Hari ini genap setahun dan empat hari wujudnya blog diari maya (teratak nusantara) ini atau lebih dikenali dengan blog yang dimiliki oleh seorang penulis amatur 'Permata Nusantara'. Dan entri ini ku tulis sebagai menyingkap kembali rentetan perjalanan maya dalam denai menuju ke taratak nusantara yang kalian lihat pada hari ini.
Penulisan aku di sini adalah sekadar contengan pengalaman yang terlakar dalam diari kehidupan harian ku di alam realiti. aku adaptasikan dalam versi maya sebagai perkongsian buat mereka yang sudi membaca.
Biarpun hadir pelbagai kritikan samada membina atau tidak, aku cuba terima dengan hati terbuka. berkali aku katakan aku tidak pandai menulis jauh sekali hebat membicarakan apa-apa isu untuk diperdebatkan. justeru segala yang terukir di teratak buruk ini sekadar pengalaman yang bernilai buat aku dan insan lain yang sedia menyelami lautan maya yang aku contengkan. Terima Kasih buat kalian!
Aku mula menulis di sini akibat kebosanan melampau saat sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat grafik dan pengiklanan sebagai 'Practical Designer' setahun yang lalu.Namun bila tugasan diberikan jangan haraplah aku dapat melayari internet walaupun 5 minit ketika itu.
Dalam menyusuri liku membina teratak ini, berkali-kali wajahnya berubah hasil lukisan aku sendiri. Beberapa entri pertama yang tercoret di sini menggunakan bahasa inggeris dan ketika itu laman maya ini di kenali sebagai 'My Journal'. Namun jiwa seakan tidak serasi dengan penampilan itu. Lantas jemari menyelak helaian Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3. Anak mata tertumpu pada satu perkataan yang menarik perhatian aku. Tertulis di situ, Adiratna~Permata yang mulia. Dan entri-entri yang dilepaskan di lautan maya ini mulai ditulis dalam bahasa melayu.
Menggunakan nama pena Adiratna menimbulkan salah faham oleh seorang teman. Berkali aku katakan maksud Adiratna itu adalah permata yang mulia. Akibat malas melayan kerenah teman itu,aku mencari identiti lain. sesekali bertanya kepada teman sekolah dahulu,saudara Irfan atau SangPelangi tentang nama pena yang sesuai.Sekali lagi jemari gesit menyelak helaian Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3.
Mata tertarik dengan satu perkataan, tertulis kemas di satu helaian kamus tebal itu perkataan 'Nusantara ~ Kepulauan Melayu'. Maka aku cuba menggabungkan maksud nama pena sebelumnya 'Permata' dengan perkataan 'Nusantara' menjadikannya 'PermataNusantara' atau bermaksud 'Permata Kepulauan Melayu'.
Dan setelah hampir sebulan lahirnya teratak maya ini dengan nama pena atau identiti selaku 'PermataNusantara',penulisannya lebih menjurus pada kisah-kisah lagenda atau nostalgia yang sinonim dengan aku sebagai pemegang watak utama di teratak nusantara yang aku bina sendiri.
Entri ke 80 ini khas untuk menghargai kalian yang sudi membaca setiap bait perkataan yang terukir di sini........aku tidak kisah berapa bilangan pengunjung teratak buruk ini saban hari...asalkan sudi untuk sama berkongsi sudah memadai...aku suka menulis...dan kerana menulis jugalah aku temui manusia yang tak pernah aku terfikir untuk ketemu....begitu hebat rencana Illahi.... Terima kasih sekali lagi buat kalian!
Kanak-kanak lebih mudah alami masalah pendengaran
7 tahun yang lalu
9 ulasan:
oh ya.. cik myzira sampai ke hari ini masih belum ada nama eksklusif untuk blog sendiri.. masih mencari..huhu..~
myzira,
oh....cuba selak kamus dewan bahasa edisi ke 3....(^_^)mungkin ada idea nanti....
Salam ulangtahun, PermataNusantara. Semoga terus matang dalam karya-karya penulisannya.
Saya akan menjadi pengunjung tetap blog kamu Qa. Semoga terus maju. Aja aja fighting! ;)
SangMentari,
Terima kasih! oh...selama ini tidak matang kah? (^_^)
Noreena,
Terima kasih erin...hehe..saya pun rasa mahu menukar wajah laman ini tidak lama nanti setelah melihat blog kamu yg berwajah baru...(^_~)
Tahniahlah kerana berjaya sehingga genap usia setahun. Apapun, teruskan istiqamah dalam beramal.
Owh, Terima Kasih ya Farid Rashidi...(^_^)
owh itukah kisahnya...
i tot ko dah wat lama dah blog ko nie
yaa...sehebat2 rencana maya kita..
hebat lagi rencana maya Allah rabbulalamin
CryWolf,
oh..itu sudah tentu...(^_^)
p/s: bile ko nak ada blog pula??hehe
Catat Ulasan