----27hb Jun 2009, Kota Bharu ,Kelantan----
Seingat saya, cuma beberapa kali sahaja seumur hidup pernah berkunjung ke negeri che siti wan kembang..kali pertama sewaktu petengahan tahun 90-an...kali kedua pula pada tahun 2006. Dan kali ini adalah kunjungan kali yang ke-4.
9 hari sudah berlalu menghabiskan masa yang ada di sini. Tak berkesempatan melawat banyak tempat. Namun seperti kebiasaannya, akan berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah, membeli sedikit barang-barang samada makanan atau pun barangan runcit. Dahulu saya rasa pasar ini agak sesak, namun kali ini agak kurang sedikit, mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah.
Wakaf Che Yeh merupakan salah satu tarikan yang ada di sini, namun setiap kali berkunjung ke situ, jarang sekali saya dapat membeli sesuatu barangan yang saya suka. (ehe...sekurang-kurangnya jimat lah duit poket kan..)...aktiviti jual beli adalah dilarang sama sekali sewaktu bermula sehinggalah kemuncak waktu solat maghrib berakhir (mungkin dalam jam 8 malam sudah boleh mula kembali melakukan urusan jual beli). Jika ada peniaga didapati melakukan urusan jual beli, denda RM300 akan dikenakan oleh pihak MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu).
Siapa tidak tahu tentang Pantai Cahaya Bulan? ehe...saya sudah berkunjung ke situ sebanyak 2 kali. Mak kata 30 tahun dahulu pantai ini sangat cantik dan ramai orang berkelah serta bermandi-manda di situ....Abang saya lahir di Kelantan 30 tahun lalu, kini anaknya Arman pula lahir di kelantan. Mungkin 30 tahun akan datang Abang pula bercerita pada Arman tentang PCB...semalam, sempat juga bermain layang-layang di situ walaupun sebenarnya ia dibeli untuk Arman....(^_^)
Pada masyarakat Kelantan sendiri, pasti sudah biasa dengan makanan yang dijual di sini. Jika kuih Akok, saya sangat setuju di sini lah akok paling sedap berbanding yang dijual di luar negeri Kelantan. Antara kuih baru yang saya makan (bagi saya baru lah, bagi orang kelantan sendiri mungkin sudah biasa) ialah jala emas dan taik itik. Kak Liza kata telur itik yang bahagian nya bewarna kuning oren itu dijadikan bahan untuk membuat jala emas manakala bahagian yang bewarna putih pula digunakan untuk membuat kuih taik itik. Namun bagi saya rasanya terlalu manis dan mungkin boleh dimakan untuk sekali-sekala sahaja.


Majoriti masyarakat di sini adalah Melayu dan merupakan rakyat tempatan sendiri. Sejauh mana mereka merantau di luar, kebiasaanya mereka akan kembali pulang menetap di sini semula. Dikenali dengan Kota Bharu Bandaraya Islam, kesemua papan tanda iklan di sini mengunakan model wanita yang bertudung, tidak seperti di Negeri-negeri lain.
Apa pun, setiap negeri punya tarikan tersendiri, di mana bumi dipijak, di situ lah langit dijunjung. Kita tetap bangsa Malaysia, hormatilah sesama kita demi menjaga keamanan dan keharmonian negara kita sendiri. Jika bukan kita, siapa lagi? Saya Sayang Malaysia....di sini saya dilahirkan....Negara Saya Negara Yang Aman Makmur ......ayuh kita kekalkan....jangan biarkan anasir jahat menguasai dan menjajah pemikiran rakyat Malysia...
SAYA ANAK MALAYSIA......(wah, semangat patriotik la pulak..! rasanya bulan ni bukan Ogos..) (^_^)
p/s: Bakal pulang Ke Kuala Lumpur malam ini...Selamat Tinggal Kelate..!