Sebulan yang lalu ketika sedang berjalan-jalan dengan teman-teman di 'Jonker Walk' di Melaka...secara tak sengaja terlihat spring slinki di sebuah kedai cenderamata....dulu...aku selalu main spring slinki ni di anak-anak tangga rumah sambil ditemani kakak dan adik......melihat spring itu turun menuruni anak-anak tangga satu persatu dengan cantik sekali....sekarang tidak pula aku melihat anak-anak kecil bermain dengan spring slinki ini....mereka lebih gemar bermain video game...
Salah satu permainan yang pernah aku main kecil-kecil dahulu ialah 'lego'.....mencantumkannya antara satu sama lain untuk membentuk suatu objek baru...dan objek yang selalu aku hasilkan ialah telefon....tapi bukan telefon bimbit ya...ketika itu aku tak pernah lihat telefon bimbit sebab baru berusia 6 tahun...mana mungkin telefon bimbit yang dihasilkan...hehe..beberapa bulan lalu aku temui objek lego ini di rumah kakak...namun anak-anak saudara ku seolah tidak berminat sangat dengan permainan ini...mungkin tidak seronok agaknya berbanding dengan game barbie secara online...
Dahulu semasa masih kecil...aku, kakak dan adik suka mengutip biji saga di depan rumah di sepanjang Jalan Persiaran Pegawai, Kem Terendak di Melaka...sudah lama tidak ketemu dengan biji saga ini.....mengutip biji saga juga salah satu kenangan yang tak boleh dilupakan...(klik di sini)
Bunga api ini juga mengingatkan aku pada memori dalam bulan ramadhan yang berlalu....dahulu, selalu saja aku dan adik pergi membeli bunga api ini di kedai pak cik pin di tepi jalan berdekatan rumah....lebih seronok jika dapat bermain bunga api bewarna merah dililit dengan kertas bewarna kuning...bila dibakar akan mengeluarkan warna bunga api yang bewarna-warni...
Sewaktu kecil dahulu juga aku pernah terlibat dalam permainan jentik tutup botol...walaupun permainan ini lebih sinonim kepada kanak-kanak lelaki...namun aku juga sebagai kanak-kanak perempuan tidak terkecuali....setiap kali tengok air gas dalam botol..mesti teringat permainan jentik tutup botol itu...
Dahulu di hadapan halaman rumah...mak dan abah letakkan sebuah papan hitam dan kapur tulis...selalu kami main cikgu-cikgu di situ....dan sekarang...kakak dan adik masing-masing sedang menjalani latihan mengajar di dua buah sekolah di Pulau Pinang..seorang bakal graduan USM dan seorang lagi pula bakal graduan UUM...kedua-duanya bakal menjadi guru bahasa inggeris....
Banyak lagi objek-objek lain yang menjadi nostalgia buat aku untuk dikenang sepanjang zaman.....mahu tulis banyak lagi tapi mungkin kalian tak larat membaca entri ini lagi......kalian juga aku rasakan pasti terkenang nostalgia silam sewaktu kecil tatkala terlihat apa-apa objek yang boleh mengaitkannya dengan cerita dulu-dulu kan.....(^_^)