Kalau kamu punya anak perempuan yang masih kecil…kamu ingin belikan nya baju warna pink atau warna yang lain?

Sudah pasti ramai yang memilih pink..terutamanya bagi si ibu…..namun, tidak dinafikan warna-warna lain turut menjadi pilihan...warna pink bagi diri saya mampu menzahirkan rasa kasih sayang….melambangkan kelembutan…sesuai dengan ciri-ciri kewanitaan itu sendiri yang secara semulajadinya Tuhan menciptakannya memiliki sifat lemah-lembut dari sudut tingkah laku…tutur bicara….dan seumpamanya…Bukan setakat itu..malah si ibu juga sanggup berhabis wang untuk menghias bilik anak perempuannya dengan memilih pink sebagai warna tema kerana warna itu mampu menzahirkan perasaan kasih si ibu kepada anak nya…dalam erti kata yang lain…pink itu warna kasih sayang...
Cuba fikirkan sebentar ya, mengapa Segala macam produk untuk kanak-kanak perempuan hari ini kebanyakannya bewarna pink? (warna lain banyak juga tetapi warna pink seringkali mendapat tempat utama dan mampu menarik perhatian kanak-kanak perempuan) Warna pink bagi saya turut menzahirkan keriangan dan keseronokan…sebab itu mereka sukakan warna pink, malah anak-anak saudara saya turut berebut barang mainan atau pun apa-apa barang yang bewarna pink…jika ada warna biru dan pink…masing-masing cuba mendapatkan barang yang bewarna pink itu terlebih dahulu…Warna pink bagi saya mampu memupuk sifat kelembutan pada diri kanak-kanak itu sendiri sejak dari kecil….seperti kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’….takkan bila sudah dewasa baru mahu memupuk sifat-sifat itu kan? Pasti sudah terlambat mungkin...

