Jumaat, 13 Februari 2009

Apa Nak Jadi?

Macam biasa, hari jumaat kelas ID memang di studio...kurang mendapat sambutan seperti selalu....(maaf ya Dr. Dzul...)...apa yang menarik perhatian aku ialah ketika melihat kertas dan keratan akhbar yang ditampal pada board di suatu sudut studio final year...


kisahnya,pihak atasan memberi notis agar studio ID second year dikosongkan pada semester hadapan untuk diserahkan kepada pelajar pasca ijazah....persoalannya di mana harus pelajar-pelajar ID second year pergi untuk membuat perbincangan project mahu pun menyiapkan segala macam persiapan untuk 'asessment' di penghujung semester nanti? keratan akhbar itu seolah-olah mencerminkan situasi yang berlaku....apa pun..aku tak mahu menunding jari kepada sesiapa...tetapi...jangan lah disebabkan hal-hal politik dalaman....pelajar yang menjadi mangsa...(oppss..sekadar luahan rasa...bukan menuding jari ya...)...apa pun...tunggu dan lihat sajalah....apa nak jadi...jadilah....semua pelajar bayar yuran untuk mendapatkan kemudahan pembelajaran....harap setiap tindakan dilakukan adalah untuk kebaikan semua....

Studio Final Year

p/s: Walaupun aku jarang memanfaatkan tempat ini...tapi kehadiran aku yang seperti biskut 'kejap ada, kejap tak de'... banyak juga ilmu yang diperoleh....jom singgah sini selalu!! (^_^)

12 ulasan:

SangMentari berkata...

Semoga luahan tulisan ini mampu menjadi pengubatnya ya... marah sangat nampaknya itu

Permata Nusantara berkata...

owh..tidak marah...cuma sedikit kesal...(T_T)...

p/s:hidup kena hepi kan...(^_^)

crywolf berkata...

People lost word...making mistakes n sometimes they keep on..making mistake..

u can lost anythg but plzz...dont lost ur sight on humanity..

mywanfai berkata...

kat utm pun ada politik dalaman? ingatkan kat perak je...

nooreena berkata...

"Wonderpets datang membantu!"

Oops.. Maaf. Addicted dengan kartun comel ini. Hehe.

Camne PSM, okay?

nooreena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Permata Nusantara berkata...

crywolf,
Terima kasih di atas peringatan itu...(^_^)

mywanfai,
Itulah....Nabi pun berpolitik dulu....tp xla mcm manusia skrg...penuh dgn taktik yg tidak baik...

Noreena,
PSM...heee...ok je....cmne student Master di sana?harap seronok ya....(^_^)

nooreena berkata...

Master dirasakan seperti zaman berseronok seketika daripada dunia Undergrad yang penuh pancaroba. Heh. Tak la, cuma perlu lebih fokus. Almaklumlah masa Final Year Project dulu, buat dua orang. Kali ini berseorangan. Kuat Erina. Huk! :D

nooreena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
nooreena berkata...

Adeh, tolong buangkan komen-komen saya yang bertimbun di atas ye. Xie xie.

nooreena berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Permata Nusantara berkata...

Erina, Maaf ya sy ke KL 4hari..baru tgok komen2 kamu di atas...heee (^_^)nanti sy delete...tp jgn bimbang...itu sebenarnya menunjukkan kesungguhan kamu untuk meberi komen di sini....Terima Kasih Ya..

Catat Ulasan