Selasa, 19 Mei 2009

oo00oo Balik Kampong!!!

Sejak meninggalkan zaman matrikulasi 4 tahun lalu,aku tidak sekali pun lagi menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi itu. Kesuntukan masa mengekang aku untuk turut bersama keluarga pulang ke kampung Abah di Kuala Nerang dan Mak pula di Alor Setar, Kedah.

Yalah, aku menuntut jauh di selatan tanah air. tidak seperti kakak dan adik yang masing-masing di USM Penang dan UUM Sintok. Maka banyak kali jugalah mereka berdua turut bersama ikut abah dan mak pulang ke Alor Setar dan Kuala Nerang. Tapi di kampung pun nenek dan tok wan sudah tiada. Sejak aku lahir lagi aku tak pernah temui mereka.

Namun,di sebabkan hujung minggu ini pula majlis perkahwinan kakak dengan suaminya di rumah pihak lelaki di Perlis, maka Mak dan Abah bercadang untuk pulang ke kampung dahulu esok petang. jadi hanya aku dan adik sahaja lah yang akan ikut bersama. Yang lain pula akan menyusul kemudian pada hari sabtu nanti samada melalui jalan darat mahupun udara. Yalah kan, masing-masing bekerja dan sekarang pun masih belum musim cuti sekolah. (Jumpa semua di Perlis nanti ya!)

Wah, nampaknya aku akan kembali melihat sawah padi yang terbentang luas! hooreyyy! aku sebenarnya rindu sangat nak melihat suasana itu lagi....walaupun aku dibesarkan jauh dari kampung mak dan abah. Raya pun hanya di Selangor setiap tahun. Nenek sebelah mak pun sudah lebih daripada 50 tahun menetap di Kuala Lumpur. Tapi aku rasa aku tak boleh lah hidup atau menetap dekat sana sebab tak biasa la kot..hehe!

Esok bolehlah aku menyanyikan lagu arwah Sudirman didalam kereta....

'o000ooo balik kampung....oo000ooo balik kampung...hati girang...lalala!'

Ada sesiapa nak ikut??? jom! yang diperantauan pula jangan sedih-sedih pula ya! hehe (^_^)

oh ya...Selamat Pengantin Baru buat kakak dan abang ipar yang baru...


Akmar dan Fahmi..moga bahagia hingga ke anak cucu...(^_^)

8 ulasan:

silent reader~ berkata...

cik permata nusantara...

lain kali kalau nak rasa suasana sawah padi, tak perlu balik kedah pun takpe. Datang je sg.besar, nanti saya bawa jalan-jalan ^_~ hehe...

Sampaikan salam pada mempelai... Moga berkekalan hingga akhir hayat :)

Nooreena berkata...

Singgahlah pulau jika ada kesempatan. :)

Tahniah pada kakak. Adik-adik kakak tak lama je lagi kan? ;)

Wafa berkata...

Cik permata..
Wah bestnyer nak balik kg... eeerrkk.. cik permata dah bangun ke kemas barang nak baik kg? hu..hu..

Permata Nusantara berkata...

hasnah,
oh ya, lupa pula saya kakak ipar saya pun orang sg. besar....batu 4 kot...hehe (^_^)..tapi jarang ke sana....

noreena,
memang teringin nk jenjalan penang, mcam2 azirah cerita..lagi2 nasik kandaQ die tuh kt restoran Zubaidah. sedap sgt ke??

kak wafa,
tunggu abah balik keje nih..nk bertolak 2 jam lagi...hehe. kak wafa bila nk bertolak? masih ikut plan asal kah? atau ikut jalan darat...hehe..erk, tak nak tambah koleksi shawl lg kerr???

Wafa berkata...

shawl..cam perli jer.. rasanya kak wafa ada hutang cik permata..tolong check yea..

Nooreena berkata...

Subaidah.. hm.. kurang sedap kalau nak dibandingkan makanan yang saya masak sendiri. Haha. Sudah jemu dengan nasi kandar la Qa. Teringin nak makan nasi dagang, laksa Kedah dan mee bandung Muar yang bezst! Kruk kruk bunyi perut. :D

Tanpa Nama berkata...

kampung kak liza kat parit 5 barat... belakang, kiri, kanan rumah pun ada sawah padi

Permata Nusantara berkata...

kak wafa,
sudah check! hehe...

noreena,
wah, banyak betul yang sedang diidamkan yea..(^_^)

mywanfai,
adeh..parit eh..bukan batu....silap2...heheh!

Catat Ulasan