pula menghadap bukit...tiada lansung panorama indah yang mampu dilihat...

Semester pertama berakhir dan dia mulai masuk ke semester kedua...kebetulan dia pulang awal ke UTM walaupuan cuti semester masih belum berakhir kerana ada urusan yang perlu diselesaikan dengan pihak fakulti...Bas pagi dari Kuala Lumpur meluncur laju menuju ke Johor Bharu....Dia tiba di UTM hampir jam 3.45 petang...tanpa melengahkan waktu..dia segera mengambil wudhuk...sudah terlewat menunaikan solat zuhur...sementara menanti tiba waktu asar...dia membelek-belek buku catatannya...Ketika itu...aras dua itu sunyi sekali....tiada lansung kedengaran suara manusia...dia beranggapan kesemua penghuni-penghuni bilik aras dua itu masih belum pulang dari kampung halaman....kerana sudah biasa tidur sendirian...dia tidak kisah dan tidak memikirkan tentang apa-apa perkara yang boleh mengganggu gugat ketenteramannya...saat meneliti bait-bait perkataan pada buku catatannya...dia seolah-olah terganggu dengan bauan sesuatu yang sangat wangi....bau wangi itu begitu menusuk hidungnya...
'bau ape wangi sangat ni? setahu aku tak de orang pun selain aku kat sini...sebab sunyi je..xdengar pun macam ada orang'
...bisiknya di dalam hati....jiwanya mulai rasa tidak tenteram..diperhatikan sekeliling bilik...tiada lansung kelihatan sebarang entiti asing seperti digambar dan dipaparkan dalam kisah-kisah mistik seperti 'Seekers' ataupun 'Expose Mistik' mahupun 'Misteri Nusantara'...adrenalin dalam tubuhnya mulai meningkat secara drastik....dia mulai rasa takut dan resah....seraya teringat tentang kisah seorang pelajar membunuh diri dengan menggantung dirinya pada locker di blok bersebelahan dengan blok yang didiaminya...pelbagai cerita yang didengarinya tentang peristiwa-peristiwa pelik yang terjadi selepas kejadian bunuh diri itu...lebih menakutkan, blok bersebelahan itu hanya terletak tidak kurang dari 10 meter dari pintu di luar tepi biliknya.. Tafsir Al-Quran yang terletak di sisi meja segera di capai....membuka helaian Surah Yasin...perlahan-lahan dia mengalunkan bacaan suci ayat Al-Quran...moga Allah memberikan perlindungan dari gangguan syaitan...namun, bau wangi itu semakin kuat...dan semakin kuat juga lah Surah Yasin dialunkannya...selesai membaca Surah Yasin....Azan Asar sayup-sayup berkumandang....sedikit terketar-ketar tubuhnya..dia segera mendirikan solat Asar....sesudah menyapu wajahnya dengan tapak tangan kanan...tafakur dia seketika...kemudian berdoa pada ALLAH moga diberikan kekuatan dan perlindungan...
'Ya Allah..Lindungilah aku dari sebarang gangguan syaitan...hilangkan lah perasaan takut ini...hanya padaMu aku berserah dan memohon perlindungan...Amin...'
..Dia membuka telekung yang dipakainya dan dia tiba-tiba terkejut saat terdengar bunyi seolah-olah sebuah pintu di hempas di luar bilik....cemas seketika...seribu persoalan bermain di minda...
'alamak...dia nak main kasar ke ape...siap hempas-hempas pintu.'
...mengomel dia sendiri...teringat akan peristiwa seram saat bermalam di Bentong, Pahang beberapa tahun lalu...ketika itu dia dan keluarga sedang bercuti...kedegaran bunyi tapak kaki saat malam semakin pekat..tiada angin mahupun ribut tiba-tiba kesemua pintu di hotel yang terletak di atas bukit itu terhempas dan bunyi tapak kaki itu semakin kuat kedengaran...hotel itu juga terletak tidak jauh dari sebuah gereja lama yang ditinggalkan...banglo-banglo mewah dilereng-lereng bukit itu juga terbiar tanpa penghuni...tiada pilihan untuk bermalam di hotel lain kerana sudah penuh...yang tinggal cuma hotel biasa di atas bukit itu...lamunannya terhenti tatkala dia terdengar suara seorang pelajar cina di luar bilik....lantas dia membuka pintu biliknya....menjenguk siapa sebenarnya pemilik suara tadi...terlihat dia akan seorang gadis cina...sedang tersenyum ke arahnya...dia membalas senyuman itu....segera bertanya..
'awak ada bau wangi tak..'
soalnya tenang...
'owh....bau wangi?ada..!!!'
Jawab gadis cinta itu pantas..menjadikan dia semakin risau..
'erm..agak-agak bau ape eh yang wangi ni..??'
dia menyoal lagi..kerisauan makin bersarang di lubuk jiwanya.. ..
'bau bedak saya...saya taburkan bedak sepanjang lorong antara bilik-bilik ini...
balas gadis cina itu ceria sambil tersenyum menampakkan baris giginya...
'Laaa...bau bedak ke..?huh...nasib baik...aku ingatkan hantu jembalang mana lah tadi'
bisik dia perlahan...jantungnya hampir luruh sebentar tadi...dia menghela nafas lega...seraya tersenyum sendiri....
'ahhh..aku yang terlalu takut...bermacam benda tak patut yang aku fikirkan...tapi apesal minah ni tabur bedak?? pelik betul la die nih'
pintu bilik ditutup..sambil tersenyum dia menuju ke katil...ingin merehatkan tubuhnya yang keletihan kerana perjalanan yang panjang sebentar tadi dari Kuala Lumpur...tertawa kecil dia seketika mengingatkan tingkahnya sebentar tadi....perlahan-lahan kedua-dua belah matanya di pejam...seraya terlena.....

Rabu, 3 Disember 2008

Persinggahan Yang Tak Pernah Diundang....

Saat aku menulis kisah ini...aku masih lagi diselubungi seribu persoalan misteri...apakah sebenarnya tujuan kehadiran ia di sini atau pun sememangnya ia telah lama di sini sejak dari azali lagi...wallahualam....

Berzzzz...Berzzzz!
getaran bertalu-talu telefon bimbit model K501i jenama Sony Ericson milik diriku menyedarkan aku dari tidur yang lena..mentari hampir memancarkan nur paginya ke seluruh pelusuk alam...embun pagi juga sudah mulai terkondensasi meninggalkan permukaan daunan kehijauan...aku mencapai telefon bimbit di sisi katil...'one message received'....sambil jemari menggosok-gosok mata..sms itu kubaca...
'Sender: Kak Long
- Sila bangun dan bersiap awal, kite akan bertolak jam 10.30 pagi...lambat siap kakak tinggal..'
Teraba-raba aku mencari jam tangan bewarna hitam di bawah bantal...terkelip-kelip mata melihat 3 jarum bewarna emas di dada jam tangan itu...waktu menunjukkan pukul 9.15 pagi...bigkas aku bangkit...almari pakaian ku buka...mencapai sehelai seluar bewarna kelabu..dipadankan dengan blous hitam Ti-Zed Factory yang baru sahaja kubeli beberapa hari lalu..tudung Dubai Collection bewarna kelabu bereleman flora sempat juga kucapai bersama...dalam kedaan yang masih mamai di awal pagi...ku kuak daun pintu bilik...berjalan selangkah demi selangkah berniat menuju ke ruang bawah untuk menggosok pakaian...saat aku menghampiri tangga...sempat aku menjeling ke arah dalam bilik adikku...pintu biliknya terbuka sedikit...namun aku tidak melihat sebarang kelibat manusia di situ...suasana agak gelap...lampu di ruang atas tidak satu pun dinyalakan...aku lantas menuruni anak-anak tangga...amat sunyi pagi itu..hanya kedengaran bunyi loceng gelang yang ku pakai ditangan kanan..hari itu tidak pula aku singgah kan wajahku di cermin dinding di tepi tangga itu...tiba di ruang bawah...ku petik suis lampu dan kipas..suasana manjadi terang...aku mula memanaskan seterika...tiada apa yang pelik ku rasakan...namun..belum sempat aku memulakan kerja menggosok pakaian...kecoh ...kedengaran suara adik ku di ruang atas...memangil-manggil nama ku..
'apesal die nih...macam nampak hantu je'
..bisikku...aku malas mahu menyahut panggilannya..biarkan saja adik temui aku di ruang bawah...tiba-tiba adik muncul...
'tiqa, bila masa kau turun??'
..wajahnya pucat...aku menjadi kaget..
'aku baru je turun...kenapa?'
balasku penuh persoalan....
'kenapa aku nampak seseorang berpakaian sama seperti kau pakai sekarang menaiki tangga menuju ke ruang atas...tapi rambut dia panjang...?'
..katanya pantas....
'aku tak ada naik...aku baru turun...'
balasku...
'ya..aku tau kau turun..aku dengar bunyi loceng gelang tangan kau..tapi tadi aku lansung tak nampak kau....tidak lama selepas kau turun, dia tiba-tiba muncul...yang pasti yang aku nampak tadi dia menaiki tangga dan aku cuma nampak sisinya dan belakang tubuhnya saat dia berpaling menuju ke belakang...wajahnya lansung tidak aku nampak.....dan tiada kedengaran bunyi loceng gelang tangan kau seperti selalu'
ujar adikku cemas...lidahku kelu..
'kau nampak kaki dia?'
soalku...
'aku tak perasan...kalau aku nampak tadi...aku tahu la dia hantu atau manusia'
...balas adik..
'mungkin itu ilusi kau kot'
ulasku cuba mencari ketenangan walaupun pada hakikatnya hatiku mulai berkocak cemas...
'tak...aku memang nampak...sungguh...rambut dia panjang...tak mungkin kau kerana rambut dia menghampiri paras pinggang....'
jawab adik penuh yakin...dan aku mulai percaya kata-katanya...seolah-olah berdiri bulu romaku saat itu...adik terduduk di atas sofa...terkumat kamit membaca ayat kursi...hanya kami berdua sahaja berada di ruang bawah...abah seawal pagi sudah ke pejabat..mak pula pergi mengaji..perlahan-lahan aku kembali menggosok pakaian....selang beberapa minit kemudian...aku memberanikan diri bersuara...
'mungkin saat aku menuruni anak-anak tangga tadi aku berselisih bahu dengan dia...cuma aku tak nampak kelibat dia...kita tak ganggu dia...insyaallah Allah lindungi kita..'
...ujarku penuh harapan...adik megangguk kecil.....seketika kulihat dia termenung sendiri....
'buka pintu tu....tak de lah rasa takut sangat..'
arahku pada adik..tapi seolah-olah masuk kiri keluar telinga kanan...dia lansung tidak berganjak dari tempat duduknya...lantas aku menuju ke pintu...ku buka pintu itu perlahan-lahan dan suasana pagi terasa nyaman sekali dengan kicauan beburung yang singgah di dahan pokok-pokok bunga yang mak tanam di luar rumah....aku kembali menyudahkan kerja yang dari tadinya belum sudah...selesai menggosok pakaian...aku mengajak adik ke ruang atas...ingin mandi dan bersiap untuk keluar...saat menaiki anak-anak tangga...berebut-rebut aku dan adik berlari-lari kecil ingin sampai segera ke ruang atas...takut-takut andai makhluk itu muncul kembali....

selepas kejadian hari itu...empat malam berturut-turut aku tidak memadamkan lampu kamar tidur saat malam menjelma sehinggalah waktu subuh...adakalanya sewaktu aku terjaga dari tidur..ruang kamar tidurku sudah pun gelap gelita..mungkin mak atau kakak yang memadamkan lampu..aku juga payah untuk melelapkan mata....apatah lagi tidur sendirian di dalam bilik membikin diriku resah gelisah...asyik terfikirkan tentang kejadian itu....terlintas dalam kotak fikiran..'mungkin itu hanya ilusi adik...tapi adik begitu keras sekali menyatakan dia memang melihat makhluk itu...berpakaian bewarna biru seperti yang kupakai pada waktu itu...cuma rambutnya panjang menghampiri paras pinggang...bekali-kali dia menyatakan bahawa dia yakin dia melihatnya dan bukan ilusi setelah beberapakali aku mengatakan mungkin itu hanya ilusinya sahaja...andai benar itu makhluk halus...apa sebenar tujuannya muncul...apa niatnya menunjukkan dirinya pada adik...mengapa dia menyerupai aku...dan ternyata dia sengaja membiarkan adik melihat rambutnya yang panjang hanya untuk memberitahu adik bahawa dia bukan aku....bahkan dia tidak lansung memperlihatkan wajahnya...aduh...aku bingung....rumah ini telah berusia 24 tahun....banyak juga cerita yang pernah mak ceritakan padaku tentang kawasan sekitar perumahan ini..tentang cerita mistik di hujung jalan..suara ibu dan anak meminta tolong pada waktu malam di tapak binaan berdekatan...dan segala macam misteri yang adakalanya menggerunkan aku...

hingga saat ini....aku masih tertanya-tanya...siapakah gerangan si 'dia' yang singgah seketika cuma..tidak pernah diundang kehadirannya....Ya Allah...lindungilah kami dari segala kejahatan....Alhamdulillah...aku sudah berani memadamkan lampu kamar sewaktu tidur..ayat kursi menjadi benteng...walaupun sendirian..aku yakin Allah melindungiku...