Ahad, 20 Disember 2009

Realiti


Hari ini sekali lagi aku kembali memikirkan soal masa hadapan...bukan sekadar hari ini sahaja...malah setiap hari juga begitu....masa hadapan...masa hadapan.....dan masih lagi masa hadapan....sesungguhnya aku tidak mengetahui sedikit pun aturan Illahi dalam rentetan perjalanan hidupku di hari-hari mendatang....Ya Allah...sungguh aku begitu takut menghadapi masa hadapan....entah bagaimana kisah aturanMu ya Rabbi....pastinya hebat!

Dan aku tahu...tidak Dia menguji hambaNya di luar kemampuan mereka...dan kerana itulah aku cuba mendidik diri untuk tabah dan bersedia...apa yang aku miliki hari ini tidak lansung seharusnya aku merasa terlalu selesa....Tuhan itu memberi nikmat kepada sesiapa saja tanpa mengira waktu...namun, Dia juga bisa menarik kembali nikmat itu dalam sekelip mata!

Ya,hari ini aku punya pekerjaan, namun aku masih belum berasa selesa...malah bimbang...bimbang apa yang akan terjadi hari esok...aku mengharapkan Tuhan sentiasa membuka pintu rezeki buat ku....di alam pekerjaan...ibadah seharian...hubungan kekeluargaan....dan begitu juga dalam usaha menempuh alam perkahwinan ...adakalanya aku dihimpit oleh pelbagai pilihan....antara mahu meneruskan cita-cita dan tanggungjawab yang bakal dipikul dalam tempoh mungkin setahun setengah lagi...Ya Allah, berikan aku petunjukMu..

Aku punya impian...terlalu banyak impian....hanya Tuhan mengerti penuh nya taman hati ini dengan berjuta impian manis....Ya Allah, sungguh aku mengharap rahmatMu dalam perjalanan hidup realiti ku...Moga Kau kabulkan segala doa hambaMu yang lemah ini.....Amiinn...

Sabtu, 19 Disember 2009

'Saya Sayang Awak'

"Kek Cawan! Pernah dengar? Mungkin tidak...Cupcake? oh....sudah selalu...cuba klik di sini...

"Sudah klik? mengapa belum?...cuba sekali lagi...

"Kembali membaca tulisan ini...harapnya sudah klik ya pautan di atas....(^_^) jika tidak...tiada paksaan....

Beberapa purnama lalu...seringkali aku memikirkan tentang faktor 'X'....mengapa faktor 'X'? ...kerana simbol nya sendiri menggambarkan sesuatu yang tidak diketahui...pangkah! Ya..hakikatnya aku sendiri tidak mengetahui apakah faktor 'X' yang masih belum aku keluarkan daripada dalam diri...masih belum ada sesuatu minat yang kritikal untuk dilakukan saat kelapangan melanda...selain menulis lah!

Sehinggalah pada suatu hari...wah, PermataNusantara sudah mula bercerita...ayuh, dengar ya!..jemari rakus sekali menggerakkan tetikus sambil melayari lautan maya semata-mata cuba mencari idea untuk mendapatkan faktor 'X'...Pak Cik Google menemukan aku dengan pelbagai imej-imej Kek Cawan di seluruh pelosok dunia...bukan setakat di Kepulauan Nusantara saja ya! dan ketika itulah Allah membuka hati ini untuk mula mendekati dan mengenali apa itu kek cawan...

Alhamdulillah...niat sekadar untuk belajar...entah bagaimana seringkali ditanya untuk menerima tempahan....pada mulanya agak keberatan...namun, setelah beberapa kali mencuba...sedikit demi sedikit usaha itu membuahkan hasil....sekadar mengisi kelapangan waktu yang ada untuk aktiviti yang menyeronokkan....namun, siapa tahu andai suatu hari nanti Tuhan memberikan sesuatu yang tak pernah kita impikan....pasti manis! Insyaallah...Allah itu tersangat pemurah...


Hakikatnya aku gembira saat kek cawan ini telah membuatkan ramai insan bahagia dan tersenyum gembira....bukan lah sekadar kek cawan...malah nilai sentimental yang terdapat di sebalik kek cawan itu sendiri......Bayangkan jika orang yang anda sayangi membuat kejutan dengan memberikan anda 1 set kek cawan dan tertulis di di situ...'Saya Sayang Awak' .....terharu bukan? Tiada lain yang membahagiakan selain melihat orang lain gembira....(^_^)

Khamis, 17 Disember 2009

Kini Kembali Pulang

Assalamualaikum...salam kerinduan yang teramat untuk terus menulis...betapa aku rindu untuk bercerita dalam diari maya ini...ya,diari maya ini suatu masa dahulu menjadi peneman setia hidupku...kala sedih,gembira mahupun kecewa...di sinilah curahan rasa...begitu lama aku menepikan dan membiarkan ia sepi...


Hari ini, seperti kalian lihat..(andai diari maya ini masih punya pembaca setia..) teratak maya PermataNusantara ini telah pun mengalami perubahan wajah...hakikatnya aku sengaja ingin mengundang semangat baru untuk menghidupkan kembali laman ini....apa yang tercatat disini hanyalah buah fikiran penulis dalam melayari rentetan destinasi hidup...barangkali tiada lansung kepentingan laman maya ini untuk sesiapa...sekadar persinggahan yang tidak sengaja mungkin...

Sebolehnya aku ingin sekali berkongsi banyak pengalaman di sini...jika dahulu, pengalaman banyak menjurus tentang hidup seoarang pelajar jurusan Rekabentuk Industri...tapi kini...mungkin banyak berkisar tentang seorang pengajar....namun, sesekali ingin aku singkap kembali kenangan-kenangan lama yang tak pernah mungkin bisa luput dari kotak ingatan....Mudah-mudahan menjadi wadah perkongsian yang berguna buat semua...Insyaallah...


p/s: Terima kasih buat SangMentari kerana mengubah wajah baru Teratak Maya ini....PermataNusantara kini kembali pulang untuk menulis...

Jumaat, 11 Disember 2009

ANNOUNCEMENT

CURRENTLY UNDER CONSTRUCTION!!

Jumaat, 13 November 2009

Tidak Buat Diri Ku....


Dua purnama lamanya membiarkan laman maya ini sepi tanpa khabar...benih yang ditabur mungkin juga sudah bercambah menjadi pohon kecil...ya...itu mungkin permulaan sebuah perjalanan...masih jauh di hadapan..entah bagaimana liku-likunya....


Sekian lama sepi...sengaja dibiarkan begitu...sengaja mengundang rindu untuk menulis...sengaja disimpan segala cerita suka manis pahit tawar....kerana disebalik itu punya seribu macam hikmah tersembunyi...

Hari-hari terakhir mendidik khalifah-khalifah kecil...bercerita kisah-kisah yang isi nya di korek dari buku-buku lama sewaktu kecil dahulu...bersemangat anak-anak kecil itu melakonkan apa yang terpacul keluar dari bait-bait bicara guru nya...oh..hati begitu terusik...sayu sekali mahu meninggalkan anak-anak ini..namun...itulah antara persinggahan yang sebentar cuma...Tuhan lebih mengerti apa yang terbaik untuk hambaNya....


Moga apa yang diberi olehNya hari ini....menjadi anak-anak tangga ke puncak....aku punya impian melangit tinggi....cita yang sudah bergunung-ganang....biarlah sesukar mana jalan nya...aku pasti ada penghujung untuk tiba ke destinansi nya...


Cabaran baru hampir bermula..mendidik anak-anak bangsa yang usianya semakin matang...berbeza sekali dengan anak-anak kecil yang lagaknya masih melompat main di sini sana....institusi juga berbeza...dan pasti juga cabarannya tetap berbeza...moga bisa aku pergi lebih jauh....mengutip pengalaman yang tidak akan pernah mampu dibeli dengan wang ringgit...mencari kepuasan pengalaman yang mungkin orang lain tidak bisa merasainya...wang ringgit bukanlah ukuran...aku percaya Tuhan sentiasa memberi manusia kesenangan dengan pelbagai cara...


Apa yang terconteng di sini hanyalah sekadar cerita kaki lima buat pembaca yang sudi membaca barangkali...tetapi tidak lah buat diri ku.....cerita ini pengalaman yang cukup beharga....

Jumaat, 18 September 2009

Salam Lebaran



Alunan lagu raya bergema di corong radio, asyik sekali melodi dan liriknya..tersedar aku bahawa aidilfitri bakal menjelang cuma beberapa hari sahaja lagi..oh,begitu pantas masa berlalu meninggalkan Ramadhan..

Tahun ini beraya secara sederhana, seperti tahun-tahun yang lalu...cuma yang berbeza ialah tahun-tahun lalu sebagai seorang pelajar...tetapi tahun ini sudah pun bekerja...perlu mengintai-ngintai sampul duit hari raya....punya 5 orang anak saudara...bakal bertambah pada tahun hadapan...tunggu...hehe..(^_^)


Terima kasih kepada anak-anak kecil di Sekolah Islam Adni kerana banyak memberi kad hari raya, biskut raya dan coklat sempena Aidilfitri ini...insyaallah nanti Teacher Atiqah bawa cupcakes ya...(^_^)...


Alhamdulillah...semakin menjelang hari raya beberapa hari ini..rezeki terasa begitu murah sekali....syukur kepadaNya ke atas nikmat yang diberikan...


Buat semua kaum keluarga..teman-teman...Salam Adilfitri buat kalian...saya memohon kemaafan jika ada tersalah kata..bahasa mahupun perbuatan yang menyakitkan hati..moga segala salah dan silap dimaafi....

Buat Zairy yang kini dalam perjalanan pulang merentasi benua sewaktu entri ini ditulis...moga selamat sampai ke Singapura dan tiba di Johor dengan perasaan yang gembira (itu sudah pasti..(^_^)...)...moga Aidilfitri kali ini lebih bermakna berbanding yang lalu....


p/s: Saya sudah lama mengidam lemang dari Tampin...raya keberapa agaknya ya boleh merasa..hehe..

Khamis, 10 September 2009

Muka Buku

ingin menulis tentang peristiwa pagi tadi...tetapi agak panjang ceritanya....tentang seorang pemandu wanita yang saya kategorikan sebagai 'bodoh sombong'..(maaf,agak kasar..tetapi inilah istilah yang paling tepat untuk dia...)...sepatutnya di bulan yang baik ini cubalah untuk mengurangkan perasaan hasad itu...jadilah pemandu yang berhemah...

oh..saya mungkin agak emosi ketika menulis...sungguh beberapa kali saya menggeleng kepala ketika memandu ke tempat kerja pagi tadi...pemandu wanita itu bersungguh-sungguh mahu mencabar saya...setiap kali saya mengubah haluan...dia pasti cuba menghalang kenderaan saya...bukan sekali..tetapi lebih 4 kali...bermula daripada bulatan Bt. Caves sehinggalah ke Taman Melawati...sukar sangatkah untuk bertimbang rasa ketika menggunakan jalan raya?tetapi bila saya fikirkan kembali...tiada faedahnya melayan kerenahnya...lantas saya membiarkan saja...itu lebih baik...........tetapi saya masih dapat melihat gaya pemanduannya yang seperti ribut...tertekan tidak mahu kalah agaknya....oh...saya tersenyum sendiri..(mungkin saya yang menang kot...hehe)

kepada wanita itu,jika anda membaca entri ini....jangan salahkan saya kerana menulis...mungkin agak emosi dan sinis..tetapi sekadar untuk pengajaran kepada yang lain...jadilah pengguna jalan raya yang bijak dan berhemah.....saling menghormati kerana semua orang juga pemandu seperti anda..jika anda tidak berhemah, orang lain juga sukar untuk bertimbang rasa dengan anda.

oh ya, mari tukar topik,saya selalu bermuka buku, kekadang mengambil kuiz dan sebagainya...hehe...ini salah satu gambar daripada application di facebook..(^_^)..(kita ubah rasa beremosi di atas kepada senyuman...)

Selasa, 8 September 2009

Seikhlas Hati



'ALLAH S.W.T gives us rezeki in many ways......money is not the matter...Allah will pays for all good things.....he pays by giving us peace of heart & mind, always feel enough and thankful (syukur) for what we have.....rezeki is everywhere....but the only key is IKHLAS for everything we do.....and ALLAH will pays us more.....the more u give, the more u will get...SUBHANALLAH....' (^_^)

Sabtu, 5 September 2009

Dari Jauh...

Dari Jauh terbayang
Cahaya terang segenap ruang
Terlihat ia duduk di sudut
Tekun di situ

Dari jauh terfikirkan
Masa untuknya semakin suntuk
Biarpun kali ini sukar
Aku tahu ia mampu

Sudah pun di puncak
Jauh doa kukirimkan

Mudah menuju ke angkasa
Menggapai bintang bercahaya

PermataNusantara
5 September 2009

Tulisan pendek buat yang jauh di Benua Afrika,Selamat Menjalani Peperiksaan Akhir...

Ahad, 30 Ogos 2009

Ramadhan Kali Ini...


Manusia adakalanya punya rasa iri hati, cemburu, hasad dengki dan sebagainya yang sama waktu dengannya. Apa sahaja yang orang lain lakukan, pasti ada yang pandang tidak enak atau pun rasa tidak senang duduk. Seboleh-bolehnya ingin melihat orang lain diketawakan atau jatuh...Mengapa ya manusia seringkali sebegitu?

Ada yang pernah berkata pada saya,
'mereka iri hati kerana mereka tiada apa yang kita ada...'...
oh, mungkin alasan itu boleh diterima pakai. Apa pun yang lebih penting ialah sepatutnya seseorang itu berusaha mendapatkan apa yang dia tiada daripada cuba menjatuhkan orang lain dengan cara yang tidak baik.


'Jadikan Ramadhan kali ini sebagai titik permulaan perbersihan jiwa daripada sifat yang tidak baik.(peringatan juga buat diri sendiri)...Moga segala amalan ibadah diterima olehNya..Amiinn..''

P/S: Selamat meneruskan Ibadah Puasa...(^_^)...buat yang berada di Malaysia mahupun d iperantauan..

p/s2:Tangan yang memberi..lebih baik daripada yang menerima...(^_^)

Khamis, 27 Ogos 2009

Yakinlah Aku Menjemputmu...

Malam itu sangat dingin, ruang legar jalan raya di Seri Mawar basah ditimpa kesan curahan hujan renyai-renyai. Deruan enjin bas semakin sayup kedengaran meninggalkan diri Tasnim sendirian di bahu jalan. Panggilan telefon yang berbunyi segera dijawab. Sambil mendengar suara pemanggil dihujung talian, Tasnim seraya menoleh ke arah seberang jalan.....

Langkah diatur perlahan, menaiki anak-anak tangga jejambat untuk ke seberang sana. Tasnim berhenti melangkah tatkala tiba di atas jejambat, kaki kembali melangkah...wajah yang ditundukkan diangkat semula, terlihat di hujung sana,seorang pemuda sedang tersenyum dan berjalan ke arah dirinya....Berdebar jantung Tasnim dibuatnya,darah bagai deras mengalir ke segenap tubuh dan malam seraya terasa hangat...teringat peristiwa beberapa purnama yang lalu....

Beberapa bulan sudah berlalu, senyuman malam 10 februari yang Ihsan hadiahkan secara tak sengaja benar-benar mengusik jiwa Tasnim. Tampan sekali Ihsan mengenakan Baju Melayu Putih dan berseluar slack hitam. 'Tahukah kamu Ihsan, tidurku tak lena malam itu...' bisik Tasnim terasa malu.

'Kalau Tasnim nak tahu, Ihsan ni lembut hatinya, sebab itu adik dan abang dia sayang sangat pada dia...' bual Ibu Ihsan kepada Tasnim.

Tasnim sayangkan Ihsan....Ihsan tidak pernah sekali bersikap kasar pada Tasnim. Lembut bicaranya amat tenang sekali...setenang raut wajahnya... Ihsan juga tak pernah merasa jemu memujuk rajuk Tasnim . Ungkapan maaf seringkali terucap dibibir Ihsan seandainya dia merasakan Tasnim sedang berkecil hati...Ihsan jauh berbeza dengan pemuda-pemuda lain...bagaikan langit dan bumi jika ingin diperbandinkan. Dia jauh lebih jujur dan ikhlas.........tidak seperti lelaki lain yang hanya pandai bermain kata dan menipu daya...rasa syukur teramat dihadirkan Ihsan dalam hidupnya.

Tasnim melihat ke mata Ihsan, mata Ihsan sedikit merah menahan sebak di hati...Tasnim mengalihkan pandangan, tak sanggup menatap wajah kekasihnya...Tasnim tak terdaya menahan lagi,Kolam Air Mata sudah pun melimpah keluar.....janji diungkap kemas....menanti hari agar tertunai......'Yakinlah Aku Menjemputmu...' bisik Ihsan perlahan....

Ya Allah...rahmatilah perjalanan hidup Ihsan dan Tasnim.....agar sentiasa berpaut pada JalanMu...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Antara Hari Paling Bermakna...

4 tahun sudah berlalu sejak pertama kali menjejakkan kaki ke Universiti Teknologi Malaysia pada Julai 2005. Sejujurnya aku sendiri tak pasti dengan jurusan yang aku ambil...banyak konlifk dalaman yang aku hadapi pada tahun satu pengajian...hampir sahaja meninggalkan gedung ilmu ini...mujur Dr. Dzul banyak membantu..Antara orang yang banyak mendengar cerita aku ialah saudari Hafiqah....terima kasih ya menjadi pendengar yang baik dan setia..(^_^) (rindu pergi ke bazar ramadhan bersama kamu dan mid..)

Tahun kedua sekali lagi diberikan ujian getir saat melayari hidup sebagai seorang pelajar...mana tidaknya, subjek ID03 entah mengapa digagalkan oleh seorang pensyarah..yang mengakibatkan aku terpaksa untuk menambah lagi 1 tahun tempoh pengajian daripada 4 tahun kepada 5 tahun...hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dirasai saat itu...

Namun, Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri...ku gagahi diri bangkit semula...bertemu dan berdiskusi dengan pelbagai pihak pentadbiran akademik kerana aku merasakan alasan yang diberi oleh pensyarah tidak konkrit dan lansung tidak boleh digunapakai untuk mengagalkan seseorang pelajar...banyak suara sumbang yang aku dengari namun tiada kupeduli..berat lagi aku yang memikul bebannya....Saban hari aku berdoa agar Allah permudahkan jalan untuk ku walau hakikatnya semester baru sudah bermula dan aku tidak boleh mendaftar untuk subjek ID04....tapi..aku hadir juga sebagai HS (hadir sahaja) bukan HW (hadir wajib).....

Atas alasan-alasan yang aku kemukakan kepada Timbalan Dekan Akademik sebanyak 3 muka surat,beliau bersetuju untuk melantik satu jawatankuasa penilaian baru..syukur Alhamdulillah, keputusan berpihak kepada aku....maka tempoh pengajian kekal 4 tahun...Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga yang memberi kekuatan dan sokongan sepanjang ujian itu....

Tahun 3 dan tahun 4 berjalan seperti biasa...hubungan sesama rakan semakin akrab...terutamanya fiq,mid,maziah,min,amy,dila dan Sare...kita tak pernah peduli apa orang kata tentang kita kerana kita hidup untuk diri kita dan tak pernah menganggu hidup sesiapa....rindu teramat saat berniaga kecil-kecilan di Pasar Malam KP, makan stimboat bersama-sama,ke kelas bersama,berjalan-jalan sekitar UTM, suka duka dan banyak lagi yang kita lakukan bersama...tapi kini aku sedari..setiap manusia ada haluan sendiri bila sudah bekerja...sekali sekala mungkin kita bisa berkumpul kembali...(^_^)

Alhamdulillah, antara hari paling bermakna,minggu lalu menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri di Dewan Sultan Iskandar,UTM skudai..teringat pahit manis sepanjang tempoh 4 tahun..banyak lagi sebenaryta cerita di sini...biarlah tak perlu dikongsi mungkin...sempat bertemu rakan-rakan walaupun sekejap cuma..masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan...semuanya kelihatan sangat gembira...hujan yang turun membawa seribu macam rahmat...moga Allah permudahkan segalanya untuk kita...buat sahabat yang masih belum graduate...aku doakan kejayaan menanti kalian di hadapan..Amiinn....


p/s: Selamat Berpuasa buat semua umat Islam......moga Ramadhan kali ini ini bisa meninggalkan seribu macam pengalaman indah buat kalin...Insyaallah...(^_^)

Rabu, 19 Ogos 2009

Rindu Datang Kembali....

Agak lama menyepi...rentetan kisah hidup yang berepisod adakalanya tidak mengizinkan diri ini untuk menulis dan menulis...demam yang melanda selama seminggu dahulu benar-benar mengingatkan diri betapa nikmatnya berasa sihat...sesungguhnya sakit itu pengampunan dosa-dosa lalu..insyaallah...

Hari ini masih lagi bekerja sebagai seorang pendidik...anak-anak kecil ini semakin nakal...juga semakin serasi dengan gurunya...gelak tawa menjadi rutin setiap hari...hampir saban hari ada saja cerita yang dibawa pulang......pantang memegang gula-gula di tangan sebagai pengubat rasa mengantuk...ada sahaja yang datang tersengih...setiap hari sedaya mengelak diri berasa marah...menjerit jauh sekali...itu tidak lain hanya mengundang sakit emosi yang sia-sia...kerana apa? bercakap dengan lembut dan tegas hakikatnya bisa mengubah sikap anak-anak kecil ini menuruti apa yang saya katakan...telah saya lakukan banyak kali dan berjaya...bermain secara psikology...(^_^)


3 hari lalu baru sahaja menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri di majlis konvokesyen di UTM, Skudai. Dalam perjalanan sebelum bergelar graduan, terlalu banyak kisah suka duka yang dilalui sepanjang bergelar pelajar...Alhamdulillah...Tuhan telah permudahkan segalanya...ingin saya tulis tentang itu di entri akan datang..Insyaallah.


Oh ya...sempat juga berjalan-jalan di negeri Johor selama beberapa hari...percaya atau tidak, sebelum ini selama 4 tahun di Johor sebagai penuntut di UTM, saya tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang saya lawati beberapa hari lalu...sehinggakan ada pula yang terpaksa solat jamak..sudah lebih 2 marhalah katanya...(^_^) Terima Kasih ya bawa saya jalan-jalan!
Sebenarnya tulisan ini sekadar pengubat rasa rindu untuk menulis...rindu yang semakin membuak ini rasanya tidak berjaya dilepaskan dalam entri ini....oh..mungkin kerana saya sendiri yang tak pandai menulis....(@_*)

Sabtu, 1 Ogos 2009

Bahagia Itu Bukan Satu Destinasi....

hari ini Sarah bangun dari tidur jam 6.15 pagi...lantas mandi dan solat..baju kurung disarung ke badan...sambil tersenyum tudung dipakai kemas...wajah dicalit sedikit make up sekadar perlu...Sarah menyarung kasut dan melangkah keluar dari rumah...dia bertekad dalam hati....'semalam aku bahagia...hari ini aku masih memilih untuk bahagia....' sambil tersenyum Sarah melangkah menuju ke kereta...niat untuk ikhlas bekerja agar beroleh bahagia....



Bahagia itu bukanlah destinasi...bahagia itu tidak mahu berhenti...kerana kita mahu bahagia sepanjang hayat...Hakikatnya...bahagia itu adalah satu perjalanan... setiap hari yang kita lalui itu sebenarnya kebahagian....kita yang memilih untuk bahagia atau sebaliknya...hidup ini sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan....kita juga yang memilih jalan untuk bahagia mahupun tidak....

Mulailah setiap hari dengan niat yang baik...lakukanlah perkara yang bisa membahagiakan diri kita dan orang lain...bahagia itu sendiri satu ni'mat.......adakalanya orang lain seringkali bercakap tentang kita....tetapi kita lebih tahu apa yang kita mahukan dalam perjalanan hidup kita sebagai khalifah Allah...biarlah hidup kita mungkin sederhana...tetapi kita bahagia...setiap hari tersenyum.....

Bahagia Itu Bukan Satu Destinasi...Tetapi Satu Perjalanan....

Thank You Allah for giving me such a wonderful ni'mat everyday....Alhamdulillah..(^_^)

Selasa, 28 Julai 2009

Andai Ada Jalan Yang Lebih Baik....


Eh, sudah bersawang teratak ini...bukan tidak punya waktu untuk menulis...cuma tidak ada rasa mahu menulis...mungkin barangkali kerana letih menulis di papan putih setiap hari...


Oh ya, sudah 2 bulan lebih meninggalkan alam Universiti...syukur Alhamdulillah sekarang sudah hampir sebulan mula bekerja. Agak-agak apa ya pekerjaan sepenuh masa saya sekarang?dan apa pula kerja sambilan terbaru yang saya sedang laksanakan?ok ok...saya bagi klue...


Setiap pagi saya bekerja bermula jam 8 pagi dan berkahir pada jam 4 petang di sebuah badan swasta..bertanggungjawab mendidik khalifah-khalifah Allah yang yang masih kecil...mengajar mereka mengenal ilmu tentang alam sekeliling dan kehidupan isinya....saya juga mengajak mereka menjadi kreatif dengan menghasilkan beberapa hasil seni setiap minggu, mereka juga diajar membaca muqaddam setiap hari....tidak lupa juga untuk kekal cergas tubuh dan minda....


Ada yang berkata...rugi ya meninggalkan pekerjaan yang sepatutnya dengan kelulusan di Universiti...namun, saya langsung tidak merasa rugi walau sedikit pun...jika disuruh untuk memohon pekerjaan lain..hati saya seakan berat untuk melakukannya...keikhlasan dalam bekerja itu sendirinya melahirkan ketenangan dalam jiwa...sungguh saya merasa tenang dengan apa yang saya lakukan setiap hari...berdepan dengan anak-anak kecil ini banyak mengajar saya erti sabar dan kasih...


Tidak pernah saya impikan menjadi kaya raya...kerana saya percaya pada rezeki yang Allah beri....
'andai ada jalan yang lebih baik daripada apa yang saya ada saat ini...moga Allah perkenankan..amiin..'
Oh, tentang pekerjaan sambilan itu...sedang dilaksanakan..insyaallah dipermudahkan jalan olehNya.....inilah langkah pertama dalam menyusuri hidup sebagai seorang manusia yang bekerja....yang hidupnya tidak lama....mencari bekalan untuk ke sana....sekadar peringatan buat diri sendiri..



p/s: saya tidak pernah bercerita tentang perasaan bekerja ini....inilah kali pertama....ekslusif di teratak milik PermataNusantara....sekadar coretan biasa...(^_^)..salam..

Khamis, 16 Julai 2009

Bisakah Termiliki


nubari tersemat niat
jiwa tercalit rasa
sukma bicara mimpi
bisakah termiliki...

mimpi ini indah
kisah seribu suka luka
ingin kucapai bila terjaga
bisakah termiliki....

nafas ini deras
degupan ini kencang
sakit ini sudah kemuncak
bisakah termiliki....

ini cerita manusia biasa
yang kisahnya luar biasa
sakit ini sudah berbisa
bisakah termiliki....

kita insan sekadar biasa
berkongsi satu rasa
selalu bercita tinggi
bisakah termiliki...

berjanji untuk suatu hari nanti
agar termiliki!


Permata Nusantara
16 Julai 2009

Ahad, 12 Julai 2009

Masih Tiada


aku terjaga
pekat malam bungkam
mata ku buka perlahan...
namun...masih tiada

percikan peluh basah
jiwa makin tak keruan
fikiran bersalut kalut
namun...masih tiada

tegar aku berjaga
malam kurasa sangat panjang
sakit ini makin perit
namun...masih tiada

kau kata...dan aku akui
sakitnya bisa merapuh
rajuknya menghukum
namun...masih tiada

bilakah ada...
mengapa membisu
kerana aku menunggu
namun...masih tiada!


Permata Nusantara
12 Julai 2009



Sabtu, 27 Jun 2009

SAYA ANAK MALAYSIA


----27hb Jun 2009, Kota Bharu ,Kelantan----

Seingat saya, cuma beberapa kali sahaja seumur hidup pernah berkunjung ke negeri che siti wan kembang..kali pertama sewaktu petengahan tahun 90-an...kali kedua pula pada tahun 2006. Dan kali ini adalah kunjungan kali yang ke-4.

9 hari sudah berlalu menghabiskan masa yang ada di sini. Tak berkesempatan melawat banyak tempat. Namun seperti kebiasaannya, akan berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah, membeli sedikit barang-barang samada makanan atau pun barangan runcit. Dahulu saya rasa pasar ini agak sesak, namun kali ini agak kurang sedikit, mungkin disebabkan bukan musim cuti sekolah.

Wakaf Che Yeh merupakan salah satu tarikan yang ada di sini, namun setiap kali berkunjung ke situ, jarang sekali saya dapat membeli sesuatu barangan yang saya suka. (ehe...sekurang-kurangnya jimat lah duit poket kan..)...aktiviti jual beli adalah dilarang sama sekali sewaktu bermula sehinggalah kemuncak waktu solat maghrib berakhir (mungkin dalam jam 8 malam sudah boleh mula kembali melakukan urusan jual beli). Jika ada peniaga didapati melakukan urusan jual beli, denda RM300 akan dikenakan oleh pihak MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu).

Siapa tidak tahu tentang Pantai Cahaya Bulan? ehe...saya sudah berkunjung ke situ sebanyak 2 kali. Mak kata 30 tahun dahulu pantai ini sangat cantik dan ramai orang berkelah serta bermandi-manda di situ....Abang saya lahir di Kelantan 30 tahun lalu, kini anaknya Arman pula lahir di kelantan. Mungkin 30 tahun akan datang Abang pula bercerita pada Arman tentang PCB...semalam, sempat juga bermain layang-layang di situ walaupun sebenarnya ia dibeli untuk Arman....(^_^)

Pada masyarakat Kelantan sendiri, pasti sudah biasa dengan makanan yang dijual di sini. Jika kuih Akok, saya sangat setuju di sini lah akok paling sedap berbanding yang dijual di luar negeri Kelantan. Antara kuih baru yang saya makan (bagi saya baru lah, bagi orang kelantan sendiri mungkin sudah biasa) ialah jala emas dan taik itik. Kak Liza kata telur itik yang bahagian nya bewarna kuning oren itu dijadikan bahan untuk membuat jala emas manakala bahagian yang bewarna putih pula digunakan untuk membuat kuih taik itik. Namun bagi saya rasanya terlalu manis dan mungkin boleh dimakan untuk sekali-sekala sahaja.

oh, sebelum terlupa, saya suka makan nasi ulam di sini. di tempat lain jarang atau mungkin tiada lansung. saya sebenarnya tidak makan budu, tapi jika dicampur dengan tempoyak saya akan makan...hehe....jika anda berkesempatan ke sini, cubalah ya.


Majoriti masyarakat di sini adalah Melayu dan merupakan rakyat tempatan sendiri. Sejauh mana mereka merantau di luar, kebiasaanya mereka akan kembali pulang menetap di sini semula. Dikenali dengan Kota Bharu Bandaraya Islam, kesemua papan tanda iklan di sini mengunakan model wanita yang bertudung, tidak seperti di Negeri-negeri lain.

Apa pun, setiap negeri punya tarikan tersendiri, di mana bumi dipijak, di situ lah langit dijunjung. Kita tetap bangsa Malaysia, hormatilah sesama kita demi menjaga keamanan dan keharmonian negara kita sendiri. Jika bukan kita, siapa lagi? Saya Sayang Malaysia....di sini saya dilahirkan....Negara Saya Negara Yang Aman Makmur ......ayuh kita kekalkan....jangan biarkan anasir jahat menguasai dan menjajah pemikiran rakyat Malysia...

SAYA ANAK MALAYSIA......(wah, semangat patriotik la pulak..! rasanya bulan ni bukan Ogos..) (^_^)

p/s: Bakal pulang Ke Kuala Lumpur malam ini...Selamat Tinggal Kelate..!

Khamis, 25 Jun 2009

Misteri Nusantara....

Awas...entri ini mungkin mengganggu ketenteraman sesetengah pihak.........

Pernahkah anda melihat mahupun terserempak dengan rumah ini..? bagaimana? menyeramkan? menakutkan?atau mungkin anda sebenarnya tidak merasakan apa-apa perasaan...hanya penulis sahaja melayan perasaan...hehe...lokasinya dirahsiakan...(imej memang sengaja dikecilkan)

Awas jika anda secara sengaja mahupun tidak sengaja dijumpakan dengan rumah ini...seorang anak kecil yang tinggal bersama keluarganya di sini pernah melihat makhluk bersaiz manusia biasa yang bewarna hijau di atas tangga sewaktu dia tiba-tiba terjaga daripada tidur di waktu malam.....matanya bulat bewarna putih melihat tepat ke arah si anak kecil...si anak kecil pernah menceritakan kepada orang lain tentang pengalaman mistik itu, namun tiada siapa yang percaya dan beranggapan itu sekadar ilusi dan imaginasi si anak kecil......

si kakak pula merasakan tubuhnya diangkat ke atas terawang-awang sewaktu sedang tidur di waktu malam. Perlahan-lahan tubuhnya kembali diletakkan di atas katil.....sungguh misteri...

Si kakak yang lain pula mengadu lampu biliknya seringkali dibuka dan ditutup berulang kali sewaktu malam walaupun tiada siapa di muka pintu bilik.......

si kakak juga mendengar tabung berbentuk buah manggis milik dirinya pernah digoncang-goncang pada suatu malam sewaktu penghuni bilik dan seisi rumah sedang enak dibuai mimpi......lantas dicapai senaskah Al-Quran dan diletakkan di sisi meja...susana kembali senyap sepi.....toyol barangkali (oh maaf...ini bukan toyol seperti dalam drama di TV3)

Namun...itu semua 17 tahun yang lalu........banyak lagi kisah disebalik dinding batu rumah itu......biarlah ia terus menjadi Misteri Nusantara......

p/s: jauhi amalan syirik....mohonlah pertolongan hanya padaNya.
p/s2: Mungkin sekarang sudah tiada lah cerita-cerita mistik di situ....semua dahulu saja mungkin...hilang di telan zaman...(^_^) oh....bebas daripada sebarang entiti asing.....

Isnin, 22 Jun 2009

'Bapa Terhebat' Tahun 2009

Aku tahu entri ini pasti dibaca oleh abah....kerana abah antara pengunjung setia teratak buruk maya ini...

Pendidikan sangat penting dan cuba abah terapkan dalam hidup aku adik beradik sejak dari kecil lagi. tanpa ilmu, kita tak mungkin bisa maju. apa saja pasti abah lakukan demi memastikan kesemua anak-anaknya mampu menggapai kejayaan dan merasa senang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. biar apa pun bidang yang kami ceburi....abah tetap memberi sokongan.

Sehingga hari ini....abah lah antara orang yang paling mengambil berat tentang masa depan aku dalam cubaan aku untuk terjun ke dalam dunia pekerjaan, bahkan aku sendiri tidak serisau diri abah..

Abah juga menitik beratkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa inggeris, dari gerak gaya percakapan abah, beliau seorang yang fasih berbahasa inggeris. Abah secara tak lansung merupakan antara guru bahasa inggeris dalam hidup aku.

Sempena hari bapa tahun ini, ingin aku anugerahkan buat abah gelaran 'Bapa Terhebat' untuk tahun 2009 (hehe...anugerah yang aku cipta sendiri...)kerana tahun ini, lengkaplah kesemua ketujuh-tujuh anak-anak abah dan mak memiliki ijazah dalam bidang masing-masing. Kak long dan kak Epit pula meneruskan pengajian di peringkat Sarjana. Tanpa doa dan berkat daripada Abah dan Mak...tak mungkin kami bisa menjad seperti apa yang kami ada pada hari ini......buat abah... Selamat Hari Bapa.....moga sihat selalu....(^_^)

Selasa, 16 Jun 2009

Makhluk Asing Kot..Nasib Baik Tak Follow.....


Ahad lalu selepas menonton wayang di One Utama dengan adik dan sepupu, kami singgah sebentar ke Selayang Mall semasa perjalanan pulang untuk membeli kek hari lahir untuk kakak (Selamat hari lahir ke 25...^_^).

Sewaktu memandu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya memberhentikan kereta disebabkan lampu merah semasa di lampu isyarat, di hadapan ada sebuah kereta kancil bewarna biru (rasa seperti mahu saja tulis no plat pendaftaran kereta itu di sini tapi nanti kena saman pula PermataNusantara..hehe). sedang asyik berbual dengan adik, tiba-tiba saya terlihat beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar ke atas jalan raya melalui tingkap kiri tempat duduk hadapan kereta kancil itu.

'Wah..bukan main lagi buang sampah keluar..tak ada kesedaran sivik lansung'
saya mengeluh. adik juga setuju. kami terasa seolah ingin turun dari kenderaan dan mengetuk pintu kereta kancil itu (nak ketuk juga kepala dia..huk!)

lampu isyarat kembali bertukar hijau, kami meneruskan semula perjalanan dalam kesamaran malam. dan sekali lagi kelihatan beg plastik berisi sampah dilemparkan keluar dari kereta kancil itu. kali ini melalui tingkap kanan tempat duduk pemandu pula.

'huh..ini sudah lebih...laki bini sama je buang sampah keluar!'
adik begitu emosi sekali mengeluarkan kata-katanya.
"eh jom kita ikut sampai ke rumah dia..pastu kita baling sampah masuk dalam garaj kereta di rumah dia nak? kita tengok dia marah ke tak....?"
saya memberi cadangan yang sekadar imaginasi di dalam kotak minda. (kalau betul-betul saya buat mahu saya pula yang di baling keluar...huhu..)


'eh..kau bagi sikit lampu kat kereta kancil ni...biar dia sedar sikit sikap tak bermoral dia tu'
adik memberi cadangan dan saya sekadar menurut perintah...hehe..perjalanan pulang di teruskan sehinggalah tiba di rumah....oh..rumah ku syurga ku!....(^_^)


p/s:
Jika bukan kita yang perlu menjaga alam sekitar...siapa lagi ya? makhluk asing kot..eh....makhluk asing tak belajar subjek sivik kat sekolah...mana dia tahu kan...mungkin yang dalam kereta kancil tu makhluk asing la...sebab tak ada kesedaran sivik....(nasib baik tak follow kereta kancil tu...heheh!)..selamat memandu!

Jumaat, 12 Jun 2009

Ingatlah Orang Yang Tersayang....

Anda seorang perempuan?
Anda juga seorang penunggang motosikal/skuter?

jika ya..mungkin anda pernah melakukan atau mengalami perkara-perkara berikut....

1. tidak memakai topi keledar (saya selalu, terutamanya ketika pergi ke kafe dalam utm, sehingga disaman oleh abang guard dan akhirnya saman itu ditarik balik..terima kasih! oh, sayangilah diri anda!)

2. lupa mengisi petrol di stesen minyak walaupun anda sudah membayar rm5 di kaunter pembayaran (ketika ini saya rasa teramat bodoh sekali, mungkin kesan daripada peperiksaan yang diduduki)

3. membenarkan kakak anda yang sudah lama tidak menunggang meminjam skuter anda untuk membawa dua orang anaknya bersiar-siar dan pada masa yang sama saya juga menjadi pembonceng di belakang. (dan akhirnya skuter saya tergolek manakala seorang daripada anak saudara saya tiba-tiba terlihat terduduk di tepi kerusi dan mulai menangis kerana terkejut....dan saya tak mampu menaham gelak..hehe)

4. terjatuh dari skuter hanya kerana kasut tumit tinggi anda tersangkut pada kain baju kurung anda sewaktu mahu berhenti di simpang tiga. (aduh...amat memalukan..mujur ada yang datang membantu..)

5. tiba-tiba tayar skuter anda pecah saat anda sedang bertarung dengan masa untuk pembentangan projek tahun akhir? (oh ketika itu tuhan benar-benar ingin menguji)

6. ada seekor anak kucing sedang bermain-main dalam raga skuter anda. (macam mana dia boleh masuk ni? sudahlah saya sememangnya takut pada haiwan jinak ini)

7. skuter anda dibiarkan selama 2bulan tanpa dihidupkan enjinnya. (dan saya dikerah oleh abah untuk menolak sendiri skuter itu dari rumah hingga ke bengkel sejauh tidak sampai 1kilometer..hehe..malu dibuatnya)

8. dan lain-lain lagi yang melucukan atau menyedihkan....nak dicerita panjang nanti anda semua jemu pula...(^_^)


:Selamat menunggang & ingatlah orang yang tersayang......(^_^)

Rabu, 10 Jun 2009

Diari Pilu #2

malam tadi..aku hampir-hampir terlelap saat aku menerima kiriman SMS daripada adik kembar ku yang hanya tidur di bilik hadapan bilik aku...dalam melawan rasa mengantok aku cuba membaca kiriman sms itu...

hari ini 10hb jun..genap 12 tahun arwah pak ndak meninggal dunia....

ya..aku ingat tarikh itu...

kali pertama aku ingin menyertai pertandingan pidato di sekolah...pak ndaklah yang membantu aku mencari teks pidato itu....

pak ndak..hari tu adik ada nampak dalam bilik tok ada satu surat khabar...ada satu artikel bartajuk 'masalah sosial di kalangan remaja'. tapi tadi adik cari dah tak ada lah.....

oh...suratkhabar tu dah lama lah..tok dah buang kot...nak buat apa?

ala...macam mana ni..adik nk guna maklumat dalam artikel tu nak buat teks pidato...pak ndak tolong adik cari boleh tak...

nanti pak ndak cuba cari dekat ofis..kalau-kalau ada lagi surat khabar yang ada artikel itu...

selang beberapa minggu...pak ndak telefon....katanya dia sudah berjaya mendapatkan artikel itu...dan aku sangat gembira. aku ke rumah nenek dan pak ndak menghulurkan artikel itu yang digunting kemas...sambil tersenyum pak ndak berkata...

susah pak ndak nak jumpa surat khabar ada artikel ni...

dan kerana itu jugalah aku berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan pidato yang buat pertama kali aku sertai ketika berusia 11 tahun...yang hanya beberapa bulan sebelum arwah pergi selamanya....

sebelum ini aku pernah menulis entri bertajuk 'diari pilu' (klik di sini) mengingatkan kembali peristiwa manis sedih lebih 12 tahun yang lalu.....

Al-Fatihah....

Ahad, 7 Jun 2009

Mengapa Berkecil Hati....

Di suatu petang - Tahun 2005

'nanti awak nak ke sana awak sms kita boleh'?

'ok..kami nak pergi jam 11 pagi, kalau jadi pergi kita sms awak sebelum gerak ke sana ok?

'ok..kita tunggu sms awak'

keesokan harinya......

'mana dia ni? dah jam 11 pagi tak sms lagi..tak jadi pergi ke?'

mencapai telefon bimbit lantas jemari menekan keypad..

'salam..awak tak jadi pergi ya? saya tunggu sms awak
daripada pagi tadi lagi...'


'sending message ----------------------- message sent.

ting ting! ting ting! -------------------- 1 message received

'awak..kita tak sempat sms awak...kami dah sampai pun di
sini...'


pipi terasa seakan kebas teramat...urat-urat mengembang..menanti gugurnya manik-manik jernih yang bakal terjun dari takungan kolam mata...

'alasan yang lansung tak masuk dek akal!sukar mungkin baginya hanya untuk menghantar satu sms..atau mungkin...sekadar alasan...' mengomel sendiri

mulanya cuba berputik ukhuwwah....bertukar menjadi jauh...hanya kerana berkecil hati.....mengapa aku berkecil hati....mungkin kerna aku tak sangka dia sebegitu rupa....dan berkali-kali juga diulangi...dan tak pernah aku suarakan kepada kamu...aahh...bertahun sudah berlalu....tapi masih berkecil hati.....oh Tuhan...hilangkan lah rasa di dalam jiwa ini..

p/s: apakah moral di sebalik kisah luka ini...?

Rabu, 3 Jun 2009

Entri Paling Pendek

Sudah 3 minggu kembali ke kampung halaman...selesai sudah zaman degree...tapi masih belum menempuh alam pekerjaan...hakikatnya aku sendiri yang tak mahu kerja terlalu cepat...mengapa ya?mungkin bulan september adalah bulan terbaik untuk mula bekerja...atau pun ogos...emm..julai barangkali?hmmm.....entahlah...jom cari kerja! (^_^)

Isnin, 25 Mei 2009

Entri khas - Setahun Berlalu Mencari Identiti

Hari ini genap setahun dan empat hari wujudnya blog diari maya (teratak nusantara) ini atau lebih dikenali dengan blog yang dimiliki oleh seorang penulis amatur 'Permata Nusantara'. Dan entri ini ku tulis sebagai menyingkap kembali rentetan perjalanan maya dalam denai menuju ke taratak nusantara yang kalian lihat pada hari ini.

Penulisan aku di sini adalah sekadar contengan pengalaman yang terlakar dalam diari kehidupan harian ku di alam realiti. aku adaptasikan dalam versi maya sebagai perkongsian buat mereka yang sudi membaca.

Biarpun hadir pelbagai kritikan samada membina atau tidak, aku cuba terima dengan hati terbuka. berkali aku katakan aku tidak pandai menulis jauh sekali hebat membicarakan apa-apa isu untuk diperdebatkan. justeru segala yang terukir di teratak buruk ini sekadar pengalaman yang bernilai buat aku dan insan lain yang sedia menyelami lautan maya yang aku contengkan. Terima Kasih buat kalian!

Aku mula menulis di sini akibat kebosanan melampau saat sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat grafik dan pengiklanan sebagai 'Practical Designer' setahun yang lalu.Namun bila tugasan diberikan jangan haraplah aku dapat melayari internet walaupun 5 minit ketika itu.

Dalam menyusuri liku membina teratak ini, berkali-kali wajahnya berubah hasil lukisan aku sendiri. Beberapa entri pertama yang tercoret di sini menggunakan bahasa inggeris dan ketika itu laman maya ini di kenali sebagai 'My Journal'. Namun jiwa seakan tidak serasi dengan penampilan itu. Lantas jemari menyelak helaian Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3. Anak mata tertumpu pada satu perkataan yang menarik perhatian aku. Tertulis di situ, Adiratna~Permata yang mulia. Dan entri-entri yang dilepaskan di lautan maya ini mulai ditulis dalam bahasa melayu.

Menggunakan nama pena Adiratna menimbulkan salah faham oleh seorang teman. Berkali aku katakan maksud Adiratna itu adalah permata yang mulia. Akibat malas melayan kerenah teman itu,aku mencari identiti lain. sesekali bertanya kepada teman sekolah dahulu,saudara Irfan atau
SangPelangi tentang nama pena yang sesuai.Sekali lagi jemari gesit menyelak helaian Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-3.

Mata tertarik dengan satu perkataan, tertulis kemas di satu helaian kamus tebal itu perkataan 'Nusantara ~ Kepulauan Melayu'. Maka aku cuba menggabungkan maksud nama pena sebelumnya 'Permata' dengan perkataan 'Nusantara' menjadikannya 'PermataNusantara' atau bermaksud 'Permata Kepulauan Melayu'.

Dan setelah hampir sebulan lahirnya teratak maya ini dengan nama pena atau identiti selaku 'PermataNusantara',penulisannya lebih menjurus pada kisah-kisah lagenda atau nostalgia yang sinonim dengan aku sebagai pemegang watak utama di teratak nusantara yang aku bina sendiri.

Entri ke 80 ini khas untuk menghargai kalian yang sudi membaca setiap bait perkataan yang terukir di sini........aku tidak kisah berapa bilangan pengunjung teratak buruk ini saban hari...asalkan sudi untuk sama berkongsi sudah memadai...aku suka menulis...dan kerana menulis jugalah aku temui manusia yang tak pernah aku terfikir untuk ketemu....begitu hebat rencana Illahi....
Terima kasih sekali lagi buat kalian!

Selasa, 19 Mei 2009

oo00oo Balik Kampong!!!

Sejak meninggalkan zaman matrikulasi 4 tahun lalu,aku tidak sekali pun lagi menjejakkan kaki ke negeri jelapang padi itu. Kesuntukan masa mengekang aku untuk turut bersama keluarga pulang ke kampung Abah di Kuala Nerang dan Mak pula di Alor Setar, Kedah.

Yalah, aku menuntut jauh di selatan tanah air. tidak seperti kakak dan adik yang masing-masing di USM Penang dan UUM Sintok. Maka banyak kali jugalah mereka berdua turut bersama ikut abah dan mak pulang ke Alor Setar dan Kuala Nerang. Tapi di kampung pun nenek dan tok wan sudah tiada. Sejak aku lahir lagi aku tak pernah temui mereka.

Namun,di sebabkan hujung minggu ini pula majlis perkahwinan kakak dengan suaminya di rumah pihak lelaki di Perlis, maka Mak dan Abah bercadang untuk pulang ke kampung dahulu esok petang. jadi hanya aku dan adik sahaja lah yang akan ikut bersama. Yang lain pula akan menyusul kemudian pada hari sabtu nanti samada melalui jalan darat mahupun udara. Yalah kan, masing-masing bekerja dan sekarang pun masih belum musim cuti sekolah. (Jumpa semua di Perlis nanti ya!)

Wah, nampaknya aku akan kembali melihat sawah padi yang terbentang luas! hooreyyy! aku sebenarnya rindu sangat nak melihat suasana itu lagi....walaupun aku dibesarkan jauh dari kampung mak dan abah. Raya pun hanya di Selangor setiap tahun. Nenek sebelah mak pun sudah lebih daripada 50 tahun menetap di Kuala Lumpur. Tapi aku rasa aku tak boleh lah hidup atau menetap dekat sana sebab tak biasa la kot..hehe!

Esok bolehlah aku menyanyikan lagu arwah Sudirman didalam kereta....

'o000ooo balik kampung....oo000ooo balik kampung...hati girang...lalala!'

Ada sesiapa nak ikut??? jom! yang diperantauan pula jangan sedih-sedih pula ya! hehe (^_^)

oh ya...Selamat Pengantin Baru buat kakak dan abang ipar yang baru...


Akmar dan Fahmi..moga bahagia hingga ke anak cucu...(^_^)

Jumaat, 15 Mei 2009

Akhirnya.....

Akhirnya...dengan ter 'submit' nya PSM jam 3.30 petang tadi...maka dikira graduate lah permata nusantara......hehe!

Bulan mei tahun ini merupakan bulan mei paling kalut penah aku lalui...presentation ID internal dan external dan yang terakhir submit PSM.....dan ramai jugalah insan-insan yang hidup disekeliling ini mengucapkan 'Selamat Datang Ke Alam Pekerjaan'......(^_^)....

Oklah...nak balik KL....esok pagi kakak nikah, tadi telefon adik, dia cakap khemah semua dah pasang....tinggal permata nusantara dengan abang serta isteri dan anaknya saje yang belum sampai ke kampung halaman tercintaaa......



Isnin, 11 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Disebabkan telah dua bulan tidak menjelaskan bil talian Maxis....(bukan tak de ongkos, tapi diri sendiri malas menuju ke Maxis Centre di Taman Universiti dan juga ditambah dengan faktor cuaca yang selalu hujan...hehe)..maka tidak dapatlah mengirim SMS kepada Mak sempena hari Ibu semalam.....jadi, hari ini baru terfikir...BLOG kan ada...!!!!!

Oleh demikian, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat Mak di kampung.....terima kasih di atas segala pengorbanan mu selama ini....(^_^)...tapi mak baca ke blog nih???? harap-harap dalam kesibukan persiapan perkahwinan Akmar hujung minggu ini, Mak sempat lah membaca entri pendek ini...(^_^)...


oklah, sambung menyiapkan PSM yang tak setel-setel lagi. Jumaat hari terakhir hantar siap berjilid!...Ayuh!!

Khamis, 7 Mei 2009

Oh Sang Bayu...Dengarlah Aku Mahu Bercerita...


Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita...
Pertama kali terpandang...
Senyuman itu mengusik jiwa...
Pertama kali bersuara...

Terasa getar di dada....



Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita...
Pertama kali dia merasa sakitnya....
Aku tahu...aku racunnya...
Kali pertama dia bicara tentang hati....
Aku tahu....itu penawarnya.....

Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita....
Sudah jauh aku berjalan...
Dingin sesekali di rasa...
Mujur hadirnya bahang mentari...
Menghangatkan suasana...
Memancarkan sinarnya....

Oh Sang Bayu...
Dengarlah aku mahu bercerita....
Andai itu jalan cerita nya...
Ingin aku memohon pada Tuhan....
Agar tenang aku dan dia merasa...
Dalam mencari redha Mu Illahi...


Oh Sang Bayu....
Dengarlah aku mahu bercerita...
Aku bagai melihat bintang bercahaya malam itu....
Bahagia ditemani sang rembulan....
Moga kekal keduanya di situ....
Hingga ke akhirnya...


(Skudai, 7 mei 2009)

Selasa, 5 Mei 2009

Tolong Saya.....

P'Nusantara: eh..eh....aduhh...(bukkk.....!!!)

Brader 1: eh..ok tak ni? boleh tak?

P'Nusantara: tak boleh...tolong saya..berat...tak larat angkat...

Brader 1: ok..ok....haa...dah...

Brader 2: hehe...PSM eh? (sambil menunjuk ke arah senaskah laporan PSM)

P'Nusantara: yang ni memang PSM, tapi jatuh ni bukan sebab PSM..(menahan rasa malu teramat)

Brader 1 & 2: ooo....(tersengih)

P'Nusantara: oh...ok....(skreettt...skreettt...)....susah plak nk hidupkan....

Brader 2: Camne bule jatuh ni?

P'Nusantara: heel kasut saya tersangkut kat kain baju kurung ni.....tercabut kasut nih! (sambil melihat tali sandal yang dah terputus) ok lah...terima kasih ya....(sambil memberikan senyuman..macam ni...(^_^)...)

Brader 1 & 2: Okay....


P/S: maaf ya yamaha ego, sekali lagi tubuh mu tercalar....(T_T)

Isnin, 20 April 2009

Cerita Saya....

Entri ini ku tulis sebagai peristiwa yang aku tak mahu lupa....lebih-lebih lagi pengalaman pagi tadi yang aku rasa agak lucu melihat telatah emilyn dan eimran ke sekolah.... sekadar contengan........

2 hari lalu...18 April 2009

Pergi ke Jusco AU2 di Setiawangsa...berjalan-jalan di situ bersama kak epit dan kak akmar dan anak-anak saudara....sempat membeli 'Tako Tao Takoyaki'...saya pun tak tahu sangat makanan apakah ini...tapi cuba saja lah..beli dua jenis...satu chicken ham...dan satu lagi 'unagi'....cuba rasa satu 'unagi'....kongsi dengan emilyn...


'sedap la mama' kata emilyn kepada kakak
....saya pula rasa chicken ham lagi sedap dari unagi...hehe....tapi semalam kak akmar cakap....

'nak tahu tak unagi tu apa'
saya pun dah mula tak sedap hati.....

'unagi tu apa'...soal saya kembali...


'unagi tu belut' jawab nya sambil menahan tawa....


'hah..ye ke...adehhh...' saya rasa cam nak termuntah pulak..
haha...rupa-rupanya kak epit dah tahu..patut la dia senyap saja..huh! perlu lebih berhati-hati di lain hari.....(^_^)



Hari ini - 20 April 2009

7.35 a.m - Sekolah Islam Adni, Kuala Lumpur


bawa dua orang anak saudara, emilyn dan eimran masuk ke kawasan sekolah....masing-masing darjah satu dan tadika..mama emilyn sudah berpesan minta belikan buku tulis untuk emilyn sebelum masuk ke kelas....eimran pula tak mahu masuk kelas dahulu


'eimran nak ikut pegi book shop'......kata eimran....
bertiga kami ke bookshop....tapi tiba di situ...tertulis jam 8 baru dibuka...kesudahannya hantar emilyn dahulu ke kelas...eimran pula sibuk mengekor dari belakang....bersemangat menarik dan menggalas beg sekolah turun naik tangga....selesai meletakkan beg sekolah...emilyn kata ada morning assembly....bila tanya di mana....emilyn kata dia tahu tempatnya....bila turun ke bawah....ditanya sekali lagi...emilyn kata tidak tahu...aduh..gawat nih.....tiba-tiba emilyn bersuara

'mak chik, melin tahu...melin ikut kawan'....


'mana kawan emilyn?' soal saya....


'nih dia' jawab emilyn tersengih sambil menunjuk ke arah kawannya.....


'oh...ok...melin pergi dulu...nanti mak chik letak buku tulis atas meja emilyn ok?' ujar saya.....


'ok' balas emilyn dan berlalu pergi.....


'adik kelas adik pula dekat mana'.....soal saya pada eimran....
loceng kebetulan berbunyi...tepat jam 8 pagi...

'dekat situ' jawab eimran
sambil berlari....kasutnya diletakkan di rak kasut....kamudian menuju ke sebuah kelas tadika.....eimran masuk ke dalam kelas dan segera duduk....

'ahmad where is your salam....' soal cikgu.....
tapi eimran asyik melayan rakan-rakannya.....

'ahmad...ahmad....' suara-suara kecil kanak-kanak memanggil eimran...(namanya Ahmad Eimran)...
saya letakkan beg sekolah nya di sisi kerusi....

'mak chik, beg adik letak dekat situ...' pintanya....
saya letakkan beg eimran di sebuah rak...sempat eimran menoleh....saya melambai...

'mak chik balik dulu...nanti balik tok wan dengan wan ambil ok....bye'
eimran mengangguk kecil...kemudian saya ke kedai buku....membeli buku tulis untuk emilyn....saya siap-siap tuliskan namanya di buku itu seperti di pesan oleh kakak....kemudian pergi ke kelas emilyn dan meletakkannya di atas meja emilyn.....(itupun setelah sesat mencari semula kelas....hehe).....selesai semuanya....saya turun ke tempat letak kereta....

p/s: hari brikutnya nanti pasti wan pun pening mana satu kelas emilyn...hehe..


10.30 a.m - Hentian Pudu Raya

tiket bus di tangan tertera 'KL-JB 12.00pm......sekilas menjeling jam di tangan....pukul 10.33 a.m...deras menaiki anak-anak tangga.....dengan harapan dapat menaiki bas awal dari yang sepatutnya....tiba di kaunter pertanyaan bas transnasional....tertulis bas ke JB jam 10.30 a.m di plattform 10...segera berlari turun...bas sudah mulai bergerak....aduh...masih punya peluang lagi....walau sudah sampai bas itu ke petaling street pun akan ku kejar..(haha..ni memang menipu la kan!!)...tiba di pintu bas dan pak cik driver pun memberhentikan bas....pintu bas dibuka...


'pak cik ada seat kosong tak...tiket saya jam 12 tengahari....'....soal saya....


'ada..naik lah' balasnya.....
tiba di Skudai jam 3.00 petang.....setelah terlena untuk separuh perjalanan...heheh!

Rabu, 15 April 2009

PermataNusantara? biarkan saja....

10 hari meninggalkan teratak nusantara di alam maya ini...bersawang sudah nampaknya....tanpa sebarang contengan....agak sibuk dengan seminar PSM....selesai sudah....alhamdulillah...(^_^)

tak tahu apa yang ingin dicoretkan...tiba-tiba teringan gambar ini...hehe




ini lah gambaran keluarga saya.....ada abah,mak, kak long, kak epit, abang nuar, acun,akmar dan azirah...sudah 23 tahun saya hidup membesar dalam keluarga ini yang semakin bertambah ahlinya dari tahun ke tahun....

abah dan mak dahulu bekerja...sekarang sudah pencen....abah buat suruhanjaya sumpah di taman melawati...mak pula selesa sebagai suri rumahtangga...setiap pagi mak akan memberi makan ikan-ikan keli peliharannya....tapi, 2 bulan lalu..habis ikan-ikan keli di dalam kolam di hadapan rumah dicuri oleh orang...aduhh...kasihan mak...penat mak bela...

kak long sekarang sambung belajar di peringkat sarjana...bekerja dengan kementerian pelajaran....dia suka bidang multimedia dan agak pandai tentang komputer....sebab tu blog dia nama digital space.....

kak epit pula bekerja dengan FAMA....nama blog dia milynshoppe sebab dia suka promosi produk-produk keluaran FAMA.....sampai ke London pun dia promosi juga...hehe...dia juga menggaji saya sebagai promoter sambilan di mana-mana pameran produk makanan di sekitar Kuala Lumpur....sampai saya dah hafal semua produk dan harga....bila customer tanya saya bagaimana mahu masak, saya bagi resepi sendiri....balik rumah tak tau la customer masak jadi apa...haha..(saya kelentong je resepi tu....aduh)

abang nuar pula kini bertugas di kelantan...sebagai wartawan akhbar berita harian.....banyak stori-stori yang dia cover di sana sehingga buat dia resah....apatah lagi dia dan jurugambar pernah dikejar penduduk kampung..hehe...sebab tu nama blog dia
'Penulis Resah'.....bisa demam selalu...

kak Acun bertugas di kementerian luar negara...sebagai pegawai takbir dan diplomatik....dia rajin bekerja dan suka bekerja......rasanya sekarang dunianya banyak pada kerja....sehingga dia berikan nama blognya 'Kembara Duniaku'....mungkin kerana mahu bercerita tentang kehidupannya bekerja....hehe

Kak Akmar pula sedang latihan mengajar di 'Methodist Girl School' di Pulau Pinang sebagai guru bahasa inggeris....dari zaman sekolah lagi dia ingin menjadi guru...sebab tu dia sekarang cerita tentang pengalamannya mengajar di blog miliknya 'The Journey of Life'...dia juga bakal mendirikan rumahtangga pada bulan Mei hadapan....maka perjalanan hidupnya akan berubah status sebagai isteri.....

Lihat gambar PermataNusantara dan Azirah di atas.....kami sama rupa kan....sebab kami lahir bersama..tapi kami dua orang berbeza....Azirah juga sedang menjalani latihan mengajar di 'SMK Bukit Gambir' pulau pinang....sebagai guru bahasa inggeris juga....murid-murid memanggilnya 'Miss Zira'...sebab itu blog nya nama 'MyZira'.....

PermataNusantara pula bagaimana?......biarlah saja...tak perlu kisah tentang gadis ini......hehe