Sabtu, 20 Disember 2008

Aku Memegang Gelaran "Wan

Memegang gelaran 'Wan menyebabkan seringkali aku ditanya dengan soalan-soalan yang ada ketikanya aku sendiri tak mampu nak mengulas panjang mengenainya..


'Kenapa nama ada Wan?'

'Kamu Wan mane, Ganu? Kelate'

'Eh...nama kamu ado Wey (Wan)...buleh kechek kelate dengan ambo le gitu, ambo dok Kota Bharu..mu dok mano'?

'Ayah kamu tak ada title Wan, tapi kenapa nama kamu ada Wan'?

Itu adalah antara soalan-soalan yang acap kali aku dengari...dan aku sendiri tidak berapa jelas tentang asal usul keturunan 'Wan ini....memang benar kebanyakkan daripadanya berasal dari Negeri Pantai Timur...namun aku bukan berasal dari negeri itu...malah tidak lansung mempunyai keluarga yang berasal dari situ...soal kenapa aku memegang gelaran 'Wan di pangkal nama aku akan cuba aku huraikan di sini....Sebelum itu...biar aku jelaskan sedikit latar belakang keluarga aku...

Butiran Tentang Abah:

Nama:

Ismayatim Bin Ismail (Tidak memegang gelaran 'Wan)
Latar Belakang:
Anak Jati Negeri Kedah, dilahirkan dan dibesarkan di
kampung halamannya.

Butiran Tentang Mak:

Nama:
Sharifah Rohani Binti Syed Ishak (Memegang gelaran 'Sharifah daripada keturunan 'Syed)
Latar Belakang:
Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tetapi mempunyai latar belakang keluarga yang hampir keseluruhannya berasal dari Negeri Kedah Darul Aman

Butiran Tentang Aku (Penulis)

Nama:

Wan Faizatul Atiqah Binti Ismayatim (Memegang gelaran 'Wan)
Latar Belakang:
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Negeri Selangor Darul Ehsan
Adik-beradik:
7 orang-Kesemuanya memegang gelaran 'Wan


'Wan adalah gelaran yang diwarisi oleh anak yang mana bapanya memegang gelaran Wan. Kebiasaannya ditemui di negeri Kelantan dan Terengganu.


Di Kedah, gelaran Wan digunakan oleh ketua-ketua menteri pada zaman terdahulu, seperti Wan Abdul Saman dan seterusnya gelaran itu diwarisi oleh generasinya sehingga ke hari ini...Gelaran Wan juga digunakan untuk anak perempuan (cth: Wan Azizah Ismail), tetapi tidak begitu ramai.


Wan juga boleh ditemui di Negeri Sarawak dan dikaitkan dengan keturunan Syed di mana anak perempuan yang berketurunan Syed, akan memegang gelaran 'Sharifah, isunya ialah sekiranya pemegang gelaran Sharifah berkahwin dengan lelaki yang bukan dari keturunan Syed,maka anak-anak yang dilahirkan perlu diberi gelaran 'Wan. Aku termasuk dalam kategori ini kerana Ibu ku memegang gelaran Sharifah, dan berkahwin dengan Ayah ku yang bukan daripada keturunan Syed.


Pemegang gelaran 'Wan boleh menuntut gelaran 'Tuanku dan hanya boleh berlaku setelah mendapat pengesahan daripada yang paling tua dan dikira sebagai cukup matang untuk memegang gelaran itu. perubahan gelaran itu hanya dibenarkan untuk mereka yang mewarisi gelaran 'Wan daripada asal usul keluarganya terdahulu sehingga kini.

Menurut seorang rakan, saudara Amir Fazly, dia pernah memberitahu bahawa sekiranya seorang perempuan yang memegang gelaran 'Wan berkahwin dengan lelaki yang bukan daripada keturunan 'Wan, maka anak-anak yang bakal dilahirkan perlu di berikan gelaran 'Nik. (Isu ini tidak berapa aku ketahui mengenainya, mungkin sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya bolehlah kiranya di kongsi bersama).

Ya...mungkin sudah sedikit jelas untuk aku menjawab mengapa aku memegang gelaran 'Wan. Usah lagi ditanya mengapa...kerana aku sudah banyak melayan soalan-soalan yang sama,di harap info yang sedikit ini dapat meleraikan sedikit kekusutan dan keinginan individu-individu tertentu yang mahu mengetahui tentang isu ini...jika ingin berkonsngsi info....Aku sangat mengalu-alukan...

Disni ada link yang mungkin membantu menambah sedikit info
Ada apa pada nama?

44 ulasan:

khoirul berkata...

owh... camtu rupanaya.... ingatkan saje2 jek letak.. Kt family aku ada gak yg memegang gelaran tuh.... Tok Wan aku.... tp, nama dalam i/c xdok plak tulis wan... sungguh misteri.. :)

Permata Nusantara berkata...

owh...ayah aku nama i/c pun xde wan...tp budak2 panggil die 'Pak Wan'...sebab sume anak2 die ada gelaran 'Wan..hah...cucu dia plak panggil 'Tok Wan....

Tanpa Nama berkata...

aku ader gak gelaran "one" ni..
aku nk tmbh sket psl gelaran2 ni..

gelaran ni dia 'kuat' belah ayh jer.mksudnya, kalo ayh ader wan, maka wan lah kt dpn nama ank diorang. pun bagaimanawalau, kalo belah mak, die turun pngkt.
bermula dari (tengku-raja-nik-wan). dier smkin menurun. aku tau yg ni jerla. yg syed ngn syarifah tu xtau lak. tp yg syed2 ni byk brsal dr luar pntai timur...
nk tahu lebih lanjut, boleh bertanya ngn pkcik google...
tqvm
ade silap tlg betolkan

khoirul berkata...

Pakcik aku bernama ridzuan... kitorang panggil Pak Wan... Tp, nama anak2 dia xde plak letak nama Wan... ahaks

Permata Nusantara berkata...

adeh...sukati ko la khoirul...if ko nak org panggil ko 'wan pun xpa...tunggu ko dah ada cucu....bleh jadi 'tokwan...hehe

Nooreena berkata...

Semua kawan saya ada gelaran wan.

"kaWAN"

Hehe ;)

Permata Nusantara berkata...

hehe...cm tu 'Qa+Wan=QaWan.....i will always be ur QaWan=Kawan....=)

Nooreena berkata...

Qa, kamu pastinya sentiasa kawan saya. :)

PS: Teringat pada Kedai Kawan di Changlun...

farafiza berkata...

if di perak, syarifah yg tidak berkahwin dgn keturunan syed, anak lelaki akan diletakkan nama meor dan anak perempuan pula dengan nama siti. tp kebyakan org skrg hanya letak nama meor shj tetapi anak perempuan x lg guna nama siti.. ;)

Permata Nusantara berkata...

ehe...erina,hampir terlupa pada kedai kawan itu...tempat kita membeli pelbagai barangan keperluan harian...

Thanx fariza for dat info...ya..di perak pun ramai berketurunan syed dan sharifah....

Irfan Jani berkata...

Perkh. Maklumat yang benar-benar terperinci, dan pertama kali aku mendengarnya.
Tak sangka lahirnya gelaran Nik, adalah dari gelaran Wan juga. Arkh. Serabut juga aku memikirkannya.

p.s: Semua adik beradik aku ada nama Mazni. Tapi bukan gelaranlah. Saja-saja. Hihi.

Permata Nusantara berkata...

eheh..100 tahun akan datang munkin 'mazni' bakal menjadi gelaran...siapa tahu..

Tanpa Nama berkata...

Halo Wan Fauzatul,

Nasib kita sama...dari kecik hingga dewasa penat nak terangkan isu yang sama. *_*
But it's ok..kadang2 gelaran Wan ni bawa tuah dan ramai kawan.

W@nor - Wan Penang

SyedKDH+PRK berkata...

Saya ada gelaran Syed..tapi rasa cam x best jer ada gelaran nieyh..ntah larh...dah dapat nak buat camner agi dah..

zaki al-yahya berkata...

aku wan sarawak(wan zaki al-yahya),
("Sharifah berkahwin dengan lelaki yang bukan dari keturunan Syed,maka anak-anak yang dilahirkan perlu diberi gelaran 'Wan.")i rasa info u dah silap!!....wan dari sarawak memang "ahlul bait"waris rasulullah sama dgn syed...anak "wan" dari sarawak diletakan nama syed/wan(lelaki),sharifah(perempuan)...
pada masa dulu..keturunan syed di sarawak di bunuh olh penjajah kerana mereka penentang..jd bg mengelakan keturunan2 ini d bunuh..syed d tukar kepada wan...bukan sebb syarifah berkhawin dgn bukan syed... wan semenanjung dan wan sarawak tidak sama!! http://id.wikipedia.org/wiki/Wan_(Ahlul_Bait)

Tanpa Nama berkata...

aq_pun_ad_wan_jgak.............tp_ayh_aq_nme_ton..........._ntah_la_knpe.....aq_asal_kuale_berang_terengganu...........smua_kturunan_aq_cam_tu......

Tanpa Nama berkata...

@zaki al-yahya...aku juga keturunan wan di sarawak...tapi nama aku tak ada wan o sharipah di pangkal nama sbb bapak ku org biasa sj..
mak aku cakap...wan kita org berasal dr sepaoh(saribas)...kebykkan saudara n keturunan kami dr sepaoh, sebuyau pun ada juga...kazen2ku namanya wan, syed, sharifah...bapa saudaraku tuanku nama nya..bkn keturunan raja o sultan..mmg nama mereka mcm tu...kalau nk tahu lebih lanjut bole tanya kpd datuk hj wan junaidi tuanku jaafar( speaker dewan rakyat) malaysia

sum tin wong berkata...

nama aku mula drpd wan..ayah,atuk,sedara mara belah ayah aku pun mula daripada wan..tp atuk aku orang perak..ade ke wan dari perak??

sum tin wong berkata...

nama aku mula drpd wan..ayah,atuk,sedara mara belah ayah aku pun mula daripada wan..tp atuk aku orang perak..ade ke wan dari perak??

Tanpa Nama berkata...

Nak tahu mengenai asal usul Wan dari Kelantan yang misteri tu ??

Rujuk sini :

http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm

Wan dari Kelantan berbeza dengan gelaran Wan yang dikurniakan sepertimana di Kedah.. tetapi gelaran Wan/Nik di Kelantan ada mempunyai kaitan dengan gelaran keturunan Syed (Bahasa Arab)/Tuan (Bahasa Melayu)(Cuba buang huruf T nya pada gelaran Tuan - apa bunyinya ?) iaitu gelaran pendakwah arab yang datang menyebarkan Islam di Pattani dan Kelantan ratusan tahun lampau yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan dan keturunannya ada yang telah menjadi ulama dan pemerintah (raja) di negeri2 Melayu utara seperti di Champa, Pattani, Kelantan dan Trengganu...

Cuma apa yang menjadi isu pertikaian adalah - untuk mengenal pasti siapakah Pakih Ali yang telah melahirkan nama gelaran ini di Kelantan (ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau adalah petualang Bugis dan ada juga yang pendapat yang menyatakan bahawa beliau adalah berketurunan pendakwah arab dari Timur Tengah yang datang menyebarkan islam di rantau ini..

Boleh rujuk pendapat ini untuk lebih pemahaman :

O.K, puas hati????

Faqih Ali Al-Malbari moyang dan ulama raja-raja Melayu

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0507&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

Syeikh Faqih Ali al-Fathani tokoh pertama menulis sejarah Patani

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Tanpa Nama berkata...

Nik tipu Wan...smpi fobia nk taip 'NIK'...untrustable 'NIK'..

Tuan Tanah aku mintak maap byk2 amik tanah ko sket..hahaha

pendawa lima berkata...

banyak fakta tentang prediket 'wan' ini.apa yg diketahui sejarah wan dikatakan bila kuturunan syed jamadil qubra berkahwin dgn puteri2 raja di patani atau champa..di mana anak mereka tidak diletakkan dgn gelaran syed tetapi kepada wan..tu apa yg hamba tahu,.begitu juga nik tengku,raja dan che.mereka ni dikatakan ada salah silah dari rasulullah.tapi semua ini rahsia yg tersembunyi..maka Dia yg memegang akan rahsianya.

晨曦 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
晨曦 berkata...

kalau perempuan keturunan wan, kawin dengan lelaki keturunan syed. boleh dop kalau letak anak lelaki syed muhammad ....., yang pompuan letak wan nur ..... depan dia? :3

Tanpa Nama berkata...

TAK PAYAH PENING...SEMUA DARI ADAM

KETURUNAN TAK PENTING......KETAATAN PD ALLAH YG PALING UTAMA

Tanpa Nama berkata...

Esok2 dlm kubur Mungkar Nangkir xtanya pun keturunan ape?Allah cuma pandang amal yg dibawa utk hari kmdian...

Unknown berkata...

kau org ni semua darah campur ,kawin india ,cina, bangla dan lain² mana ada gelaran

Tanpa Nama berkata...

Kat kg aku ada org nama puteri tp dia ni bkn keturunan raja2.nama gelaran ada org suka2 letak.tiada siapa yg kisah

Tanpa Nama berkata...

salah!! kalut ! semua keturunan nama keluarga cina !

wancat berkata...

Bermakna apekah keturunan wan nie ade keistimewaan ke..sbab aq pn wan jgk ayah pn wan mak pn wan atuk pn yg berasal dari terenganu

Tanpa Nama berkata...

tu la..asal nama wan je org ingat Kelantan,,sbnrnye aku ramai je kwn do selangor & pahang nama wan,,punca dia Ada gelaran wan sbb bapa dia nama biase Tp mak dia Ada gelaran tengku/ raja...so nama dia kena Ada wan smpi anak cucu cicit Dan seterusnya..mknanye dorg ni kerabat di raja

Solihah Zulkifli berkata...

Pening la nak kuikui

Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
fatanah berkata...

Mak sy syarifah tp sy dan adik bradik sy dia x ltk gelaran wan.. Dia ckp keturunan ni xda makna pun...keturunan apa pun sma ja smua so sy x heran sgt dgn keturunan sy ni...

W A N A B I L A berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
W A N A B I L A berkata...

sama la asyik2 orang tanya kenapa nama ada wan sedangkan ayah, atuk, moyang xde nama wan pun. But apa yang saya tau zaman masa saya belum lahir ada nama saudara-mara yang memang ada nama wan. Atuk yang suruh letak nama wan. Tapi sekarang saya dan adik je yang tinggal ada nama Wan. Dah x tau nak explain mcm mana dah...Sejarah asal usul keluarga x ditanya cucu cicit kekal misteri je.

Tanpa Nama berkata...

Ayat-ayat golongan kebanyakan yg jealous..ada apa pada nama le, masuk kubo nama x penting le... ye ye je.. dia plak yg lebey, padahal golongan keturunan bangsawan, lek je.. kekeke..

poda la dey..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Salam semua wan ialah name bagi gelare golonge bangsawan atau Asyraf drpade keturune raja2 dan sayyid

Unknown berkata...

Dari cerita moyang saya.nama wan yg ada skrg ni berasal dari keturunan pagar ruyong batu bara. Allah hu allam.

Wan shahizul emi rizal hafiz wan othman berkata...

Moyang berasal dari surabaya.ada salasilah ksultanan di sana.dia yg ckp wallahualam.

Unknown berkata...

Tidak boleh krn kita nk murnikan jalur keturunan, ibu Syarifah + org biasa tetap kena letak gelaran sbb nasab itu masih murni dan anak layak membawa nama keluarga ibu. Tapi sy tak pernah dengar jd wan kalau Mirza/Mirzah, Mior/Puteri sy pernah dengar. Alhamdulillah keluarga sy xada yg khwin campur so kami masih Syed AlJunied yg murni dibelah Walid dan Syarifah AsSagofe dibelah ibu. Bkn membanggakan cuma nk nyatakan nasab...sbb nabi nasihatkan pilih pasangan dari 4 perkara salah satunya keturunan/nasabnya.

Azafarizal berkata...

Maknanya kes seperti sy to sy X memegang apa2 Nama gelaran di mana nenek sy Dr keturunan syarif...ayah Dan smua keluarga sy mempunyai Nama Mcm org biasa shj...

Tanpa Nama berkata...

name aku pown ade Wan jugak .. name abah aku pown ade .. name atok aku pown ade .. name buyut aku pown ade Wan jugak .. aku cari2 tau .. rupenye prediket Wan di Malaysia niew secara umum nya dari keturunan Sayyid Ali Nurul Alam seorang raja dari Champa .. Sayyid Ali Nurul Alam niew keturunan Rasullullah .. aku dah penat jawab pertanyaan org .. xhabis2 dorg tanye "ehh ko niew keturunan nabi Muhammad ye?" adoyaii 🤦‍♂️

Catat Ulasan