Isnin, 25 Mei 2009

Entri khas - Setahun Berlalu Mencari Identiti

Hari ini genap setahun dan empat hari wujudnya blog diari maya (teratak nusantara) ini atau lebih dikenali dengan blog yang dimiliki oleh seorang penulis amatur 'Permata Nusantara'. Dan entri ini ku tulis sebagai menyingkap kembali rentetan perjalanan maya dalam denai menuju ke taratak nusantara yang kalian lihat pada hari ini.

Penulisan aku di sini adalah sekadar contengan pengalaman yang terlakar dalam diari kehidupan harian ku di alam realiti. aku adaptasikan dalam versi maya sebagai perkongsian buat mereka yang sudi membaca.

Biarpun hadir pelbagai kritikan samada membina atau tidak, aku cuba terima dengan hati terbuka. berkali aku katakan aku tidak pandai menulis jauh sekali hebat membicarakan apa-apa isu untuk diperdebatkan. justeru segala yang terukir di teratak buruk ini sekadar pengalaman yang bernilai buat aku dan insan lain yang sedia menyelami lautan maya yang aku contengkan. Terima Kasih buat kalian!

Aku mula menulis di sini akibat kebosanan melampau saat sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat grafik dan pengiklanan sebagai 'Practical Designer' setahun yang lalu.Namun bila tugasan diberikan jangan haraplah aku dapat melayari internet walaupun 5 minit ketika itu.

Dalam menyusuri liku membina teratak ini, berkali-kali wajahnya berubah hasil lukisan aku sendiri. Beberapa entri pertama yang tercoret di sini menggunakan bahasa inggeris dan ketika itu laman maya ini di kenali sebagai 'My Journal'. Namun jiwa seakan tidak serasi dengan penampilan itu. Lantas jemari menyelak helaian Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3. Anak mata tertumpu pada satu perkataan yang menarik perhatian aku. Tertulis di situ, Adiratna~Permata yang mulia. Dan entri-entri yang dilepaskan di lautan maya ini mulai ditulis dalam bahasa melayu.

Menggunakan nama pena Adiratna menimbulkan salah faham oleh seorang teman. Berkali aku katakan maksud Adiratna itu adalah permata yang mulia. Akibat malas melayan kerenah teman itu,aku mencari identiti lain. sesekali bertanya kepada teman sekolah dahulu,saudara Irfan atau
SangPelangi tentang nama pena yang sesuai.Sekali lagi jemari gesit menyelak helaian Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3.

Mata tertarik dengan satu perkataan, tertulis kemas di satu helaian kamus tebal itu perkataan 'Nusantara ~ Kepulauan Melayu'. Maka aku cuba menggabungkan maksud nama pena sebelumnya 'Permata' dengan perkataan 'Nusantara' menjadikannya 'PermataNusantara' atau bermaksud 'Permata Kepulauan Melayu'.

Dan setelah hampir sebulan lahirnya teratak maya ini dengan nama pena atau identiti selaku 'PermataNusantara',penulisannya lebih menjurus pada kisah-kisah lagenda atau nostalgia yang sinonim dengan aku sebagai pemegang watak utama di teratak nusantara yang aku bina sendiri.

Entri ke 80 ini khas untuk menghargai kalian yang sudi membaca setiap bait perkataan yang terukir di sini........aku tidak kisah berapa bilangan pengunjung teratak buruk ini saban hari...asalkan sudi untuk sama berkongsi sudah memadai...aku suka menulis...dan kerana menulis jugalah aku temui manusia yang tak pernah aku terfikir untuk ketemu....begitu hebat rencana Illahi....
Terima kasih sekali lagi buat kalian!

Selasa, 19 Mei 2009

oo00oo Balik Kampong!!!

Sejak meninggalkan zaman matrikulasi 4 tahun lalu,aku tidak sekali pun lagi menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi itu. Kesuntukan masa mengekang aku untuk turut bersama keluarga pulang ke kampung Abah di Kuala Nerang dan Mak pula di Alor Setar, Kedah.

Yalah, aku menuntut jauh di selatan tanah air. tidak seperti kakak dan adik yang masing-masing di USM Penang dan UUM Sintok. Maka banyak kali jugalah mereka berdua turut bersama ikut abah dan mak pulang ke Alor Setar dan Kuala Nerang. Tapi di kampung pun nenek dan tok wan sudah tiada. Sejak aku lahir lagi aku tak pernah temui mereka.

Namun,di sebabkan hujung minggu ini pula majlis perkahwinan kakak dengan suaminya di rumah pihak lelaki di Perlis, maka Mak dan Abah bercadang untuk pulang ke kampung dahulu esok petang. jadi hanya aku dan adik sahaja lah yang akan ikut bersama. Yang lain pula akan menyusul kemudian pada hari sabtu nanti samada melalui jalan darat mahupun udara. Yalah kan, masing-masing bekerja dan sekarang pun masih belum musim cuti sekolah. (Jumpa semua di Perlis nanti ya!)

Wah, nampaknya aku akan kembali melihat sawah padi yang terbentang luas! hooreyyy! aku sebenarnya rindu sangat nak melihat suasana itu lagi....walaupun aku dibesarkan jauh dari kampung mak dan abah. Raya pun hanya di Selangor setiap tahun. Nenek sebelah mak pun sudah lebih daripada 50 tahun menetap di Kuala Lumpur. Tapi aku rasa aku tak boleh lah hidup atau menetap dekat sana sebab tak biasa la kot..hehe!

Esok bolehlah aku menyanyikan lagu arwah Sudirman didalam kereta....

'o000ooo balik kampung....oo000ooo balik kampung...hati girang...lalala!'

Ada sesiapa nak ikut??? jom! yang diperantauan pula jangan sedih-sedih pula ya! hehe (^_^)

oh ya...Selamat Pengantin Baru buat kakak dan abang ipar yang baru...


Akmar dan Fahmi..moga bahagia hingga ke anak cucu...(^_^)

Jumaat, 15 Mei 2009

Akhirnya.....

Akhirnya...dengan ter 'submit' nya PSM jam 3.30 petang tadi...maka dikira graduate lah permata nusantara......hehe!

Bulan mei tahun ini merupakan bulan mei paling kalut penah aku lalui...presentation ID internal dan external dan yang terakhir submit PSM.....dan ramai jugalah insan-insan yang hidup disekeliling ini mengucapkan 'Selamat Datang Ke Alam Pekerjaan'......(^_^)....

Oklah...nak balik KL....esok pagi kakak nikah, tadi telefon adik, dia cakap khemah semua dah pasang....tinggal permata nusantara dengan abang serta isteri dan anaknya saje yang belum sampai ke kampung halaman tercintaaa......



Isnin, 11 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Disebabkan telah dua bulan tidak menjelaskan bil talian Maxis....(bukan tak de ongkos, tapi diri sendiri malas menuju ke Maxis Centre di Taman Universiti dan juga ditambah dengan faktor cuaca yang selalu hujan...hehe)..maka tidak dapatlah mengirim SMS kepada Mak sempena hari Ibu semalam.....jadi, hari ini baru terfikir...BLOG kan ada...!!!!!

Oleh demikian, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat Mak di kampung.....terima kasih di atas segala pengorbanan mu selama ini....(^_^)...tapi mak baca ke blog nih???? harap-harap dalam kesibukan persiapan perkahwinan Akmar hujung minggu ini, Mak sempat lah membaca entri pendek ini...(^_^)...


oklah, sambung menyiapkan PSM yang tak setel-setel lagi. Jumaat hari terakhir hantar siap berjilid!...Ayuh!!

Khamis, 7 Mei 2009

Oh Sang Bayu...Dengarlah Aku Mahu Bercerita...


Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita...
Pertama kali terpandang...
Senyuman itu mengusik jiwa...
Pertama kali bersuara...

Terasa getar di dada....



Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita...
Pertama kali dia merasa sakitnya....
Aku tahu...aku racunnya...
Kali pertama dia bicara tentang hati....
Aku tahu....itu penawarnya.....

Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita....
Sudah jauh aku berjalan...
Dingin sesekali di rasa...
Mujur hadirnya bahang mentari...
Menghangatkan suasana...
Memancarkan sinarnya....

Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita....
Andai itu jalan cerita nya...
Ingin aku memohon pada Tuhan....
Agar tenang aku dan dia merasa...
Dalam mencari redha Mu Illahi...


Oh Sang Bayu....
Dengarlah aku mahu bercerita...
Aku bagai melihat bintang bercahaya malam itu....
Bahagia ditemani sang rembulan....
Moga kekal keduanya di situ....
Hingga ke akhirnya...


(Skudai, 7 mei 2009)

Selasa, 5 Mei 2009

Tolong Saya.....

P'Nusantara: eh..eh....aduhh...(bukkk.....!!!)

Brader 1: eh..ok tak ni? boleh tak?

P'Nusantara: tak boleh...tolong saya..berat...tak larat angkat...

Brader 1: ok..ok....haa...dah...

Brader 2: hehe...PSM eh? (sambil menunjuk ke arah senaskah laporan PSM)

P'Nusantara: yang ni memang PSM, tapi jatuh ni bukan sebab PSM..(menahan rasa malu teramat)

Brader 1 & 2: ooo....(tersengih)

P'Nusantara: oh...ok....(skreettt...skreettt...)....susah plak nk hidupkan....

Brader 2: Camne bule jatuh ni?

P'Nusantara: heel kasut saya tersangkut kat kain baju kurung ni.....tercabut kasut nih! (sambil melihat tali sandal yang dah terputus) ok lah...terima kasih ya....(sambil memberikan senyuman..macam ni...(^_^)...)

Brader 1 & 2: Okay....


P/S: maaf ya yamaha ego, sekali lagi tubuh mu tercalar....(T_T)