Sambil jemari bermain dengan tetikus...aku melihat kembali satu persatu gambar-gambar kenangan silam...membuatkan aku tersenyum sendiri....cuma tiba-tiba aku menjumpai photo ini dalam file gambar yang ku simpan....
Gambar pertama ialah abah ku...dan yang gambar kedua pula anak saudara ku Nur Emilyn.....kedua-duanya mempunyai gaya atau cara duduk bersila yang serupa...iaitu sebelah kaki pasti diletakkan di atas paha sebelah kaki lain...selain Emilyn....cara duduk bersila sebegini turut diwarisi oleh kakak sulung ku dan anak sulungnya nurul hannah....kata abah...
'Arwah Tok Wan dulu pun duduk bersila cara begini...'
Adakah cara duduk bersila sebegini mempunyai apa-apa pengertian atau simbolik??
9 ulasan:
Mesti la ader...
bkn simbolik tp pengertian...
Unik. :)
Wah. Aku suka! Barulah sedap mata nak membaca. Kau mesti dah eksperimen nak guna font apa ni. Hehe.
Apa-apa hal pun, gaya dua individu di atas bersila, sama seperti caraku juga. Kenapa ya? Tertanya juga.
hah! kau juga duduk bersila seperti itu? mungkinkah kita sekufu? haha...aku sendiri pun tertanya mengapa.....
Kenapa ya? Diharap kau boleh carikan jawapannya untuk kita semua. Hihi. Duduk bersilat juga begitu.
Pernah kau lihat cara sunah nabi duduk di lantai?
erm..adakah cara duduk bersila dan sebelah kaki lagi dengan meletakkan lutut pada paras dada itu cara sunnah nabi?
Duduk bersila cara itu kata orang dulu-dulu adalah cara duduk orang bijak pandai dan pahlawan terbilang......mungkin keluarga anda terdiri dari golongan tersebut.......wallahu'alam
owh...terima kasih isha sebab sudi memberi ulasan di laman ini...belum pernah jumpa lagi kajian apakah pengertian terhadap cara duduk bersila sebegini...harap pendapat org2 dulu itu betul.....(^_^)
emm..btol la tu..
dalam silat pn digalakkan duduk mcm tu..umpama seorang pahlawan sedia u berperang..hehe...
Catat Ulasan