Selasa, 17 Mac 2009

Episod Rindu Dalam Sebuah Diari Maya....


Pada mulanya aku melibatkan diri dalam dunia penulisan blog adalah sekadar untuk mengisi kekosongan jiwa dan berkongsi pengalaman dengan sesiapa saja yang sudi menyelami kisah pengembaraan hidupku di sini....kepada yang tidak sudi...aku tidak pernah sekali menegah kalian dari meninggalkan teratak nusantara ini......Teratak Nusantara ini umpama diari hidup ku....aku menulis apa yang terconteng dan terlakar dalam rentetan episod suka dan duka...

Hari-hari berlalu...tanpa aku sedari...apa yang tercoret dalam diari maya ini diselami oleh kedua orang tua ku saban hari....tidak ketinggalan juga adik-beradik ku yang lain.

Hari ini....hampir kesemua mereka sudah melibatkan diri dalam dunia penulisan blog....setiap hari, aku akan mengambil sedikit masa yang ada untuk sama menyelami kisah-kisah seharian mereka....macam-macam perasaan yang terbit tatkala membaca apa yang tercoret di diari maya mereka...membuatkan aku seringkali tertawa sendirian..mereka bukan sekadar menceritakan kisah harian..tetapi turut cuba mengimbau kembali zaman sewaktu kecil dahulu... diari-diari maya ini sebenarnya mampu melepaskan rindu ku pada keluarga..walaupun aku jauh di selatan tanah air, menghabiskan sisa-sisa waktu di sini sebagai pelajar tahun akhir, aku masih dapat mengetahui apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka......

Dan hari ini...abah pula mulai menjinakkan diri dalam bidang penulisan blog ini di atas dorongan anak-anaknya....kami juga mahu tahu aktiviti harian abah di sana....(^_^)

Dunia tanpa sempadan hari ini......jangan pernah kita rasa berjauhan.....

p/s: mungkinkah Mak akan punyai blog juga suatu hari nanti? (^_^)

12 ulasan:

DAMAI berkata...

salam buat seorang anak ^^

wah,keluarga yang hebat...hampir semuanya ada blog...bolehlah akak add nanti ^^

nazri berkata...

hehe..
kenangan lalu y pahit akan menjadi indah bila terkenangkan nya kembali..
haha..

teringat aku masa kene sebat dgn papa coz x g riadah..cet...=p

Permata Nusantara berkata...

Salam Kak Damai...

Tentu saja boleh...lihat di pautan 'inspirasi hidupku' (^_^)

Permata Nusantara berkata...

Nazri sensei,

kasihan ya kena rotan...lain kali ikot peraturan skolah...kamu pun nk jadi cikgu dah..(^_^)

'disebalik kepahitan ada keinsafan'

Tanpa Nama berkata...

Melepaskan rindu dari sini ya. Huh, unik sungguh...

p/s Perkara-perkara lain boleh mengubah diri kita. Tapi kita bermula dan berakhir dengan keluarga...

Tanpa Nama berkata...

semua blogger anisma sedang gathering di selayang, permata nusantara je takde... huhu

Permata Nusantara berkata...

SangMentari...

unik ya? rasanya sudah byk kali sy beritahu hidup mesti kreatif kan (^_^)

Permata Nusantara berkata...

mywanfai,

Sebab itulah permatanusantara menulis entri ini...huwaaaa homesick!!! (*_@)

fiQ gurLz berkata...

wahhh besh nyer abah die pon ade blog....bole la kte menyelit nti...ngeee~

Permata Nusantara berkata...

fiq,

boleh saja mahu menyelit..tapi...apa kata cik fiq turut update blog kamu ya...hehe...teringin juga melihat kamu menulis...(^_^)

Irfan Jani berkata...

Wah. Bagusnya semua ahli keluarga saling menyokong.

Aku dipandang serong oleh beberapa ahli keluargaku (jauh), kerana bergelar seorang blogger. Sedih sungguh.

Permata Nusantara berkata...

sang pelangi,

oh...mengapa begitu...bukannya disalahgunakan bukan? hurm....apa pun...teruskan menulis...asalkan itu dapat menzahirkan apa yg terbuku di hati sbg wadah perkongsian ilmu...(^_^)

Catat Ulasan