Khamis, 26 Mac 2009

Suratan Atau Kebetulan......

Kisah ini bukan drama yang pernah kalian tonton di kaca TV....tapi sebuah kisah yang benar-benar terjadi di mana secara kebetulan aku menjadi watak sampingan dalam perjalanan hidup seorang teman....Kisah ini benar-benar menyayat hati ku…..jika kalian seorang yang mudah merasa tersentuh…aku tidak melarang sesiapa untuk meninggalkan ruangan entri maya ini…..


Beberapa tahun yang lalu…..


Petang itu pensyarah subjek kimia (aku lupa namanya, biar ku tulis miss F sebagai kata ganti nama untuk beliau ) menjemput aku dan teman-teman sekelas yang lain hadir ke rumahnya….yang hairannya…beliau hanya menjemput pelajar perempuan sahaja…tapi tak mengapalah…orang kata…rezeki jangan di tolak kan…aku ke sana bersama teman-teman dan termasuk seorang sahabat yang ku kira sangat bertuah pada hari itu…biar ku nama kan dia sebagai ‘A’…

Tiba di sana…kelihatan ramai saudara-mara miss F, kami masuk dan menjamu selera sambil menonton TV....tiada apa yang janggal....namun, A berbisik pada seorang teman ku...A menyatakan rasa hairannya melihat mengapa seolah-olah orang-orang di situ asyik memerhatikannya…..miss F pula sejak dari tadi tersenyum berbual dengan kami semua….

Setelah agak lama berada di rumah miss F, kami semua memohon diri untuk pulang….masing-masing bersalaman dengan keluarga tuan rumah….namun, saat A bersalam dengan seorang wanita yang usianya lingkungan 40-an…wanita itu membelai lembut wajahnya sambil berkata…


'dah besar…cantik…..'

….dipeluknya tubuh A…dan A lansung tidak mengerti apa-apa…air mata mulai mengalir di pipi wanita itu……segera miss F menghampiri mereka berdua…..miss F mulai bersuara…

'A…ini lah ibu A….'

…seolah hendak luruh jantung A ketika itu….

'betul ke??'

…soal A cuba mendapatkan kepastian…

'betul nak…ini ibu….ibu yang melahirkan..'

…jawab si ibu sebak….A terkedu…dipeluknya ibu yang melahirkannya 18 tahun lalu….yang menyusukannya ketika masih tak mengenal dan tak tahu menyebut perkataan…..air mata deras mengalir…impian bertemu dengan ibu yang dirindui dimakbulkan Tuhan yang Esa…suasana di situ amat pilu sekali…menyaksikan pertemuan dua jiwa yang sekian lama terpisah….

A pernah memberitahu ku yang dia sangat mahu bertemu ibunya….dia membesar tanpa melihat siapa ibunya yang sebenar….dia sendiri tidak tahu ke mana kah ibunya menghilang….abangnya pula selalu berusaha mencari ibu tanpa pengetahuan ayah….

Hari itu…barulah A mengetahui…bahawa miss F adalah kakak sepupunya…..miss F mengatakan dia mulai tahu bahawa A adalah anak kepada ibu saudaranya setelah medapat tahu nama A dan juga bapa A. miss F cuba mengesahkan identiti A dan seterusnya menemukan dua hati yang saling merindu…Miss F seorang pensyarah yang mengajar kuliah kami secara kebetulan kakak sepupu kepada A…..tetapi…aku rasakan inilah suratan yang ditentukan….



Kepada A…entri ini ku tulis saat aku tiba-tiba teringatkan diri mu…..moga kamu bahagia selalu di bawah rahmatNya…..amin…

dan buat seorang lagi teman...saudari P...aku juga mendoakan kamu bisa menemui ayah mu suatu hari nanti......amin....

15 ulasan:

myzira berkata...

oh, tersentuh hatiku membaca entry ini.. ... saudari A selalu ku ketemu di sini... ku pasti dia bahagia disamping ibunya...(wat ayat ala-ala permata nusantara... huhu)

Isha_Abama berkata...

Sedehnya cerita ni adik. Macam dalam program Kisah Benar TV3 suatu ketika dulu.....tu....Boleh masuk TV ni...biar seluruh nusantara tahu.

Unsur-unsur seperti Mistri Nusantara pun ada.

Coretan kamu ni bakal menyaingi karya-karya oleh Penulis Resah dan Digital Space.....hu..hu..

Permata Nusantara berkata...

myzira,

owh...kirim salam pada saudari A ya...(^_^)

p/s:ayat ala-ala permatanusanrata? hehe...

Permata Nusantara berkata...

isha_abama@abah

mcm kisah benar di tv3?..hehe..bleh la ceburkn diri dlm penulisan skrip dan lakon layar selepas ini....

owh..dah lama tak menulis entry misteri...selepas ini insyaallah..(^_^)

Shima berkata...

alamak myzira.. cukuplah satu blog aje sebagai platform sasterawan. den ni orang teknikal..
anyway..
Unik sungguh kisah ni. Selama ini kita hanya menonton drama TV kisah2 sebegini. Kita patut bersyukur berpeluang mengecapi nikmat kasih sayang mak dan abah. Semua ni iktibar.. Bayangkan perasaan mereka yang tidak pernah.
p.s. alamak aku pun dah nak terikut bahasa ala2 permatanusantara, nak kena update R-chief aku nih.. layann..

Permata Nusantara berkata...

kak shima,

kita kdg2 lupa dgn nikmat yang kita ada...bersyukurlah kita hidup dengan kasih sayang kedua-dua orang tua....mereka itu juga insan terpilih untuk dihadirkan ujian hidup sebegitu...menguji tahap kesabaran dan keimanan.....(dah macam slot motivasi dan agama plak p.nusantara nih...hehe)

myzira berkata...

haha.. abah pun dah pandai guna 'hu..hu..'... huhu~

kak shima,
jangan ada permata nusantara yang kedua...huhu~

Tanpa Nama berkata...

inilah yg dikatakan suratan dan kebetulan...

blood is thicker than water


brp byk lg beli selendang kt pesta konvo?????

dh terbukti..haha

Permata Nusantara berkata...

wak tempang,

owh....perkataan 'atau' da bertukar menjadi 'dan' ya...hehe...

p/s: mana ada beli byk selendang.....beli satu je...heee..ape yg dah terbukti?? tudung pink dubai collection itukah?...(^_^)

Iliana berkata...

salam...

swbak sekali cerita ini..semuanya itu ketentuan-Nya kan..terkadang, jika diizinkan-Nya, akan terjadi juga..apa pun, mungkin itu balasan doa dan usaha mereka..

Permata Nusantara berkata...

iliana,

usaha dan doa paling utama kan...itu lebih menjadikan suratan kebetulan itu lebih bermakna....(^_^)

midz berkata...

sedih pulak aku bace ni. aisyh, sejak ble lak aku jd pembaca blog ko ni?

Permata Nusantara berkata...

midz,

sedih? sedih gembira?syukur ibu dan anak kembali menjalin kasih (^_^)

p/s:hehe..selama ni ko jalan2 blog shoppe je....laman permatanusantara xda jual barang....haha

Ami Farhani MNA berkata...

Salam perkenalan.

Bergenang air mata dan meremang bulu roma saya membaca kisah ini. Subnallah, aturan Tuhan itu sungguh indah dan berseni.

Alhamdulillah. Biarlah kisah ini berjudul suratan atau kebetulan, yang penting segala anugerah yang kita peroleh, seharusnya disyukuri bukan?

p/s:Terima kasih kerana sudi ke blog saya yang tak seberapa tu. Saya juga kali pertama ke sini..sering saja melihat nama Permata Nusantara di mana2:) Moga kita boleh bersahabat. ^_^

Permata Nusantara berkata...

Salam Ani Farhani...

Sedap nama kamu ya..hehe...selamat dtg kembali...moga kita boleh bersahabat juga....(^_^)..lawatlah selalu di teratak yang tak seberapa ini juga....(^_~)

Catat Ulasan